Homestay Pulau Pangkor Yang Patut Anda Cuba Featured Image

Homestay Pulau Pangkor Yang Patut Anda Cuba

By Norizan - Oct 10, 2019 (Last Updated Nov 15, 2019)

Pulau Pangkor - Pelbagai Tarikan

Rindu untuk bercuti di tepi Pantai? Tapi tak sanggup merentas lebuhraya untuk ke destinasi pelancong popular seperti Pulau Perhentian dan Tioman? Jangan fikir jauh-jauh, Pulau Pangkor ada semua yang anda inginkan. 


Pulau Pangkor terletak di daerah Manjung, Perak Darul Ridzwan, lebih kurang 90 km dari Bandar Ipoh. Namanya berasal dari bahasa Thai, iaitu “Pang Ko” yang bermaksud pulau yang cantik.  Pulau Pangkor dikelilingi oleh beberapa pulau lain seperti  Pangkor Laut, Giam , Mentagor,  Sembilan, Simpan dan Tukun Terindak. Walaupun pulau ini tidak begitu besar (lebih kurang 18km persegi sahaja), namun ia menjanjikan pelbagai aktiviti menarik kepada para pelancong. Paling penting sekali, pulau ini berstatus  bakal berstatus “duty-free” pada 1 Jan 2020 nanti, dan tidak terlalu sesak dengan pengunjung, oleh itu anda boleh menikmati percutian anda dengan damai dan tenang. 


Kepada penggemar sukan air dan snorkeling, terdapat pelbagai aktiviti seperti berkayak, jet ski dan parasailing. Anda boleh memilih untuk menjalankan aktiviti snorkeling di pulau-pulau kecil yang berhampiran seperti Mentagor dan Giam dan menikmati keindahan terumbu karang yang berwarna warni, sambil berenang dalam air yang jernih bagaikan kristal dan ditemani ikan-ikan kecil disekeliling anda. Takut air? Anda boleh sahaja berjemur ditepi pantai sambil menikmati air kelapa yang mudah didapati di sini. Antara pantai yang sering menjadi pilihan pelancong ialah seperti Teluk Nipah dan Pasir Bogak. Penggemar alam semulajadi pula boleh merentas hutan yang meliputi sebahagian dari pulau ini sambil meninjau pelbagai jenis flora dan fauna.


Tetapi yang mungkin lain dari yang lain ialah fenomena “Blue Tears” atau “Blue Sand” yang ada di Pulau Sembilan, di mana pantainya bercahaya biru apabila menjelang waktu malam.  Fenomena ini adalah hasil daripada organisma laut yang banyak di kawasan persisiran pantai Pulau Sembilan. Nama organisma yang bercahaya ini adalah Ostracod Crustaceans atau Phytoplankton.



Sumber: Malay mail


Anda minat sejarah? Tahukah anda, Pulau Pangkor, dahulunya merupakan tempat perlindungan bagi pedagang , nelayan dan juga para lanun! Kerajaan Belanda pernah membina sebuah kubu di sini untuk mengawal perdagangan timah di negeri Perak dan yang paling menarik, di pulau inilah termeterainya “Perjanjian Pangkor”antara Kesultanan Perak dan Kerajaan British, yang menjadi titik tolak penjajahan Inggeris di Tanah Melayu. 


Oleh itu antara aktiviti di sini ialah anda boleh menziarahi tempat-tempat bersejarah seperti Kota Belanda dan  Galeri Panorama Pangkor. 


Selain itu, Pulau Pangkor juga terkenal dengan sajian makanan laut yang murah dan segar, serta jualan hasil laut seperti ikan bilis dan sotong kering. Usah risau tentang buah tangan, keluarga anda mesti happy kalau anda pulang dengan ikan bilis mata biru yang memang menjadi kegemaran ramai. 


Bagaimana Untuk Ke Pulau Pangkor

Anda tidak perlu bersengkang mata memandu kereta berjam-berjam untuk datang ke sini. Jika anda dari Kuala Lumpur, jaraknya cuma sekitar 180 km dan anda akan sampai ke sini dalam masa tiga jam. Jika anda memilih untuk menaiki bas, anda perlu ke Terminal Bersepadu Selatan di Kuala Lumpur untuk ke Stesen Bas Lumut. Tiket bas adalah dalam anggaran RM27 (satu hala) dan perjalanan biasanya mengambil masa 4 jam bergantung keadaan trafik.


Selepas itu anda boleh menaiki feri di jeti Lumut yang mengambil masa selama 35 minit. Bila tiba di pulau, anda boleh menyewa motorsikal atau menggunakan perkhidmatan teksi van pink yang menjadi antara tarikan di pekan Pangkor.  Teksi ini biasanya mempunyai 10 tempat duduk, tetapi awas, mereka tidak memasang meter. Jadi tanyalah dulu harga tambang sebelum anda menggunakan perkhidmatan mereka.  


Klik sini untuk dapatkan kod promo untuk percutian anda.

Pangkor Damai Homestay




Kalau anda datang beramai-ramai, pilihan terbaik anda ialah menginap di homestay seperti Pangkor Damai Homestay. Terletak lebih kurang 20 km dari Terminal Feri Pulau Pangkor, kediaman ini mempunyai tiga bilik tidur dan dua bilik air, dan boleh memuatkan 7 orang tetamu dengan selesa. Selain itu kediaman ini dilengkapi dengan 1 katil tingkat dan 2 katil bersaiz “Queen”, perkhidmatan TV astro, kelengkapan BBQ dan dapur yang lengkap.>


Kediaman ini terletak berhampiran pantai Teluk Dalam, lebih kurang 5 minit sahaja jika berjalan kaki. Yang penting, kadar sewa semalam adalah sangat berpatutan untuk 7 orang iaitu RM200 semalam.  Mereka juga menyediakan tikar jika tetamu anda melebihi 7 orang. Kalau malas masak, usah risau kediaman ini dikelilingi oleh kedai makan jadi mudahlah anda untuk memesan makanan.


Alamat:  Pangsapuri Damai, Jalan Pasir Bogak, Teluk Dalam, 32300 Pangkor, Perak>

Harga semalam: RM200/ semalam

Jumlah tetamu: 7 orang


Tempah sekarang dari RM200/semalam!

Search for accommodations

Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

4.14 (7 VOTES)