Resort Gambang Featured Image

Resort Gambang

By [email protected] - Apr 02, 2019 (Last Updated Apr 05, 2019)

Gambang adalah sebuah bandar yang terletak di Kuantan, Pahang. Maklumnya, kalau disebut nama Gambang, pasti akan teringatkan Gambang sebagai Bandar Pendidikan di Malaysia. Selama hampir sepuluh tahun yang lepas, banyak institusi pendidiakan telah dibangunkan di Gambang seperti Universiti Malaysia Pahang, Kolej Matrikulasi Pahang, Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, UiTM Gambang dan Sekolah Sukan Pahang.


Antara destinasi menarik di Gambang ialah taman tema keluarga yang popular, Bukit Gambang Resort City. Boleh dikatakan, kalau pergi Gambang wajb singgah taman tema ini! Selain itu, Pusat Rekreasi Sungai Pancing juga menjadi destinasi pilihan pengunjung di Gambang. Di sini, terdapat air terjun untuk seisi keluaga beriadah mengeratkan silaturahim. Jadi tidak hairan, jika Air Terjun Sungai Pancing sangat meriah terutamanya di waktu hujung minggu.


Kalau anda merancang ingin bercuti ke Gambang boleh jenguk senarai Resort Gambang yang disediakan di bawah:


Arabian Bay Resort

Arabian Bay Resort menawarkan penginapan yang bergaya, pusat hiburan keluarga yang komprehensif. Keseluruhannya terdapat 546 suite di suite ini. Ianya terdiri daripada 320 Suite Dua Bilik Tidur, 216 Studio Suites, 8 Arabian Suites dan 2 Penthouse Suites. Setiap suite mempunyai balkoni peribadi, ruang tamu dan bilik mandi peribadi untuk setiap bilik tidur. Kemudahan kawasan tempat makan & pantry disediakan untuk Suite Dua Bilik Tidur dan Penthouse Suites.

Lokasi              : Bukit Gambang Resort City 26300 Gambang, Kuantan, Pahang

Carribean Bay Resort


Sesuai untuk percutian keluarga, Caribbean Bay Resort dibina dengan konsep kemudahan bersepadu yang memberikan pengalaman yang menarik dan selesa. Resort ini terdiri daripada Suites 2-Bilik Tidur, Studio Suites, Deluxe Suites dan Junior Suites. Semua suite dilengkapi dengan lantai kayu kayu yang semula jadi dan perabot kayu yang selesa menambah sentuhan alam untuk melengkapi persekitaran resort.

Lokasi              : Bukit Gambang Resort City 26300 Gambang, Kuantan, Pahang

Everia Villas Resort

Everia Villas Resort menawarkan pengalaman menetap di dalam villa yang direka khas di kawasan 727 ekar Bukit Gambang Resort City. Terdapat 126-Villa dalam pelbagai reka bentuk yang menggambarkan rumah-rumah ikonik khas bandar-bandar seperti San Francisco, Amsterdam dan Venice.

Lokasi              : Bukit Gambang Resort City 26300 Gambang, Kuantan, Pahang

Laman web    : https://bgrc.com.my/everia-villas-resort/


Gunakan kod promosi kami untuk harga tempahan lebih murah!

Mangala Resort & Spa


Mangala Resort & Spa adalah destinasi liburan yang sangat menarik. Hanya 2.5 jam memandu di sepanjang Lebuhraya Pantai Timur. Mangala Resort & Spa terletak di Gambang, Kuantan. hanya beberapa minit dari jalan tol Gambang dan hanya 30 km dari bandar Kuantan. Anda juga boleh terbang ke Kuantan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Lokasi              : Lebuhraya Tun Razak, 26300, Kuantan, Pahang, Malaysia

Pollock View Resort

Pollock View Resort terletak di bandar bersejarah di Sungai Lembing, Sungai Lembing adalah sebuah bandar perlombongan bijih timah 42 km barat laut Kuantan di Pahang, Malaysia. Lembing adalah bahasa Melayu untuk tombak.

Lokasi              : AB/51, Pollock Creek, Sungai Lembing 26200 Pahang

Laman web    : http://www.pollockview.com/


Jika anda bercadang untuk ke Kuantan pula setelah beberapa hari di Gambang, klik pada gambar di bawah untuk tempat penginapan terbaik di Kuantan.

Search for accommodations

Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

0 (0 VOTE)