Penginapan Terbaik Di Kundasang Untuk Percutian Anda Featured Image

Penginapan Terbaik Di Kundasang Untuk Percutian Anda

By Farisya - Mar 24, 2019 (Last Updated Apr 18, 2019)

Jika anda sudah puas melancong di seluruh Semenanjung Malaysia, dan masih tertanya-tanya tempat mana lagi yang best untuk percutian, jangan lupa kita ada Sabah dan Sarawak! Tak Malaysia lah kalau masih belum sampai Sabah Negeri Di bawah Bayu ini. 

Selain dari Kotak Kinabalu, Kundasang merupakan tempat yang wajib dikunjungi jika anda bercuti di Sabah. Tak lengkap percutian anda jika tidak berkunjung di tempat-tempat menarik Kundsang yang pemandangan dan kesejukannya bak New Zealand. Keindahan semula jadi yang ada di daerah kecil ini mampu menarik ribuan pelancong dari seluruh dunia sehingga ke hari ini. 

Jika anda merasakan Kundasang merupakan idea yang paling tepat untuk percutian anda yang akan datang, jom lihat senarai penginapan terbaik di Kundasang yang mampu memukau jiwa anda. 

The Purple Cottage Homestay Mesilau Kundasang

Rumah ungu yang terbina megah ini menyediakan sebuah rumah penginapan di Kundasang dengan rekabentuk cottage ala-ala desa tanah tinggi di kaki Gunung Kinabalu. Ianya terletak di perkampungan homestay yang tertinggi dan tersejuk di Malaysia iaitu Kg.Mesilou Kundasang.

Lokasinya sangat strategik kerana berhampiran dengan beberapa pusat pelancongan paling popular di Kundasang Sabah seperti Desa Cattle Dairy Farm, Starting point Maragang Hill, dan Pekan Kundasang. Di sini, anda akan merasakan cuaca yang sengut kerana berada di ketinggian 1600 meter dari aras laut dengan suhu 16-18c.


Alamat: Jalan Cinta Mata, Kg. Mesilau, Kundasang, 89308 Ranau, Sabah

Harga: Bermula dari RM 345/ malam

Bilangan Tetamu: 7 orang


 Tempah Sekarang Dari RM345! 


Anjung Rehat Jamsari

Anjung Rehat Jamsari menawarkan penginapan sebuah rumah di Kampung Mesilou Kundasang, dalam jarak 12 km dari Kinabalu National Park dan 100 km dari Bandaraya Kota Kinabalu. Menyediakan kemudahan Wifi secara percuma, lengkap dengan ruang tamu yang luas mampu menampung sehingga 15 orang tetamu.

Rumah desa ini menawarkan akses terus ke balkoni dengan pemandangan gunung yang cantik dan menghijau. Ia terdiri daripada 4 bilik tidur dan dapur yang serba lengkap. TV skrin rata dengan saluran rancangan terpilih juga ada disediakan. Dari luar kelihatan suasana kampung yang penuh dengan keindahan alam semula jadi. 


Alamat: Jalan Cinta Mata, Kg. Mesilau, Kundasang, 89308 Ranau, Sabah

Harga: Bermula dari RM 445/ malam

Bilangan Tetamu: 15 orang


 Tempah Sekarang Dari RM445! 


Almeera Homestay 2

Almeera Homestay 2 merupakan homestay yang terletak di Kundasang. Dengan menginap di homestay ini, anda akan dapat bersama-sama keluarga di dalam sebuah rumah seperti berada di rumah sendiri dengan harga yang jauh lebih murah dan menarik berbanding jika anda sekeluarga menginap di hotel. 

Almeera Homesaty 2 merupakan homestay di tingkat atas. Ruang tamu yang selesa, bilik tidur yang cantik dan bersih serta dapur yang serba lengkap dengan peralatan memasak menjadika homestay ini amat sesuai untuk semua keluarga yang inginkan penginapan yang murah, bersih dan selesa semasa bercuti di Kundasang.


Alamat: Kg Sinisian Kundasang, Pekan Kundasang, 89308 Ranau, Sabah

Harga: Bermula dari RM 400/ malam

Bilangan Tetamu: 15 orang


 Tempah Sekarang Dari RM400! 


Klik sini untuk dapatkan kod promo untuk percutian anda. 


Gathering Village 2

Dari jauh sudah kelihatan sebuah rumah percutian yang terletak di kawasan hutan. Jangan risau, bukan satu-satunya rumah yang ada kerana di sini terletaknya sebuah perkampungan yang mempunyai suasana yang aman damai.

Bagi anda yang sukakan privasi, datang dalam keluarga yang besar, homestay ini sangat sesuai untuk percutian anda kerana mampu menampung sehingga 10 orang tetamu. Anda boleh menikmati suasana persekitaran yang mendamaikan dari balkoni tingkat atas. 


Alamat: 2-C22, Jalan Mesilau, Kundasang, 89308 Ranau, Sabah

Harga: Bermula dari RM 650/ malam

Bilangan Tetamu: 10 orang


 Tempah Sekarang Dari RM650! 


Teratak Haji Rashiman

Teratak Haji Rashiman terletak di Kampung Sinisian ,Kundasang ,Sabah dan di dalam komuniti "Walai Tokou Homestay". Ia merupakan sebuah rumah yang terletak di tempat yang mempunyai ruang lihat yang luas dan jelas menampakkan Gunung Kinabalu yang nyaman dan mendamaikan. Sebuah rumah penginapan 6 bilik lengkap dengan tandas, peralatan dapur, bbq set dan tv.

Terdapat dapur ala-ala "cowboy" di bahagian luar rumah. Sangat menarik pada waktu pagi sambil memasak sambil menikmati keindahan alam. Sudut pandangan daripada dapur tersebut sangatlah menarik dan memikat hati para tetamu yang datang menginap di Teratak hj Rashiman Homestay. 


Alamat: Kampung Sinisian, Kundasang, 89308 Ranau, Sabah

Harga: Bermula dari RM 420/ malam

Bilangan Tetamu: 14 orang


 Tempah Sekarang Dari RM420! 


Kundasang sememangnya destinasi pilihan untuk ramai pelancong tak kira dalam dan luar negara! Jika anda masih lagi tercari-cari penginapan yang sesuai di Kundasang untuk percutian anda, jangan risau!


Klik pada imej di bawah untuk melihat senarai penuh penginapan di Kundasang yang anda boleh pilih. 



Search for accommodations

Featured image of
Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

5 (2 VOTES)