Tempat Penginapan Paling Best Di Maldives Featured Image

Tempat Penginapan Paling Best Di Maldives

By Hani - Apr 17, 2019 (Last Updated Apr 25, 2019)

Adakah anda sering berangan-angan untuk ke kepulauan Maldives, berenang di laut biru jernih dan berjalan di atas pasir nan putih? Jadikan angan-angan anda suatu kenyataan! Terlalu mudah dan senang untuk anda dapatkan harga tiket penerbangan yang murah untuk ke Maldives sekarang. Anda tunggu saja musim promosi penerbangan dan cepat-cepat tempah tiket. Tapi, anda khuatir bajet anda lari atau penginapan yang anda tempah dari internet indah khabar dari rupa? Jangan risau, di bawah ini kami dah siap-siap senaraikan tempat penginapan paling best di Maldives!


Tidak keterlaluan jika kami katakan pantai Maldives antara pantai terindah di dunia. Maldives mempunyai 1200 kepulauan di sekitarnya dan kesemua kepulauan ini dikelilingi air laut yang biru dan jernih serta pasir pantai yang putih dan tidak tercemar. Setiap tahun, hampir 1 juta pelancong keluar masuk ke syurga dunia ini. Faktor cuaca panas dan tropikal Maldives sepanjang tahun membuatkan Maldives sesuai untuk dikunjungi pelancong sepanjang tahun, tidak kira musim. 


Memang tidak dinafikan di Maldives terdapat banyak resort dan chalet yang mewah. Sudah tentunya bajet anda juga perlu mewah untuk menginap di salah satu resort atau chalet terkemuka dunia ini. Tapi, jangan risau, sebab di bawah ini kami dah siap-siap senaraikan tempat penginapan paling best di Maldives yang sesuai dengan bajet anda. Best dan seronok tidak semestinya mahal. Tak percaya? Jom lihat senarai tempat penginapan kami di bawah ini sekarang.



Summer Shade Maldives



Bajet anda dah lari untuk penginapan best di Maldives? Jangan risau, bermalam lah di Summer Shade Maldives. Summer Shade Maldives merupakan penginapan bajet yang terkenal di sini, dengan pilihan dua jenis bilik sama ada Standard Double atau Family Suit. Selain itu, Summer Shade Maldives juga berhampiran dengan kedai-kedai makan halal, pantai, kedai-kedai, jeti dan lapangan terbang.


Alamat: Nalahandhuvarumagu. Baa. Dharavandhoo 06060, Maldives. 

Bilangan Tetamu: 3

Harga:  Bermula MYR198.36 / malam


Tempah Sekarang Dari RM198.36!  



Mirian Sky Hotel Maldives



Mirian Sky Hotel Maldives merupakan satu-satunya hotel di kepulauan Gaafaru, Maldives. Hotel ini menawarkan 4 jenis bilik dari Deluxe Double room kepada Deluxe Single Room. Kemudahan dalam bilik yang disediakan di sini adalah TV, almari, tandas persendirian, dan pengering rambut. Selain itu, hotel ini berhampiran dengan kedai-kedai, farmasi, masjid, taman permainan kanak-kanak dan yang semestinya, pantai.


Alamat: Mirian Sky Hotel, Sosan Magu, 08020 Gaafaru, Maldives.

Harga:  Bermula MYR185.96/ malam


Tempah Sekarang Dari RM185.96!  



Bito's GH 



Bito's Gh menawarkan bilik tidur Deluxe Double yang dilengkapi dengan 2 katil Single beserta tandas persendirian. Penginapan ini terletak berhampiran dengan kemudahan seperti hospital, taman, muzium, kedai makan, keda serbaneka, dan terminal feri, serta tarikan pelancong yang popular.


Alamat: Kaaneyshan Magu, Himmafushi 08060, Maldives.

Bilangan Tetamu: 2

Harga:  Bermula MYR206.62 / malam


Tempah Sekarang Dari RM206.62!  


USD 70.00 /night

USD 80.00 /night

USD 35.00 /night

Rebut promosi yang berlangsung di LetsGoHoliday.my untuk tempat penginapan di Maldives sekarang!

USD 0.00 /night

USD 35.00 /night

USD 100.00 /night

USD 65.00 /night

{{ promotion.Value }}% OFF! {{ promotion.CurrencyCode + " " + promotion.Value }} OFF!

USD 64.00 /night

USD 95.00 /night

USD 100.00 /night

USD 55.00 /night

USD 45.00 /night

USD 40.00 /night

USD 45.00 /night

USD 45.00 /night

USD 80.00 /night

USD 65.00 /night

USD 75.00 /night

{{ promotion.Value }}% OFF! {{ promotion.CurrencyCode + " " + promotion.Value }} OFF!

USD 59.00 /night

USD 80.00 /night

USD 55.00 /night

USD 70.00 /night


Mo Hotel



Mo Hotel menawarkan penginapan di Laamu. Antara kemudahan yang disediakan oleh hotel ini adalah pantai persendirian dan sebuah taman mengelilingi hotel ini. Mo Hotel mempunyai 4 jenis bilik iaitu Deluxe Double Room HB, Deluxe Twin Room HB, Deluxe Double Room FB dan Deluxe Twin Room FB. Hotel ini juga menawarkan wifi dan parkir, manakala kemudahan di bilik pula berupa TV, peti sejuk dan tandas. Jika anda lapar, anda boleh terus ke restoran hotel ini yang menyediakan masakan enak. 


Alamat: Causeway, Laamu Gan, Reeko Star, Laamu Atoll, Mukuri Magu, 20191 Gan, Maldives. 

Harga:  Bermula MYR268.61/ malam


Tempah Sekarang Dari RM268.61!  



Island Break Guest House




Island Break Guest House direka khas untuk menepati keselesaan maksimum para tamu. Guest House ini mempunyai kemudahan yang berkualiti dan mempunyai 7 jenis bilik bergantung kepada jumlah tetamu yang datang bermalam. Kesemua bilik ini mempunyai penghawa dingin, tandas yang bersih dan kemas di dalam bilik. Selain itu, Island Break Guest House menyediakan wifi di sekitar guest house, restoran yang menyajikan hidangan antarabangsa dan pantai persendirian. Memang dijamin selesa dan best!


Alamat: Javaahuru, Vaavu Atoll, 10010 Fulidhoo, Maldives. 

Harga:  Bermula MYR330.60 / malam


Tempah Sekarang Dari RM330.60!  



Rasa tak sabar untuk berbulan madu dan sweet-sweet di Maldives kan? Melihat keindahan alam sambil photo shoot lagak pasangan paling romantik di dunia berlatar-belakangkan Pulau Maldives.


Jika anda memerlukan lebih banyak lagi pilihan hotel dan resort di Maldives, klik sahaja gambar di bawah. Jangan rambang mata pulak ya! 



Search for accommodations

Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

0 (0 VOTE)