5 Homestay Di Pontian Terbaik 2019 Featured Image

5 Homestay Di Pontian Terbaik 2019

By Hani - May 02, 2019 (Last Updated May 08, 2019)

Jika anda datang dari Johor Bahru, jangan lupa singgah ke Pontian yang mengambil masa kira-kira 1 jam perjalanan. Pontian merupakan sebuah daerah yang terletak di kawasan barat daya negeri Johor. Kedudukannya yang menghadap Selat Melaka membuatkan Pontian memiliki tarikan dan keindahan alam semula jadi seperti pantai yang menarik. Pekan Pontian juga sangat tenang kalau nak dibandingkan dengan bandar Johor Bahru yang sesak dan hiruk-pikuk, apa kata anda jelajah tempat tarikan pelancong di Pontian dan bermalam di 5 homestay di Pontian terbaik 2019.


Jika anda seorang pecinta alam, anda boleh datang melawat dua Taman Negara yang terdapat di Pontian iaitu Taman Negara Tanjung Piai dan Taman Negara Pulau Kukup. Untuk pengetahuan anda, Tanjung Piai merupakan Penghujung Benua Asia. Ia terletak di lokasi paling selatan negeri Johor dan bersempadan dengan Singapura. Taman Negara Tanjung Piai merupakan salah satu tapak RAMSAR iaitu hutan bakau dan tanah berlumpur yang penting untuk ekosistem. Taman Negara Pulau Kukup pula merupakan sebuah pulau hutan paya bakau yang terbesar di dunia tau! Anda boleh mengelilingi pulau ini dengan menaiki bot sambil menyaksikan sendiri keindahan flora dan fauna di sini. Antara aktiviti yang anda boleh lakukan di kedua-dua taman negara ini adalah seperti berkhemah, memancing, jungle trekking dan mengelilingi hutan paya bakau.


Untuk pecinta Sejarah pula, anda boleh singgah di Muzium Bugis dan Muzium Nanas. Muzium Bugis memaparkan susur galur sejarah Bugis di negara ini seperti adat istiadat, makanan, pakaian, artifak asli dan banyak lagi. Tapi, mesti anda pelik kenapa ada Muzium Nanas pula di Pontian ni? Kalau anda nak tahu, Johor merupakan pengeluar terbesar nanas di dunia tau. Dengan hasil kutipan nanas ini lah yang menjana ekonomi orang-orang Johor. Sebab itu lah sebuah Muzium Nanas dibina di sini supaya penduduk lain dapat mempelajari dan menghargai buah eksotik ini.


Untuk mereka yang dah bekeluarga dan mempunyai anak kecil, jangan risau, singgah ke Lata Sri Pulai. Ianya merupakan sebuah resort dan tempat mandi orang awam. Di sini, terdapat kolam renang yang luas bersama gelongsor menarik. Ia merupakan tempat mandi di Pontian yang sering dikunjungi penduduk tempatan.


Oh ya, tidak ketinggalan juga dalam senarai tempat yang harus dilawati di Pontian adalah Pekan Kukup. Pekan Kukup merupakan perkampungan nelayan di atas air yang sinonim dengan makanan laut segar, kerepek, keropok lekor dan hasil kraftangan. Jangan disangka namanya perkampungan nelayan bermaksud uzur dan ketinggalan dek arus kemodenan tau, Pekan Kukup ini kelihatan moden! 


Macam mana, menarik tak Pontian ni sebenarnya? Macam-macam yang ada kan untuk semua lapisan masyarakat dari keindahan alam flora, menghayati hasil penginggalan sejarah ke taman air. Seperti yang kami maklumkan di atas, jom kita bermalam di salah satu 5 homestay di Pontian terbaik 2019 di bawah ni!


Dechinta 225



Dechinta 225 merupakan sebuah apartment studio dengan 1 katil Queen, sesuai untuk 2 tetamu. Ianya terletak di Cinta Ayu All Suites (Pulai Spring Resort) yang menawarkan penginapan resort di Jalan Pontian Lama, Johor. Antara kemudahan yang disediakan di homestay ini adalah ruang parkir percuma, TV, peti simpanan, bahan untuk membuat teh dan kopi, dan tandas. Di resort ini terdapat kolam renang, padang golf, gelanggang tennis, spa, restoran dan gimnasium. Homestay ini terletak 11 km dari lapangan terbang Sultan Ismail dan 30 minit memandu ke sempadan Singapura Tuas.


