Hotel Dekat Mahkota Medical Centre Featured Image

Hotel Dekat Mahkota Medical Centre

By Farisya - Oct 23, 2018 (Last Updated Oct 02, 2019)

Mahkota Medical Centre terletak di Jalan Merdeka, Taman Costa Mahkota, yang terletak di tengah-tengah Bandaraya Melaka. Jika anda mempunyai temujanji atau merancang untuk melawat rakan atau saudara-mara anda di Mahkota Medical Centre ini, kami telah menyenaraikan 5 hotel terdekat untuk memudahkan perancangan anda.  



Mahkota Hotel Melaka terletak di tengah-tengah bandar bersejarah Melaka. Dari sini, hanya 4 minit perjalanan dengan menaiki kereta atau 9 minit berjalan kaki untuk ke Mahkota Medical Centre. Hotel ini mempunyai 4 jenis bilik dan 2 jenis kategori apartment yang pastinya menawarkan bilik keselesaan dan bilik yang bersih untuk tetamunya. Salah satu perkara yang menarik tentang hotel ini ialah, Mahkota Hotel Melaka menawarkan dua kolam renang yang berbeza dan dinamakan sebagai Hibiscus dan Dolphin. 

Lokasi:


Laman web:  Mahkota Hotel Melaka



Hatten Hotel Melaka adalah Hotel bertaraf 4-bintang dan hanya 5-minit berjalan kaki ke Mahkota Medical Centre. Hatten Hotel menawarkan keselesaan dan gaya bilik tersendiri dengan kemudahan yang disediakan dan pastinya berbaloi dengan harga yang akan anda bayar. Terdapat kira-kira 700 ++ suite dengan penghawa dingin, TV LCD, dan beberapa suite menawarkan anda pilihan pemandangan kota mahupun laut. 

Lokasi:
Laman web:  Hatten Hotel Melaka



Novotel Hotels & Resorts Melaka menawarkan 351 bilik yang serba lengkap dengan pemandangan The Straits of Melaka. Terletak di tengah-tengah Kota Melaka, hanya berjarak 15 minit berjalan kaki ke tempat-tempat tarikan pelancong seperti A Famosa, The Stadthyus dan Pusat membeli-belah terbesar iaitu Dataran Pahlawan. Jangan risau tentang jarak ke Mahkota Medical Centre, ia hanya mengambil masa berjalan kaki selama 7 minit sahaja! 

Lokasi:



Estadia Hotel berkonsepkan gaya Peranakan di mana tetamu boleh mendalami serba-sedikit tentang budaya Nynoya. Terdapat Restoran Makan Nyonya yang beroprasi sepanjang hari, termasuk sarapan secara bufet. Menawarkan 196 bilik yang direka dengan elegan dan mempunya kemudahan fasiliti seperti TV skrin rata dan penyaman udara. Estadia Hotel adalah salah satu hotel yang paling hampir dengan Mahkota Medical Centre, kira-kira 200 m dan mengambil masa kurang dari 2 minit berjalan kaki. 

Lokasi:

Laman web:  Estadia Hotel




La Boss Hotel mempamerkan gaya emosi dengan warna tersendiri dan suasana di setiap sudut hotel. Menawarkan cir-ciri bilik yang dilengkapi dan direka dengan ruang moden dan selesa digabungkan untuk membentuk karya hangat dan santai. La Boss Hotel juga menawarkan rasa luar biasa untuk para tetamunya. Terletak begitu hampir dengan dengan Mahkota Medical Centre, hanya mengambil masa 3 minit perjalanan melalui Jalan Syed Abdul Aziz. 

Lokasi:

Laman web:  La Boss Hotel

MYR 106.00 /night

{{ promotion.Value }}% OFF! {{ promotion.CurrencyCode + " " + promotion.Value }} OFF!

MYR 98.00 /night

Dapatkan harga promo dan jimat lebih untuk percutian anda. Layari LetsGoHoliday.my untuk promosi terkini.

Rate this post

0 (0 VOTE)