Homestay Pulau Tioman Featured Image

Homestay Pulau Tioman

By [email protected] - Feb 21, 2019

Anda sedang merancang percutian anda bersama keluarga atau bestfriends anda untuk ke Pulau Tioman? Tapi disebabkan ramai sangat nak ikut trip pulau anda ni, anda dah pening memikirkan penginapan yang boleh menampung bilangan anda yang ramai dan takut lari bajet? Tak mengapa, jangan risau. Anda boleh pergi bercuti ke Pulau Tioman dengan aman dan tenang walaupun anda datang beramai-ramai sebab kami nak cadangkan anda untuk menginap di Homestay Pulau Tioman.


Sebelum kita lihat senarai homestay Pulau Tioman, apa kata kita tengok dulu aktiviti-aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sekitar Pulau Tioman ni. Walaupun Pulau Tioman yang terletak di Pahang ni kecil sahaja dengan kepanjangan 20 km dan kelebaran 12 km), tarikan yang ditawarkan di sini sangat luar biasa terutama sekali kalau anda seorang pecinta alam sekitar. Pulau Tioman ini sangat indah kerana terdapat pulau-pulau, hutan hijau dan pantai nan biru di sekelilingnya.


Antara pulau yang anda boleh singgah di sini adalah Pulau Renggis dan Pulau Tulai. Pulau Renggis terletak tidak jauh dari Kampung Tekek. Ianya merupakan syurga untuk penyelam kerana pemandangan dasar lautannya sangat indah dan berwarna-warni dengan pelbagai spesis ikan dan terumbu karang. Pulau Tulai pula terletak di bahagian utara Pulau Tioman yang turut dikenali sebagai Coral Island. Namun, untuk tiba ke sini dari Pulau Tioman akan mengambil masa selama 1 jam dan anda boleh dapatkan pakej dari tempat penginapan anda untuk tiba ke sini. Antara aktiviti yang anda boleh lakukan di sini adalah menyelam, snorkeling dan berenang.


Kampung Tekek adalah lokasi terpenting di Pulau Tioman, bukan kerana ianya merupakan sebuah perkampungan terbesar di Tioman tapi juga kerana peranannya sebagai pusat pentadbiran untuk pulau ini. Anda jangan terkejut melihat Kampung Tekek lengkap dengan fasiliti yang sempurna seperti pejabat imigresen, bank, bangunan kerajaan, sekolah, klinik, masjid, kedai-kedai makan dan banyak lagi. Kalau anda nak tahu, di sini la juga tempat untuk anda nak bershopping sakan sebab Pulau Tioman merupakan zon bebas cukai sejak tahun 2002. Jadi, jangan lupa untuk shop til you drop di sini ya.




Selain itu, antara tempat tarikan yang tidak patut anda lepaskan peluang adalah seperti Juara Turtle Project, Pusat Taman Laut Pulau Tioman, Salang, dan Air Terjun Asah. Tapi, takkan anda nak cover semua tempat ni dalam masa sehari kan? Rehat secukup-cukupnya di senarai homestay Pulau Tioman kami di bawah ini.


Dapatkan diskaun tak masuk akal ketika anda menempah dengan kami sekarang!



Kalau anda rasa tak puas dengan senarai kami di atas, anda boleh juga menekan pada gambar di atas untuk melihat senarai penuh tempat penginapan di Pahang yang kami tawarkan.


The Best Pulau Tioman Resort 2019


Anda boleh juga membaca mengenai senarai the Best Pulau Tioman Resort untuk tahun 2019 yang kami dah senaraikan dalam artikel di atas ni. Untuk membaca lebih lanjut, anda boleh tekan terus pada gambar di atas. Mana tahu, anda nak tinggal di Pulau Tioman Resort untuk honeymoon pula kan? 

Search for accommodations

Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

5 (7 VOTES)