Homestay Terbaik di Sandakan Sabah Featured Image

Homestay Terbaik di Sandakan Sabah

By Farisya - Jan 13, 2020 (Last Updated Jun 18, 2020)

Selain dari Kota Kinabalu, Sandakan juga merupakan salah satu tempat yang menarik dan popular yang wajib anda lawati jika datang bercuti di Sabah.

Bagi anda yang cintakan kehidupan alam flora dan fauna, serta ingin jauh dari kesibukan bandar, sudah tentu Sandakan adalah pilihan yang paling tepat untuk destinasi percutian. Suasana persekitaran dan tarikan di Sandakan yang bercirikan seperti taman-taman haiwan, sungai, dan pulau mampu menarik minat pelancong dan pelancong juga tidak akan ketinggalan untuk lebih mengenali budaya dan kehidupan masyarakat Borneo. 

Jika anda sedang merancang percutian ke Sandakan, berikut merupakan cadangan penginapan yang selesa dan berbaloi. 


Jangan ketinggalan untuk melawat tempat-tempat menarik di sekitar Sandakan, Sabah sepanjang percutian anda. 

Antara tempat yang patut anda kunjungi adalah, Sungai Kinabatangan River Cruise. Sungai ini merupakan sungai yang terpanjang di negeri Sabah dan pastinya menjanjikan perjalanan yang menarik dengan menaiki bot pelancongan. Di sini anda boleh menikmati keindahan alam semula jadi, melihat hidupan liar seperti orang utan, buaya serta burung-burung eksotik yang sukar untuk dijumpai di tempat lain. 

Jika anda merupakan pencinta haiwan dan tidak ingin melepaskan peluang untuk melihat dengan lebih dekat, kami sarankan anda untuk mengunjungi beberapa tempat menarik yang lain termasuklah Taman Buaya Sandakan, Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok dan Pusat Pemuliharaan Beruang Matahari Borneo. 

Tidak lupa juga tempat-tempat menarik untuk anda mengisi perut yang kosong. Terdapat tiga pilihan pasar malam atau pasar umum yang terkenal di Sandakan. Antaranya adalah Pasar Malam Sandakan, Pasar Umum Sandakan dan Pasar Malam Kim Fung. Pelbagai pilihan masakan termasuklah makanan laut seperti lobster, masakan panas dan goreng dan banyak lagi. 

Di pasar-pasar ini juga boleh didapati pelbagai pilihan cenderahati pakaian, aksesori wanita yang boleh anda beli untuk dibawa pulang sebagai kenangan percutian di Sandakan. 

Search for accommodations

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

5 (2 VOTES)