Alamat: 225, 20KM, Jalan Pontian Lama, Pulai, 81110, Johor Bahru, Johor.

Jumlah Tetamu: 2

Harga:  Bermula dari RM200 / malam


Tempah Sekarang Dari RM200!  



Homestay Damai Pontian

Homestay Damai Pontian merupakan sebuah rumah teres kos rendah yang terletak di Pontian, Johor. Rumah ini lengkap dengan perabot dan selesa untuk 5 orang tetamu dalam satu masa. Anda juga boleh menempatkan kereta di halaman rumah. Antara kemudahan yang disediakan di homestay ini adalah penghawa dingin, seterika, peti sejuk, dan perkakas asas memasak.


Alamat: 6230, Lorong 4, Taman Damai, Jalan Parit Mesjid, 82000 Pontian, Johor.

Jumlah Tetamu: 5

Harga:  Bermula dari RM99 / malam


Tempah Sekarang Dari RM99!  



Dechinta 226

Dechinta 226 pula merupakan sebuah apartment 3 bilik dengan 2 katil Queen dan 2 katil Single. Homestay apartment mewah ini berada di dalam Cinta Ayu All Suites (Pulai Spring Resort) yang menawarkan penginapan resort di Jalan Pontian Lama, Johor. Kemudahan yang tersedia di sini adalah ruang parkir, TV, peti simpanan, bahan membuat kopi dan teh, tandas, dan alatan memasak. Selain itu, apartment ini mempunyai kolam renang, 2 restoran, padang golf, gelanggang tenis, gimnasium, dan spa.


Alamat: 226, 20KM, Jalan Pontian Lama, 81110 Pulai, Johor Bahru.

Jumlah Tetamu: 6

Harga:  Bermula dari RM400 / malam


Tempah Sekarang Dari RM400!  


Dapatkan promosi hebat ketika anda menempah homestay bersama LetsGoHoliday.my sekarang!


Kangs Homestay

Kalau anda nak merasai suasana kampung yang aman dan damai, homestay yang kami paparkan ni khas untuk anda. Kangs Homestay merupakan rumah 2 tingkat di Kampung Puteri Menangis, Benut, Pontian, dengan 3 bilik tidur dan 2 tandas, 2 katil bersaiz Queen, 1 katil Single dan tilam extra. Homestay ini juga lengkap dihiasi perabot, sofa, TV, dapur, dan ruang parkir. Antara kawasan tarikan yang berhampiran dengan Kangs Homestay adalah Pusat Bandar Pontian, Legoland, Nusajaya, Pekan Kukup dan Pelabuhan Tanjung Pelepas.


Alamat: TL 91, Jalan Pontian, Kampung Puteri Menangis, 82200 Pontian, Johor.

Jumlah Tetamu: 10

Harga:  Bermula dari RM250 / malam


Tempah Sekarang Dari RM250!  



Nenek Hawa Homestay

Nenek Hawa Homestay merupakan satu lagi homestay di kawasan kampung. Homestay rumah setingkat ini terletak di Kg Rimba Terjun, Pontian, Johor. Ianya cuma 20 minit saja dari Padang Golf Kukup dan Pekan Kukup, serta 5 minit saja dari Sultan Iskandar Park, dan pekan Pontian yang mempunyai restoran, bank dan kedai-kedai. Homestay ini lengkap dengan perabot, mempunyai 3 bilik dengan 3 katil Queen, 3 katil Single, dan 1 sofa bed, ruang tamu yang luas, penghawa dingin dan dapur yang luas lengkap dengan perkakas memasak asas. Homestay ini selesa untuk didiami dari 2 hingga 20 orang tetamu dalam satu masa. 


Alamat: Kg Rimba Terjun, Bt 38 1/2, 82000, Pontian, Johor.

Jumlah Tetamu: 8

Harga:  Bermula dari RM60 / malam


Tempah Sekarang Dari RM60!  



Ingin menjelajah di seluruh negeri Johor namun masih tertanya-tanya untuk menginap di mana? Dapatkan senarai penuh penginapan terbaik Johor untuk percutian anda. 


Search for accommodations

Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

4.17 (23 VOTES)