Hotel Terbaik Berdekatan MMU Melaka Featured Image

Hotel Terbaik Berdekatan MMU Melaka

By Hani - Apr 29, 2019 (Last Updated May 03, 2019)


MMU Melaka, atau nama penuhnya Multimedia University, terletak di lokasi strategik - di dalam kawasan perumahan yang aman damai, berhampiran dengan kawasan perindustrian dan kawasan tarikan Ayer Keroh, Melaka. Untuk pengetahuan anda, MMU Melaka ini sudah lama ditubuhkan sejak dari tahun 1993 lagi dan menawarkan kursus engineering, IT, bisnes, undang-undang serta peringkat pembelajaran dari Diploma, Ijazah kepada Sarjana. 


Jika anda perlu menghantar anak anda untuk belajar di MMU Melaka, menghadiri majlis konvokesyen atau datang melawat ahli keluarga atau rakan-rakan yang belajar di sini dan anda mencari tempat untuk bermalam, kami dah siap-siap senaraikan hotel terbaik berdekatan MMU Melaka khas untuk anda. Jom anda skrol ke bawah dan cepat-cepat buat booking ye!  




Sun Inns Hotel Ayer Keroh

Sun Inns Hotel Ayer Keroh mungkin merupakan hotel bajet tapi tetap trendy. Hotel ini terletak berhampiran dengan tol Utara-Selatan (PLUS) Ayer Keroh dan hanya 6 minit memandu untuk tiba ke MMU Melaka. Hotel ini berhampiran dengan kawasan tarikan pelancong seperti Zoo Melaka, Taman Buaya, Melaka Wonderland, MITC, kedai-kedai makan yang sedap dan viral dan kedai runcit. Hotel ini menawarkan wifi percuma dan kaunter resepsi yang beroperasi 24 jam sehari.


Alamat: Pusat Komersial Cendana Ayer Keroh, Hang Tuah Jaya, 75450 Ayer Keroh, Melaka

Harga:  Bermula dari RM70 / malam


Tempah Sekarang Dari RM70!  



Hotel Kobemas Melaka

Hotel Kobemas Melaka terletak 10 minit saja dari MMU Melaka, dan sangat sesuai untuk penginapan santai. Hotel ini menawarkan keselesaan maksimum seperti berada di rumah sendiri, maklumlah seperti yang semua tahu, Melaka kan terkenal dengan jem nya terutama sekali bila anda datang pada hujung minggu.


Jadi, anda boleh menginap di hotel ini dan lupakan segala hiruk-pikuk dan kesesakan jalan raya terutamanya bila anda nak masuk bandar. Tapi, di sekitar hotel ini juga terdapat pelbagai tarikan seperti Kota Fesyen (ini khas untuk mak-mak), MITC, Pasar Raya Mydin, Masjid Al Alma, pusat bowling, bank dan pejabat-pejabat kerajaan.


Alamat: Jalan MITC, Prima 1, Hang Tuah Jaya, 75450 Ayer Keroh, Melaka.

Harga:  Bermula dari RM80 / malam


Tempah Sekarang Dari RM80!  



The Mudzaffar Hotel Melaka

Macam kenal saja kan nama hotel ni? Mana tak nya kalau nama The Mudzaffar Hotel ini diinspirasikan dari Sultan Mudzaffar Shah, salah seorang sultan yang mentadbir ketika zaman kegemilangan Melaka suatu masa dulu. Hotel ini memang se-gah namanya, dengan seni bina yang mengagumkan seperti berada di zaman kesultanan Melayu Melaka, di samping servisnya yang bertaraf antarabangsa.


Hotel ini berjarak 10 minit saja dari MMU Melaka, dan terletak berhampiran Zoo Melaka, Taman Buaya, Taman Rama-Rama, Mini Malaysia dan Taman Asean, Melaka Planetarium, Taman Burung dan banyak lagi.


Alamat: 5509, Jalan Wisma Persekutuan, MITC Ayer Keroh, Melaka

Harga:  Bermula dari RM250 / malam


Tempah Sekarang Dari RM250!  


MYR 120.00 /night

Masih tak cukup bajet nak menempah hotel-hotel yang kami paparkan berhampiran dengan MMU Melaka ni? Jangan risau, tekan sini untuk mendapatkan diskaun hebat sekarang!


World Youth Hotel

World Youth Hotel terletak kurang dari 15 minit dari MMU Melaka. Hotel ini menawarkan wifi percuma, mempunyai kafe yang menghidangkan masakan halal dan lazat, biliknya berhawa dingin lengkap dengan TV flat-screen, almari, peti simpanan besi, cerek elektrik dan minibar.


Selain itu, hotel ini mempunyai khidmat room service 24 jam sedia untuk menjawab segala permintaan anda. Hotel ini juga berhampiran dengan Melaka Wonderland dan hanya 20 minit saja untuk ke Jonker Walk dan bandar Melaka.


Alamat: PT 18708, Mukim Bukit Katil, Daerah Melaka Tengah, Melaka

Harga:  Bermula dari RM120 / malam


Tempah Sekarang Dari RM120!  



Hotel MetraSquare

Hotel MetraSquare ni memang tak sabar-sabar menanti anda dengan tangan terbuka. Hotel ini cuma 12 minit saja dari MMU Melaka, sangat sesuai untuk keluarga, kerja, mesyuarat, kursus, dan hotel ini juga boleh membantu untuk menyambut majlis hari jadi dan sambutan majlis konvokesyen.


Selain itu, hotel ini terletak berhampiran dengan Zoo Melaka, Melaka Wonderland dan Ayer Keroh. Kalau anda tak cuba untuk bermalam di sini, anda takkan tahu servisnya yang tip top! 


Alamat: Jalan PKAK 1 & PKAK 2, Pusat Komersial Ayer Keroh, Ayer Keroh, Melaka

Harga:  Bermula dari RM98 / malam


Tempah Sekarang Dari RM98!  


Banyak lagi penginapan yang menarik di Ayer Keroh yang boleh anda pilih. Klik saja pada gambar di bawah untuk melihat senarai penuh!


Search for accommodations

Featured image of
Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

0 (0 VOTE)