5 Homestay Murah di Putrajaya
Putrajaya merupakan salah satu daripada 3 Wilayah Persekutuan di Malaysia. Fungsinya sebagai pusat pentadbiran negara menempatkan pelbagai bangunan pejabat utama pentadbiran kerajaan seperti Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Luar Negeri, Kementerian Pengajian Tinggi dan lain-lain lagi.
Kebanyakan yang datang ke Putrajaya, datang dari jauh untuk menyelesaikan beberapa urusan di pejabat-pejabat di sini. Kalau anda salah seorang daripadanya, semoga urusan anda lancar-lancar sahaja ya.
Selain daripada tujuan urusan-urusan khas, anda boleh datang ke Putrajaya untuk bersiar-siar bersama keluarga. Anda boleh bersantai di taman-taman, melihat jambatan-jambatan menarik, dan membeli -belah. Jika anda datang ke Putrajaya bersama keluarga dan memerlukan tempat penginapan selama beberapa hari, di sini kami senaraikan 5 homestay murah di Putrajaya.
Homestay Pudina Putrajaya
Homestay Pudina Putrajaya merupakan apartment 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Ianya boleh memuatkan 10 orang penginap dan mempunyai dapur lengkap dengan peti sejuk, pembakar roti, microwave dan peti sejuk. Hanya kipas disediakan dan apartment ini menerima angin sejuk 24 jam sehari. Penginap boleh membawa anak-anak bermain di taman permainan apartment dan bersantai di taman bunga di kawasan apartment.
Apartment ini juga berhampiran dengan District IOI City dan Putrajaya international Convention Centre.
Alamat: Jalan Kasturi P17, Presint 17, 62100 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
Harga: dari RM140/malam
Qstay Homestay Putrajaya
Qstay Homestay Putrajaya adalah apartment homestay di Pangsaputi Putra Harmoni di Presiint 9, Putrajaya. Ianya mempunyai 3 bilik tidur dan 1 bilik air dan boleh memuatkan 8 orang penginap. Homestay ini menawarkan penginapan serba lengkap dengan ruang tamu dan TV, Astro, meja makan untuk 4 orang, dapur dilengkapi peti sejuk, dan pinggan mangkuk. Bilik tidur dilengkapi pengawah dingin.
Homestay ini berhampiran dengan restoran, kedai runcit, kedai dobi, Eleven, Klinik Kesihatan dan stesen minyak Petronas. Ia juga berdekatan dengan pusat membeli-belah Alamanda, Taman Botani, Taman Warisan, Masjid Putra dan Masjid Sultan Mizan.
Alamat: Apartment Putra Harmoni Presint 9 Putrajaya
Harga: dari RM180/malam
HomeStay D 11 Putrajaya (Muslim only)
Homestay D 11 Putrajaya menyediakan penginapan selesa untuk penginap seramai 10 orang. Ianya mempunyai 3 bilik tidur berhawa dingin dan berkipas siling dan 2 bilik air. Homestay ini sesuai bagi keluarga yang ingin menginap untuk majlis perkahwinan atau majlis konvokesyen. Ia juga berdekatan dengan surau, kedai runcit, 7Eleven, medan selera dan pusat kejiranan.
Lokasi homestay ini strategik dan berhampiran dengan PICC, Cyberjaya, UiTM Dengkil, Putrajaya Sentral, IOI Mall Putrajaya dan Alamanda.
Alamat: Apartment Prima Presint 11,T12-13,Blok B,62050.WP PUTRAJAYA
Harga: dari RM/180malam
Azpi Rest House@Homestay Putrajaya
Azpi Rest House@Homestay Putrajaya menawarkan penginapan untuk 8 orang tetamu. Ianya menyediakan 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Hanya 1 bilik tidur dilengkapi penghawa dingin. Homestay ini juga lengkap dengan peti sejuk, cerek elektrik dan pinggan mangkuk di dapur.
Lokasi homsetay ini berhampiran dengan restoran, kedai runcit, kedai dobi, dan 7Eleven. Ia juga berdekatan dengan pusat membeli-belah Alamanda, Taman Botani, Taman Warisan, Masjid Putra dan Masjid Sultan Mizan.
Alamat: Pangsapuri Putra Harmoni, Presint 9, 62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Harga: dari RM180/malam
Arfa-putrajayahomestay
Arfa-putrajayahomestay menyediakan penginapan untuk 4 orang tetamu dengan 3 bilik tidur lengkap berhawa dingin dan 1 bilik air. Homestay ini mempunyai dapur lengkap dengan peti sejuk, dapur memasak bersama built-in kitchen hoods, microwave, periuk nasi dan pembakar roti.
Lokasinya berdekatan dengan kedai runcit, 7Eleven, Taman Tasik, restoran, dan stesen minyak Petronas.Pusat membeli-belah Aalamanda dan Putrajaya Inernational Convention Centre juga berhampiran. Homestay ini turut menyediakan perkhidmatan kereta sewa bersama pemandu pelancong bagi tetamu yang ingin melancong di Putrajaya.
Alamat: B-T01-U08,Apt Putra Harmoni,Presint 9,62250 Putrajaya WP
Harga: dari RM180/malam
Terdapat banyak lagi homestay-homestay yang serba lengkap dan selesa di Putrajaya. Di sini kami sediakan senarai homestay di Putrajaya untuk anda. Skrol di bawah untuk senarai homestay di Putrajaya.
MYR 160.00 /night
MYR 350.00 /night
Mahukan harga lebih murah untuk tempahan penginapan anda? Gunakan kod promosi kami!
Klik pada gambar di bawah untuk lebih banyak pilihan tempat penginapan di Putrajaya.