Homestay Yang Best Di Ranau Anda Patut Cuba Featured Image

Homestay Yang Best Di Ranau Anda Patut Cuba

By Norizan - Oct 10, 2019 (Last Updated Oct 16, 2019)

Sedikit Sebanyak Mengenai Ranau

Antara tempat yang popular lain di sini ialah kolam air panas Poring, Taman Negara Gunung Kinabalu, Ladang Sabah Tea, Pekan Kundasang yang terkenal dengan gerai sayurnya, bekas lombong tembaga Mamut, lokasi penjara Perang Dunia Kedua, Sungai Liwagu, tamu bulanan (pasar sehari sekali dalam sebulan) dan banyak lagi. 


Ranau? Kundansang? Anda tentu pernah mendengar nama tempat ini  apatah lagi bila melihat post-post rakan rakan anda dalam media sosial yang memuat naik gambar percutian dengan pemandangan ala-ala di New Zealand. Kalau anda nak tahu, Ranau ialah nama salah sebuah daerah yang terletak di pantai barat utara negeri Sabah. Kundasang pula ialah sebuah pekan, dalam daerah Ranau! 


Ranau berasal dari perkataan Ranahon  iaitu sawah padi. Ini kerana penduduk lembah Ranau rata-ratanya mengusahakan tanaman sawah padi, yang sedikit berbeza dengan masyarakat Dusun di sana yang lebih banyak mengusahakan padi huma. Namun yang paling penting, Ranau adalah merupakan pusat perlancongan yang terkemuka, khususnya kerana ia terletak berhampiran dengan Taman Negara Gunung Kinabalu. Cuacanya yang dingin dan persekitaran yang segar dan semulajadi sering menjadi tumpuan rakyat Malaysia yang ingin lari dari kesibukan kota dan teriknya bahang mentari.  


Tetapi, daya tarikan Ranau sebenarnya ialah Desa Cattle Dairy Farm, yang mendapat liputan meluas kerana pemandangan yang mirip suasana di ladang ternakan lembu di New Zealand, berlatarbelakangkan gunung ganang dan langit yang membiru! Inilah dia tempat yang anda cari-carikan? Kalau anda ingin bergambar di sini, anda disarankan untuk datang awal, sebelum jam 8.30 pagi sebelum Gunung Kinabalu yang menjadi latar belakang Kawasan ini dilitupi kabus tebal. Jangan lupa untuk memakai baju tebal, kerana suhunya di sini kebiasaannya sekitar 18-20® C. Macam di oversea kan? 


Foto:nadzirahata.blogspot.com


Bagaimana Untuk Sampai  Ke Ranau?

Mesti anda dah tak sabar sabar hendak merancang percutian ke sini. Untuk ke daerah Ranau, anda boleh menyewa kereta atau van setibanya anda di Lapangan Terbang Kota Kinabalu. Jaraknya sejauh 95km dan mengambil masa selama 2 jam untuk sampai.Tetapi jika ingin menaiki kenderaan awam anda boleh mengambil teksi atau bas di Dataran Merdeka Kota Kinabalu dengan tambang RM19-RM20 .


Sementara untuk ke tempat seperti Desa Cattle Dairy Farm anda perlu menyewa kenderaan catar dengan harga sekitar RM60. Anda juga boleh menaiki bas dengan tambang yang sangat berpatutan, tetapi perjalanan mungkin mengambil masa yang lama, almaklumkah banyak perhentian yang mesti di lalui. 


Klik sini untuk dapatkan kod promo untuk percutian anda

Untuk memastikan anda benar-benar menikmati percutian anda di Ranau, apa kata anda anda mencuba untuk menginap  di Dziah Homestay yang terletak di Taman Saujana ,Ranau, lebih kurang 3 km dari Pekan Ranau. Homestay ini boleh memuatkan 8 orang dan di lengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti mesin basuh 7KG, peti ais, Smart TV dan Astro. Water filter COWAY dengan 3 suhu serta mempunyai kelengkapan memasak dapur gas, periuk, rice cooker, peti sejuk, cerek elektrik, piring, mangkuk, sudu, garpu, pisau dan sebagainya. 


Dziah Homestay



Alamat: C215 , Lorong 12, Taman Saujana Kinabalu, Jalan Tambunan, 89300 Ranau, Sabah

Bilangan tetamu:  8

Harga:  Dari MYR250 / semalam


Tempah sekarang dari RM250/semalam!


Search for accommodations

Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

5 (3 VOTES)