Hotel Di Cyberjaya Featured Image

Hotel Di Cyberjaya

By [email protected] - Jan 30, 2019 (Last Updated Feb 15, 2019)

Jika bercakap mengenai Cyberjaya, anda pastinya tidak akan terfikir untuk menjejakkan kaki anda untuk bercuti di sini, apatah lagi untuk menginap di hotel di Cyberjaya. Namun, tidak semestinya anda boleh melupakan hasrat percutian anda di Cyberjaya. Nak tahu mengapa? Jom baca selanjutnya mengenai Cyberjaya dan mengapa anda perlu datang untuk menginap di hotel di Cyberjaya.


Sejak perasmian pembukaannya pada bulan Mei 1997, Cyberjaya telah berkembang sebagai salah satu kunci utama menghubungkan Koridor Raya Multimedia di Malaysia. Cyberjaya dibangunkan dan kerajaan Malaysia bercita-cita untuk menjadikan Cyberjaya sebagai Silicon Valley of Malaysia.


Cyberjaya telah berkembang pesat dan berjaya menarik banyak syarikat besar untuk melabur di sini seperti DELL, HP, DHL, Motorola, BMW, IBN, Shell IT dan banyak lagi. Cyberjaya juga merupakan pusat untuk beberapa agensi kerajaan oleh kerana lokasinya yang bersebelahan dengan Putrajaya, Pusat Pentadbiran Persekutuan Malaysia seperti Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia, Kementerian Pendidikan, Kementerian Sumber Manusia dan Majlis Perbandaran Sepang. Jadi, tidak menghairankan jika Cyberjaya menerima pelawat sepanjang masa untuk business trip dan outstation.


Selain itu, Cyberjaya menempatkan universiti-universiti swasta dan kolej-kolej yang gah dan ternama seperti Universiti Multimedia (MMU), Limkokwing University of Creative Technology, University Malaysia of Computer Science & Engineering, Heriot-Watt University, Cyberjaya University College of Medical Sciences, Cyber Putra College and Kirkby International College.


Boleh dikatakan pelawat yang akan datang bermalam di Cyberjaya adalah atas urusan kerja atau ibu bapa yang menghantar anak-anak mendaftar di Kolej atau Universiti atau menghadiri majlis konvokesyen. Jika anda gusar dan risau mencari tempat penginapan di Cyberjaya, tak usah risau kerana di bawah ini kami akan bantu untuk senaraikan Hotel di Cyberjaya terbaik khas untuk anda. Bak kata pepatah Melayu, sambil menyelam minum air, sambil bekerja atau menghadiri majlis konvokesyen atau pendaftaran anak-anak sambil bercuti dengan keluarga tersayang. Yay!



EV World Hotel @ Dpulze Cyberjaya


EV World Hotel Cyberjaya @ DPulze ini terletak di Cyberjaya, kira-kira 2 minit berjalan kaki untuk tiba ke Pusat Membeli-Belah DPULZE dan dalam 5 minit memandu ke Shaftsbury Square. Hotel ini juga berhampiran dengan universiti dan kolej di sekitar Cyberjaya. Semua bilik hotel EV World Cyberjaya dilengkapi dengan cerek, berhawa dingin dan flat-screen TV. Untuk mereka yang sibuk bekerja sehingga lewat di Cyberjaya, anda tidak perlu risau kerana anda boleh terus walk-in dan disapa mesra oleh perkhidmatan reception 24 jam. Selain itu, hotel ini menyediakan bilik-bilik untuk mesyuarat dan lain-lain. 

 

Psst! Di sini kami nak kongsikan promo kod diskaun khas yang ditawarkan oleh hotel ini bersempena dengan perasmian laman web yang baru. Jom gunakan kod di bawah ini dan dapatkan diskaun 5% sekarang!

Kod Promo:  BOOKDIRECT


Alamat: Persiaran Flora, CBD 1 Suite 4803-01-03, 63000 Cyberjaya, Selangor. (Google Map)

Harga: Bermula dari RM 89/ malam


Tempah Sekarang



Dapatkan diskaun hebat ketika menempah dengan kami sekarang!


Dash Box Hotel Cyberjaya



Dash Box Hotel Cyberjaya berbentuk unik dan lain dari lain menawarkan kolam renang yang luas berhadapan dengan bilik-bilik di hotel ini. Para tamu juga dapat bersantai di tepi kolam renang sambil menikmati masakan enak dari restoran hotel. Dash Box Hotel ini terletak dalam 3 km perjalanan dari Pusat Membeli-belah DPULZE dan Shaftsbury Square. Selain itu, hotel ini juga menawarkan gym, bilik permainan kanak-kanak dan pengecaj kereta elektrik.   


Alamat: Dash Box Hotel @ MaGIC Village, Cyber 8, Persiaran APEC, 63000 Cyberjaya, Malaysia. (Google Map)

Harga: Bermula dari RM 111/ malam


COOP Hotel Putrajaya & Cyberjaya



COOP Hotel Putrajaya & Cyberjaya menawarkan para tamunya bilik yang sangat selesa dan bersih. Selain itu, hotel ini mempunyai restoran persendirian jadi anda tidak perlu risau untuk mencari makanan yang halal dan enak di Cyberjaya. Terutamanya apabila anda sudah keletihan bekerja atau menghadiri sesi konvokesyen anak anda. Jom menginap terus di hotel ini untuk mendapatkan harga yang murah namun berkualiti. 


Alamat: NO.65- 67 Jalan Cyber Valley 1B/3 Cyber Valley Commercial Centre, 43800 Kampung Dengkil, Malaysia. (Google Map)

Harga: Bermula dari RM 81/ malam


Monaco Hotel



Set in Cyberjaya, Monaco Hotel ini terletak lebih kurang 1 km dari Pusat Membeli-belah DPULZE. Hotel ini menawarkan bilik mandi persendirian dan terdapat beberapa bilik yang mempunyai balkoni persendirian. Lokasi Monaco Hotel yang strategik dan menjanjikan servis yang terbaik, anda akan terasa seperti anda sedang menginap di hotel 5 bintang! 


Alamat: Suite 4801-0-02, Jalan Perdana, CBD Perdana, Cyber 12, 63000 Cyberjaya, Malaysia. (Google Map)

Harga: Bermula dari RM 78/ malam


Tune Hotel - DPulze Cyberjaya



Tune Hotel – Dpulze Cyberjaya pula terletak di dalam Pusat Membeli-belah DPULZE. Ianya sebahagian dari Syarikat Air Asia, maka tidak hairanlah mengapa susun atur hotel ini seperti dalam kapal terbang Air Asia. Lengkap dihiasi dengan flat-screen TV dan meja beserta peti keselamatan untuk laptop, maka anda yang datang untuk kerja tidak perlu risau jika barang-barang elektronik anda dicuri. Hotel ini juga terletak berhadapan dengan Cyberjaya Transport Terminal dan 15 minit untuk ke Putrajaya. Maka, Tune Hotel ini sangat sesuai untuk anda yang datang untuk outstation.


Alamat: Block D, Cyberjaya CBD, Persiaran Multimedia, Cyber 12, 63000 Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan, 63000 Cyberjaya, Malaysia. (Google Map)

Harga: Bermula dari RM 92/ malam




Tidak puas dengan senarai hotel di Cyberjaya kami di atas? Anda nak lihat senarai penuh tempat penginapan kami di seluruh Selangor? Jangan risau, tekan terus pada gambar di atas dan anda akan dibawa ke senarai penuh tempat penginapan di Selangor sekarang!


Search for accommodations

Featured image of
Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

3.67 (3 VOTES)