Homestay Percutian di Rompin Featured Image

Homestay Percutian di Rompin

By [email protected] - Feb 01, 2019

Rompin merupakan sebuah daerah di Pahang yang bersempadan dengan daerah Mersing, Johor.  Kebanyakan pelancong yang ingin ke Pulau Tioman, mereka akan menaiki jeti dari Tanjung Gemok di Rompin. Tapi tahukah anda, selain daripada lokasinya yang dekat dengan Pulau Tioman yang terkenal itu, Rompin juga mempunyai tarikannya yang tersendiri. Jika anda seorang yang suka makan yang sedap-sedap, Rompin adalah salah satu destinasi istimewa yang patut anda kunjungi!

Bagi pemiinat udang galah, anda tidak boleh terlepas daripada mencuba udang galah air tawar di Rompin! Jom kita lihat beberapa tempat terbaik untuk makan udang galah di Rompin.


Restoran Udang Galah LC

Restoran Udang Galah LC telah mula beroperasi sejak tahun 2014 lagi. Istimewanya restoran ini, pelanggan boleh memilih udang yang segar mengikut gred sebelum ianya dimasak mengikut jenis hidangan yang diingini.


Antara pilihan masakan udang galah adalah masak sambal tomato, lemak cili, sambal petai, lemak tempoyak, goreng kunyit dan kukus. Harga udang galah berbeza mengikut gred. Udang galah gred A++ berharga RM90 sekilogram, gred A RM80, gred B++ RM75 dan gred B RM80 selepas dimasak. Udang galah akan ditimbang terlebih dahulu untuk menentukan harga sebelum ianya dimasak.  Selain itu, udang galah juga disajikan dengna menu nasi goreng udang galah dan mi udang galah.


Alamat: Jln Sentosa 1, Kampung Tasik, 26800 Kuala Rompin, Pahang

Lokasi:


Gerai Makan Azizah Udang Galah


Gerai Makan Azizah Udang Galah pula merupakan sebuah gerai yang menawarkan lebih 20 jenis masakan udang galah. Ya! Banyakkan? Anda boleh mencuba menu udang galah telur asin, suatu menu yang agak berbeza daripada restoran udang galah yang lain.


Menu wajib anda cuba adalah Mee Udang Azizah. Dibuka daripada jam 8 pagi hingga 12 malam, anda boleh datang makan sarapan, tengahari dan malam di sini. Selain udang galah, gerai ini turut menyajikan ikan patin, baung dan keli. 


Alamat: No.2 KG Leban Chondong 26810 Kuala Pahang,, 26810 Kuala Rompin, Pahang

Lokasi:


Gerai Makan Mak Ngah Udang Galah Sepit Biru

Image result for restoran udang galah mak ngah


Gerai Makan Mak Ngah Udang Galah Sepit Biru merupakan satu lagi gerai makan udang galah di Rompin.  Gerai ini terletak di sebelah jalan utama dan mudah diakses oleh pengunjung. Anda boleh memesan udang galah mengikut gred untuk dimasak mengikut menu masakan yang anda ingini.


Alamat: Kampung Leban Condong, 26810 Kuala Rompin, Pahang

Lokasi:


Haa, terliur tak bila tengok gambar-gambar hidangan udang galah tu? Nanti anda boleh la singgah di gerai-gerai tersebut untuk merasa udang galah tu ya.

Dan kalau anda masih mencari tempat penginapan di Rompin, boleh lah anda lihat homestay-homestay percutian di Rompin dan kawasan berdekatan seperti di Mersing. Ianya sesuai untuk percutian anda bersama keluarga jika anda mahu tinggal 3 ke 5 hari di sini.

Mencari diskaun-diskaun menarik untuk percutian anda? Kami ada kod promosi khas untuk anda!

Terdapat hotel-hotel dan homestay serba lengkap dan selesa yang boleh kami tawarkan dengan harga berpatutan. Klik pada gambar di bawah untuk tempat penginapan terbaik di Kuantan.


Search for accommodations

Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

0 (0 VOTE)