Top 5 Hotel di Ipoh ada Swimming Pool Featured Image

Top 5 Hotel di Ipoh ada Swimming Pool

By [email protected] - Dec 11, 2018 (Last Updated Dec 18, 2018)

Ipoh merupakan ibu kota negeri Perak yang berada di tengah-tengah negeri perak. Tahukah anda, hanya pada tahun 1937, Ipoh diisytiharkan sebagai ibu kota Perak menggantikan Taiping. Negeri Perak mempunyai lanskap geografi yang amat sesuai untuk aktiviti perlombongan bijih timah pada awal abad ke-20 dan pada seketika itu Ipoh adalah salah satu bandar yang paling kaya di Asia Tenggara.


Akan tetapi, selepas kemerosotan industri bijih timah pada akhir abad ke-20 telah menyebabkan pertumbuhan ekonomi di Ipoh untuk menjadi stagnan. Walau bagaimanapun, populasi di Ipoh masih antara yang tertinggi dibandingkan antara bandar lain di Malaysia. 


Jika anda travel ke Ipoh melalui kenderaan darat, benda pertama yang anda akan perasan adalah ciri geografi yang dikelilingi oleh gunung. Memang merupakan destinasi yang digemari oleh peminat fotografi kerana kebanyakkan antara mereka akan memberitahu anda bahawa lighting dan background yang paling baik adalah dari sumber semula jadi seperti gunung-gunung yang terdapat di Ipoh.


Selain itu, akibat akibat formasi batu kapur di gunung-gunung di Ipoh, sebilangan gua dibentuk bawahnya di seluruh bandar yang ramai penduduk menganggarkan nombor itu munkin melebihi 30! Ramai antara gua itu telah dijadikan tokong. Infrastrukturnya adalah seperti Batu Caves di Selangor. Walaupun anda bukan penganut agama Buddha, tetapi masih digalakkan untuk melawati beberapa tokong ini untuk menghayati seni bina tokong yang berada di gua. 


                        


Selepas menjamu selera mata anda, mestilah anda menjamu selera pula. Pada pendapat saya, Ipoh mengupamakan negeri Penang yang lebih kecil. Persamaan Ipoh dan Penang memang amat ketara dari lukisan mural, budaya tempatan dan banyak lagi. Seperti Penang juga, keunikan makanan tempatan di Ipoh memang tiada tandingannya.


Anda hanya perlu google makanan di Ipoh dan berpuluhan cadangan akan muncul begitu sahaja. Antara yang terkenal di Ipoh adalah nasi kandar, nasi ayam taugeh, tat telur, kopi tempatan, ayam garam (salted chicken) dan banyak lagi! Yang paling baik sekali, kebanyakan makanan ini dijual pada harga berpatutan.


Dengan cuaca yang panas di Malaysia dan setelah seharian berada di bawah sinaran matahari, memang amat digalakkan untuk beriadah bersama yang tersayang. Bukan sahaja dapat imbas kembali tempat yang dilawati tetapi juga dapat membakar sedikit kalori setelah mencubai pelbagai makanan tempatan.


                        



MYR 75.00 /night

MYR 133.00 /night

Hotel butik? Beberapa pilihan ini juga amat berbaloi dari segi harganya walaupun tidak mempunyai swimming pool.


Di sinilah tujuan anda berada di blog post ini. Senarai berikut adalah 5 hotel terbaik di Ipoh yang mempunyai swimming pool. Untuk memuaskan para pembaca yang mempunyai bajet yang berlainan, hotel-hotel berikut yang disenaraikan mempunyai harga yang berpelbagai jadi bolehlah anda menempah mengikut kesesuaian anda.


Impiana Hotel Ipoh


Impiana Hotel Ipoh, Perak sangat sesuai untuk kedua-dua pelancong perniagaan dan percutian dengan kemudahan kelas, kedai serbaneka, kemudahan jamuan moden dan restoran-restoran besar yang sesuai untuk setiap kesempatan. Perkhidmatan Kopi dan Jamuan kami adalah 'halal' yang diperakui.


