Hotel Kuching Murah Featured Image

Hotel Kuching Murah

Feb 11, 2019

Anda dah pernah melawat seluruh Malaysia tak? Dari Kedah sampai ke Johor tu sudah semestinya kan? Tapi macam mana pula dengan Sabah dan Sarawak? Haa, kali ini kami nak bawakan anda bercuti di Kuching, Sarawak. Alamak, anda risau ke bajet tak membenarkan anda untuk melawat ke Bumi Kenyalang ni? Duit dah banyak melayang nak menempah penerbangan, ditambah lagi dengan duit penginapan, belum masuk untuk makan dan cenderahati nak dibawa pulang sebagai kenang-kenangan.




Tak perlu risau. Semua tu kami dah siap-siapkan. Anda perlu baca apa yang menarik di Kuching Sarawak ini dan seterusnya anda boleh menempah hotel di Kuching yang murah. Eh, tapi, murah tu tak bererti kotor, tiada kualiti, dan semua yang negatif tau. Kami dah senaraikan hotel Kuching murah terbaik khas untuk anda!


Apa yang menarik sangat di Kuching Sarawak ni ya? Nama pun dah macam nama kucing. Haa, betul tu. Memang pun nama bandar ini diambil bersempena dengan seekor kucing. Semuanya ini adalah gara-gara salah faham penduduk tempatan dengan James Brooke, penjajah British yang menerokai kawasan ini pada masa itu. James Brooke bertanya apakah nama tempat ini, dan penduduk menganggap James Brooke menuding jari menunjuk ke arah kucing. Hehe. 


Jadi, anda tidak perlu terkejut kalau anda sering disapa dengan kucing di sini seperti Tugu Kuching yang popular di tengah-tengah pusat bandar Kuching, Muzium Kucing, dan kafe konsep yang unik di Kuching.  Selain itu, anda jangan lepaskan peluang untuk ke tempat-tempat ini di Kuching, antaranya adalah Kuching Waterfront, Sarawak River Cruise, Muzium Sarawak, Fort Margherita, Muzium Islam Sarawak, Pasar Serikin, Kampung Budaya Sarawak, Pusat Hidupan Liar Semenggoh, Kuil Tua Pek Kong dan banyak lagi! Ye la kan anda mesti kena lawati tempat-tempat ini. Bila lagi nak datang ke Sarawak kan? 


Macam kami katakan di atas, anda tidak perlu risau dan gusar mengenai tempat penginapan di Kuching. Di bawah ini kami dah senaraikan Hotel Kuching Murah tapi terbaik dan berkualiti khas untuk anda. Jom lihat sama-sama.


Place2Stay @ Kenyalang

Place2Stay @ Kenyalang Gallery Photos

Place2Stay @ Kenyalang Gallery Photos


Place2stay @ Kenyalang  merupakan sebuah hotel bajet yang tersergam indah dan lokasinya yang strategik di Kuching, mampu menambat hati para penginap. Hotel ini terletak 5 minit memandu dari Pekan Kuching dan 10 minit sahaja dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching. Walaupun dikategorikan sebagai hotel bajet, Place2stay @Kenyalang ini menawarkan kemudahan asas seperti hotel-hotel terkemuka lain dan hotel ini juga menyediakan wifi dan berhawa dingin. Ianya juga terletak berhampiran dengan Vivacity Megamall, The Spring shopping Mall, Cityone Mall, Kenyalang Shopping Centre, dan Kuching Waterfront Plaza. 


Alamat: 1st Floor Lot 5438 Lorong Penyau 7, Chawan Road, 93300 Kuching, Sarawak

Harga: Bermula dari RM72/malam


Tempah Sekarang


Kemena View Hotel

Kemena View Hotel Gallery Photos

Kemena View Hotel Gallery Photos


Kemena View Hotel terletak di dalam Pekan Kuching. Dengan menginap di hotel ini, anda tidak perlu tercari-cari lagi penginapan hotel murah di Kuching kerana Kemena View Hotel sememangnya selesa dan berkualiti tinggi. Tambahan juga, hotel ini terletak berhampiran dengan tempat-tempat tarikan di Kuching antaranya kedai-kedai makan, Tugu Kucing, Muzium Sejarah Cina dan Kuching Waterfront.


Alamat: 145-146, Section 51 KTLD, Off Jalan Song Thian Cheok, 93100 Kuching, Sarawak

Harga: Bermula dari RM160/malam


Tempah Sekarang



The Ranee Boutique Suites



The Ranee Boutique Suites terletak di tengah-tengah pekan Kuching dan berarjarak hanya 1 minit dengan berjalan kaki untuk ke Kuching Waterfront dan China Street. Anda pasti akan teruja untuk menginap di hotel ini kerana dari seni binanya dari luar bangunan juga sudah mampu membuatkan anda terpegun. The Ranee Boutique Suites menawarkan bilik yang luas dan staf-staf peramah yang sedia untuk membantu anda. Anda juga akan dihidangkan dengan sarapan pagi yang enak dari hotel ini.


Alamat: No. 6 & 7, Main Bazaar, 93000 Kuching, Sarawak.

Harga: Bermula dari RM316/malam


Meritin Hotel



Jangan terkejut dengan Meritin Hotel. Dari luar, anda merasakan seperti hotel ini adalah hotel bertaraf tidak kurang dari 4 bintang. Tapi, sebenarnya, hotel ini menawarkan servis 4 bintang dengan harga yang berpatutan. Lihat saja pada susun atur biliknya yang bersih dan kemas. Hotel ini mampu bersaing hebat dengan hotel-hotel terkemuka yang lain. Ia ditempatkan 1.6 km dari Bazar Kuching Waterfront dan tempat-tempat tarikan lain di Kuching. Tidak lupa juga hotel ini menawarkan wifi percuma dan dengan staf yang bersedia untuk membantu.


Alamat: 315 No 92-94 Jalan Padungan, 93100 Kuching, Malaysia

Harga: Bermula dari RM141/malam

Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.meritinhotel.com/


Amamas Boutique Hotel Kuching




Kalau tadi anda akan takut-takut untuk masuk hotel yang dari luarnya kelihatan gah, tapi untuk Amamas Boutique Hotel Kuching ini pula, anda jangan pandang rendah pada luaran hotel ini. Anda perlu masuk ke dalam hotel ini dan pastinya anda akan menganga melihat susun atur hotel bajet ini yang sangat cantik dan penuh artistik. Ianya mempunyai lounge berkongsi, selain menawarkan bilik dan tandas hotel yang bersih. Hotel ini terletak kira-kira 8 km dari Bazaar Kuching Waterfront dan 11 km dari Pusat Konvensyen Borneo Kuching. Anda juga tidak perlu risau akan tempat makan dan kawasan tarikan kerana ianya sangat berhampiran dengan Amamas Boutique Hotel Kuching.

Alamat: Lot 9902-9906, Sublot 57-61, Block 16 RH Plaza Jalan Lapangan Terbang 93350 Kuching, Sarawak.

Harga: Bermula dari RM112.50/malam


Jika anda nak dapatkan harga lagi murah, tekan sini untuk mendapatkannya!

Sehingga promosi masih ada, jadi cepat-cepat ya!



Macam mana dengan senarai hotel murah di Kuching di atas? Kalau anda nak lihat senarai penuh tempat penginapan di Sarawak yang kami sediakan, anda boleh tekan terus pada gambar di atas sekarang!

Search for accommodations

Featured image of
Featured image of
Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

5 (2 VOTES)