Hotel Dekat Pasar Malam Brinchang Featured Image

Hotel Dekat Pasar Malam Brinchang

By Demo Andrew Homestay - Sep 25, 2018 (Last Updated Dec 19, 2018)

Picture source : Cavin Teo


Pernahkah anda singgah mana-mana pasar malam di Malaysia yang sentiasa sejuk? Pasar Malam Brinchang merupakan pasar malam yang sentiasa bercuaca sejuk di Malaysia. Ia terletak di Cameron Highlands, Pahang. Sama seperti Kea Farm, pasar malam ini terdapat pelbagai buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan yang dijual. 


Di sini, kami syorkan hotel yang berhampiran dengan pasar malam tersebut.


Madani Hotel Cameron Highlands (Brinchang)


Madani Hotel Cameron Highlands merupakan satu-satunya hotel muslim di Cameron Highland yang dilengkapi keperluan asas untuk pelancong beragama Islam. Justeru, pengunjung usahlah risau tentang makanan yang dibekalkan oleh hotel ini kerana ianya dijamin halal.


Perjalanan ke Pasar Malam Brinchang hanyalah 5 minit dengan kereta.


Lokasi: 16, Jalan Besar Brinchang, 39100 Brinchang, Cameron Highlands, Pahang (Google Maps)

Harga: Dari RM130/malam


Book Now from RM130! 



Hotel Rosa Passadena


Hotel Rosa Passadena terletak di kawasan yang baru dibangunkan di pusat bandar Brinchang. Secara tidak langsung, hotel ini menjadi pilihan warga tempatan dan pengunjung sebagai tempat penginapan dan beristirahat.


Lokasi: https://goo.gl/maps/jpskqHpmaJB2

Harga: dari RM160 / malam

Laman Web: http://www.hotelrosapsdn.com.my/default.htm



Hotel Parkland



Hotel Parkland juga terletak di Bandar Brinchang, di mana Pasar Malam Brinchang hanyalah dalam jarak perjalanan kaki. Hotel ini berhampiran dengan bank, kedai runcit, tempat makan dan kemudahan lain.

Lokasi: https://goo.gl/maps/6L5NcYiBW8u

Harga: dari RM119 / malam

Laman Web: http://www.parkland.com.my/hotels/index.php


Kawasan sekitar Pasar Malam Brinchang ini tidak banyak hotel ataupun resort. Kebanyakannya homestay. Inilah senarai homestay yang disyorkan untuk para peminat kami.


Pasar malam ini baru sahaja dipindah ke Jalan Golden Hill dan tidak lagi beroperasi di kawasan berdekatan Star Regency Hotel. 

Strawberry Park Resort



Resort ini menyediakan apartment mewah untuk para pengunjung. Oleh kerana resort ini terletak di atas gunung, para pengunjung pasti dapat merasakan pengalaman bermalam di apartment yang mewah yang juga dihiasi dengan perabot dan perhiasan yang moden.


Lokasi: https://goo.gl/maps/r6o1iwrEXy72

Harga: dari RM 345 / malam

Laman Web: http://www.strawberryparkresorts.com/



Madani Hotel Cameron Highland (Tanah Rata)


Cawangan kepada Madani Hotel Brinchang, Madani Hotel Tanah Rata juga merupakan khas untuk pelancong muslim.

Perjalanan ke Pasar Malam Brinchang juga dalam lingkungan 5 ke 10 minit dengan kereta.


Lokasi: 15, Marigold Square, 39000 Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang  (Google Maps)

Harga: Dari RM90 / malam


Book Now from RM90! 



( Credits: CameronHighlandJomJalan)

Rate this post

4.35 (31 VOTES)