Hotel ini menawarkan 168 bilik-bilik dari Deluxe ke bilik-bilik Royal Suite dengan pemandangan bukit batu kapur yang meluas di Ipoh. Semua bilik dilengkapi dengan WiFi percuma, bar mini, dulang pembuatan kopi & teh, bilik mandi moden dan sambungan telefon. Di Impiana Hotel Ipoh anda akan mendapat perkhidmatan antarabangsa yang cekap digabungkan dengan keramahan Ipoh yang paling hangat; hanya dail 1 dan kami sedang menelefon 24 jam sehari untuk memenuhi keperluan anda!


Alamat  : 18, Jalan Raja Dr. Nazrin Shah, 30250 Ipoh, Perak

Harga    : Dari RM 139 / malam


Weil Hotel



Terletak berdekatan warisan bandar lama Ipoh dan bersebelahan dengan pusat membeli-belah Ipoh Parade, WEIL adalah destinasi unik untuk perniagaan, percutian dan apa apa sahaja. WEIL menawarkan 313 bilik dan suite dengan perabotan terpilih yang melengkapi desain kontemporari dan pemandangan luar biasa kota dan bukit batu kapur sekitarnya. 


Menggalakkan citarasa anda dengan pengalaman gastronomi di 4 tempat makan signature kami yang menyajikan pelbagai hidangan tempatan dan antarabangsa. Menghidupkan semula perasaan anda di kolam infiniti di atas bumbung kami sambil menikmati pemandangan bandaraya Ipoh yang indah. WEIL Hotel adalah destinasi tersendiri! 


Alamat  : 292, Jalan Sultan Idris Shah, 30000 Ipoh, Perak

Harga    :  Dari RM 347 / malam


Tower Regency Hotel & Apartment



Terletak strategis di pusat perniagaan utama di pusat bandar Ipoh, Tower Regency Hotel & Apartments menggabungkan kemewahan yang halus dengan akses yang tiada tandingan untuk menyediakan pengalaman hidup yang unik yang canggih. Tower Regency dilengkapi dengan 17 tingkat bilik dan pangsapuri yang elegan, masing-masing dengan pemandangan bandar yang menakjubkan.


Ia adalah satu-satunya hotel di Ipoh yang menggabungkan semua profesionalisme yang diperlukan untuk sebuah hotel perniagaan dan semua kemudahan rekreasi yang diharapkan dari tempat percutian - semua dalam lokasi terbaik di bandar.


Alamat  : 6, Jalan Dato Seri Ahmad Said, 30450 Ipoh, Perak

Harga    : Dari RM 171 / malam


The Haven Resort Hotel Ipoh



The Haven Resort Hotel & Residences merupakan antara bangunan paling mewah di Ipoh, Perak, Malaysia, masing-masing 26 tingkat tinggi, membentuk 512 unit suite mewah mewah. Pembangunan ini mempunyai sistem keselamatan yang rumit, kemudahan bintang 5, operasi 5-bintang oleh The Haven Premier, perkhidmatan ulang-alik eksekutif dan kemudahan persidangan. Suite-suite tempat percutian Ipoh kami terdiri daripada kemasan pereka dan dibina untuk menjadi mesra alam di Eco Resort kami di Ipoh.


Alamat  : Jalan Haven, Persiaran Lembah Perpaduan, 31150 Ipoh, Perak

Harga    : Dari RM 343 / malam


Ritz Garden Hotel



Tidak kira perniagaan atau percutian, Ritz Garden Hotel merupakan pilihan yang sempurna kerana kami terletak di pusat bandaraya Ipoh! Berpusat di antara bandar lama dan baru, kami mudah diakses ke alamat komersial dan tempat pelancongan yang paling mudah. Namun, pesona lama Ipoh dipelihara dari Old Town kuno di mana seseorang masih boleh mencari tempat makan kegemaran mereka dan bangunan Warisan mercu tanda.


Alamat  : 88, Jalan Yang Kalsom, Taman Jubilee, 30250 Ipoh, Perak

Harga    : Dari RM 108 / malam



Selain daripada hotel-hotel di atas, terdapat banyak lagi homestay yang unik di Ipoh. Inilah peluang anda untuk mengalami pengalaman penduduk tempatan di Ipoh. Semuanya telah disenaraikan lengkap dengan harga, jumlah bilik, kemudahan dan sebagainya. Ringankan beban anda dengan menempah di LetsGoHoliday hari ini!


Search for accommodations

Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

5 (2 VOTES)