Resort Cherating Featured Image

Resort Cherating

By [email protected] - Apr 10, 2019 (Last Updated Apr 16, 2019)

Cherating merupakan antara destinasi yang popular di Malaysia. Selain lokasi yang strategik, keadaan angin yang sangat baik di sekitar kawasan Cherating menjadikan ianya destinasi yang sempurna untuk meluncur air mahupun bermain layang-layang.


Tambahan lagi, pelawat di Cherating boleh menyewa basikal dan meneroka persekitaran Cherating yang nyaman. Menariknya, terdapat juga gerai di tepi jalan yang menjual makanan tempatan yang lazat dan murah. Tidak lupa juga gerai-gerai menarik yang menjual cenderahati untuk pelawat bawa pulang.


Pelawat di yang datang ke Cherating dapat menikmati suasana desa dan santai di Kampung Cherating. Selain itu, terdapat Pantai Chendor, yang terletak hanya beberapa minit dari Cherating. Di sini pelawat boleh mendapat kesempatan untuk melihat penyu, iaitu haiwan yang kian pupus di dunia. Di Pantai Chendor ini juga adalah tempat untuk penyu datang untuk bertelur semasa tempoh bersarang.


Sukan luncur air dan ski air adalah antara aktiviti harian di Cherating. Cherating juga dekat dengan Bandar Beserah, kurang sepuluh minit dari Bandar Kuantan. Ia adalah sebuah perkampungan nelayan di mana pelawat boleh melihat suasana bisnes perikanan yang dijalankan di sekitar laut. Cherating juga berhampiran dengan Kuantan yang mempunyai pantai Teluk Chempedak dan Pantai Balok. 


Untuk ke Cherating, ia mengambil masa selama 5 jam dari Kuala Lumpur. Terdapat juga perkhidmatan bas ke Kuantan yang berlepas setiap hari dari Kuala Lumpur. Dari Kuantan, pelawat boleh mendapatkan perkhidmatan bas atau teksi untuk ke Cherating.


Melalui Malaysia Airlines, terdapat penerbangan harian dari Kuala Lumpur International Airport (KLIA) ke Lapangan Terbang Kuantan. Dari Lapangan Terbang Kuantan untuk ke Cherating hanya mengambil masa 45 minit sahaja.


Jika anda berminat untuk ke Cherating dan tidak tahu mahu tinggal di mana, berikut adalah senarai resort di Cherating:


Lagoona Villa Resort

Lagoona Villa Resort Gallery Photos

Lagoona Villa Resort ini terletak di tengah-tengah bandar Cherating, Pahang. Antara aktiviti riadah yang boleh dilakukan oleh pelawat di sini ialah berkayak, jungle trekking, berkhemah dan karaoke. Jaraknya hanya 3 minit dari Bandar Cherating. Manakala untuk ke Pusat Penerangan dan Satuari Penyu Cherating mengambil masa 7 minit.


Lokasi: KM 43, Jalan Kuantan-Kemaman, 26080 Kuantan, Pahang

Harga DariRM 85 / malam


Tempah Sekarang!



Club Med™ Cherating Beach

Club Med Cherating terletak lebih kurang 60 kilometer dari Kuantan. Resort ini mengalu-alukan kedatangan tetamu yang dambakan percutian yang indah dan eksotik. Terdapat 240 bilik daripada 15 bangunan tiga tingkat untuk tetamu nikmati keindahan pantai Cherating.


Lokasi: Hvom 29th miles Jalan Kuantan -Kemaman Pahang Darul Makmur, Jalan Kuantan Sungai Lembing, 26080 Kuantan, Pahang

Laman web: Club Med Cherating


Dapatkan penjimatan hebat ketika anda menempah dengan kami sekarang!

Holiday Villa Beach Resort & Spa Cherating

Dikelilingi oleh kehijauan yang rimbun dan pantai yang dikelilingi kelapa sawit, Holiday Villa Beach Resort & Spa Cherating mempunyai kemudahan ideal untuk percutian keluarga atau bulan madu anda. Ia terletak 47 kilometer dari Kuantan, ibukota Pahang.


Lokasi: Lot 1303, Mukim Sungai Karang, 26080 Kuantan, Pahang 

Laman web: Holiday Villa Cherating 


ēRYAbySURIA  Cherating

ēRYAbySURIA terletak di pantai Cherating yang indah, terletak di Pantai Timur Malaysia. Resort ini menawarkan 114 bilik yang luas dan selesa dengan pemandangan taman dan laut yang bakal menakluk hati para penginap di sini.


Lokasi: KM32.5, Jalan Kuantan/Kemaman 26080 Cherating, Pahang

Laman web: eRYAbySURIA Cherating


Tidak puas dengan senarai resort di Cherating, Pahang di atas? Tidak mengapa. Klik terus pada gambar di bawah untuk melihat senarai lengkap tempat penginapan terbaik Pahang yang lebih menarik!


Search for accommodations

Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

0 (0 VOTE)