Hotel Penang Murah Featured Image

Hotel Penang Murah

By [email protected] - Nov 02, 2018 (Last Updated Nov 22, 2018)

Penang memang terkenal dengan makanan yang lazat dan tidak munkin anda terfikir tentang Penang tanpa terfikir tentang makanan di Penang. Walaupun bukan sebuah destinasi percutian yang mahal, tetapi bukan juga satu destinasi yang murah. Akan tetapi, dengan perancangan rapi, percutian di Penang boleh menjadi sesuatu yang tidak membebankan terutamanya dari aspek kewangan.

Antara salah satu cara untuk menjimatkan perbelanjaan semasa bercuti adalah dengan menyewa tempat penginapan yang berharga murah. Di sini telah disenaraikan hotel yang murah serta berkualiti di Penang  untuk membantu anda membuat keputusan.


T+ Hotel Macallum




T+ Hotel Macallum terletak di 'UNESCO World Heritage Site of Georgetown'. Antara tempat menarik berdekatan dengan hotel ini adalah Prangin Mall dan Komtar Tower. Antara ciri-ciri istimewa tentang hotel ini adalah resepsi hotel, pengemasan bilik setiap hari, parkir kereta, dan wifi percuma. Jika anda melawat Penang, sudah tentu T+ Hotel Macallum patut anda mempertimbangkan terutamanya dengan harganya yang berpatutan. 


Alamat                     : 171, Jalan C.Y.Choy, 10300 Georgetown, Pulau Pinang

Harga                        : Dari RM 132/malam

Untuk maklumat lanjut tentang bilik hotel ini, klik di bawah


Tempah Sekarang Dari RM132


Nak pergi cuti-cuti? Dapatkan lebih penjimatan apabila anda menggunakan promo code kami!

Hotel Seri Malaysia Pulau Pinang



Terletak di Bayan Baru Penang, Hotel Seri Malaysia Penang adalah berdekatan dengan bandaraya Penang dan pelbagai pantai terkenal di Penang. Sebagai sesuatu tempat yang ternama dengan warisan yang kaya, pelbagai budaya dan juga mempunyai banyak tempat bersejarah, sudah pasti anda inginkan sebuah penginapan yang berdekatan seperti Hotel Seri Malaysia Pulau Pinang.


Alamat                      : 7, Jalan Mayang Pasir 2, Bandar Bayan Baru, 11950 Pulau Pinang

Harga                         : Dari RM 110/malam

Untuk maklumat lanjut tentang bilik hotel ini, klik di bawah


Tempah Sekarang Dari RM110








AG Hotel Penang menawarkan penginapan yang selesa dan menawankan pada harga yang rendah. Selain itu, lokasinya yang strategik adalah berhampiran Universiti Sains Malaysia (USM) dan Jambatan Penang. Tambahan pula, Georgetown yang terkenal dengan pelbagai lukisan mural dan makanan lazat adalah hanya 15 minit masa perjalanan dari hotel ini.


Alamat                      : 50-E, Jalan Sultan Azlan Shah, 11700 Georgetown, Penang, Malaysia

Harga                         : Dari RM 110/malam

Untuk maklumat lanjut tentang bilik hotel ini, klik di bawah


Tempah Sekarang Dari RM110


Search for accommodations

Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

5 (1 VOTES)