Homestay Terbaik di Lumut, Perak 2019 Featured Image

Homestay Terbaik di Lumut, Perak 2019

By Haqim - Jul 14, 2019 (Last Updated Dec 02, 2019)

Jika anda mendambakan destinasi percutian yang tenang dan jauh dari kesesakan bandar, di manakah tempat yang terlintas di fikiran anda? Bagaimana kalau saya cadangkan Lumut adalah destinasi pertama yang patut terlintas di fikiran anda.


Mengapa? Semestinya antara persoalan daripada anda adalah seperti Apa yang best di Lumut ni? Tak pernah tahu pun apa yang best di Lumut? Buat yang tidak pernah menjejakkan kaki ke Lumut, Perak ianya adalah tempat yang paling strategik di antara bandar besar seperti Kuala Lumpur, Penang dan Ipoh, di sinilah warga kota dapat melepaskan ‘gian’ kepada dunia yang bebas daripada sebarang pencemaran dan bagi menghilangkan beban jiwa.


Dikelilingi oleh paya bakau, pantai-pantai yang indah dan pulau-pulau yang menjanjikan panorama yang menggoda jiwa lagi menambat hati, Lumut patut menjadi lokasi paling patut anda lawati dalam rancangan percutian anda bersama keluarga mahupun kawan-kawan. Bukan itu sahaja, di sinilah anda juga berpeluang menikmati makanan laut yang segar tanpa rasa bersalah kerana harganya murah sokmo!


Bila sudah rancang untuk melawat ke Lumut, tidak sah kalau kita tidak cari tempat penginapan di sekitar Lumut yang berdekatan dengan tempat-tempat menarik serta boleh food-hunting di kawasan sekitarnya. Di sini saya sertakan senarai homestay yang patut anda menginap apabila ke Lumut, Perak. 


Fahaz Lumut Homestay


Fahaz Lumut Homestay ini terletak di berhampiran dari tempat menarik seperti Pangkor Marina dan juga Pengkalan Tentera Laut Lumut. Homestay ini mempunyai 3 buah bilik tidur yang boleh memuatkan sehingga 9 orang satu rumah serta kemudahan lain seperti peralatan memasak dan tempat parkir kereta juga turut tersedia.


Alamat                        : 20,Jalan Pundut Raya 2,Taman Pundut Raya, Lumut

Harga                          : Bermula dari MYR 240/malam

Bilangan Tetamu     : 9 orang


Tempah Sekarang Dari RM 240!


Kamila Motel Senangin


Kamila Motel terletak di Teluk Senangin, Lumut. Motel ini mempunyai pelbagai kemudahan untuk membuat penginapan anda satu pengalaman yang sangat terindah. Antara kemudahan yang tersedia di sini adalah Peralatan BBQ, restoran makanan laut dan kemudahan bilik mesyuarat. Setiap bilik dihiasi dengan teratur dan dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan asas seperti TV serta berpemandangan menghadap laut. 

Alamat                        : PT 2154A, Jalan Segari, Kampung Labuhan Bilis, Teluk Senangin, Lumut

Harga                          : Bermula dari MYR 130/malam

Bilangan Tetamu     : Min 2 orang/bilik

Tempah Sekarang Dari RM 130!


Klik sini untuk dapatkan kod promo untuk percutian anda. 

MYR 65.00 /night


Lumut Cube Homestay Kontena


Tempat penginapan yang unik berkonsepkan kontena ini sesuai untuk anda sekeluarga yang inginkan tempat tidur yang unik dan akan sentiasa diingati di hati. Homestay boleh memuatkan dari 2 - 4 orang untuk setiap bilik. Antara tempat menarik berdekatan dari homestay ini adalah Marina Island Jetty, Lumut Waterfront, Teluk Batik dan Frenzy Waterpark.

Alamat                        : 4084, Jalan Padang Tembak, Kampung Padang Tembak, Lumut

Harga                          : Bermula dari MYR 130/malam

Bilangan Tetamu     : Min 2 orang/bilik

Tempah Sekarang Dari RM 130!


Ada yang berkenan di hati ? Lengah apa lagi, tempah segera dan mari kita ke Lumut, Perak tenangkan hati, rehatkan minda dari keriuhan bandar yang sentiasa sibuk dan sesak.


Jangan tunggu lama-lama, banyak keseronokan yang menanti di Lumut! Waktu yang anda tunggu-tunggu untuk mendapatkan ketenangan sebenar kian tiba, selamat bercuti di Lumut Perak



Untuk senarai penuh penginapan di Perak, klik saja pada imej di bawah. 


Search for accommodations

Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

5 (8 VOTES)