19 Homestay Perlis Terbaik Featured Image

19 Homestay Perlis Terbaik

By [email protected] - Feb 12, 2019 (Last Updated Jun 22, 2020)

Tengah merancang percutian dengan keluarga atau dengan rakan-rakan ke? Tapi masih buntu tak tahu arah tuju ke mana? Kalau nak ke Penang sesak sangat. Nak ke Ipoh pula dah bosan. Nak ke Melaka dah common sangat. Apa kata kalau kami cadangkan anda untuk ke Perlis Indera Kayangan dan seterusnya anda boleh menginap di Homestay Perlis


Ada benda yang best ke di Perlis ni? Perlis kan negeri terkecil di Malaysia. Pasti ramai yang terfikir Perlis tidak ada apa-apa tempat dan tarikan yang menarik. Haa, anda pasti terkejut kalau kami katakan Perlis banyak menyimpan tarikannya yang tersendiri tau. Perlis terletak di Utara Malaysia dan bersebelahan dengan sempadan Thailand iaitu Satun dan Songkhla. Jom kita kupas satu persatu tempat tarikan di Perlis dan seterusnya kami akan paparkan pada anda senarai 16 Homestay Perlis Terbaik. Majoriti tarikan pelancongan utama di Perlis lebih kepada tarikan alam semula jadi dan aktiviti eko-pelancongan seperti Taman Rekreasi Tasik Melati, Gua Kelam, Hutan Lipur Bukit Ayer, Wang Gunung, Padang Besar, Muzium Kota Wayang dan banyak lagi.


Gua Kelam merupakan sebuah gua yang unik di Malaysia yang direkodkan gua batu kapur sepanjang 370 meter. Anda perlu meniti jambatan kayu kerana ia merupakan satu-satunya jalan yang perlu dilalui untuk menikmati keindahan Gua Kelam. Jika anda ingin mandi dan berkelah di tepi sungai, singgah ke Hutan Lipur Ayer. Jarak antara Hutan Lipur dengan bandar Kangar tidak jauh, hanya dalam 13 km sahaja. Kalau anda jenis yang lebih berani dan sukakan cabaran, anda boleh berkhemah dan memasang BBQ di sini. Tapi, jangan lupa untuk menjaga kebersihan ya! Jangan buang sampah merata-rata. 


Tapi, kalau anda inginkan lebih cabaran, anda boleh rock climbing di Wang Gunung kerana laluan treknya penuh dengan batu. Dengan ketinggian hampir 500 meter, anda perlu mendaki dalam 2 ke 3 jam sebelum anda dapat sampai ke puncak. Ekspedisi ini sangat mencabar kerana kecuraman laluan treknya adalah sehingga 70 ke 80 darjah, jadi anda perlu bersedia bukan sahaja dari segi fizikal malahan dari mental dan emosi juga.  



Tak lengkap rasanya kalau anda ke Perlis dan tidak singgah di Padang Besar untuk membeli-belah. Padang Besar Perlis adalah syurga membeli-belah untuk warga Malaysia dan juga Thailand kerana harganya murah dan anda siap boleh tawar-menawar lagi. Macam-macam barangan yang anda boleh beli di Padang Besar ni tau. Kalau mak-mak boleh memborong alatan dapur, periuk dan kuali, sampai lah ke anak muda boleh beli aksesori kereta seperti cctv kereta juga tau! 


Seronokkan Perlis ni? Tak sangka walaupun negeri terkecil dalam Malaysia, tapi Perlis menyimpan pelbagai khazanah alam semula jadi dan dijadikan syurga membeli-belah bebas cukai. Memang tidak henti-henti orang untuk mengunjungi Perlis. Haa, anda pula jangan berhenti membaca sampai sekerat sini. Nah, seperti yang kami janjikan di atas, jom scroll ke bawah untuk melihat senarai 16 Homestay Perlis Terbaik khas untuk anda. Badan dah penat berekspedisi, barang pun banyak diborong, sudah tentu anda mencari penginapan yang luas dan bersih kan? 


MYR 80.00 /night

Inginkan penjimatan hebat ketika bercuti di Perlis? Tekan sini sekarang!

MYR 200.00 /night



Macam mana, puas tak dengan senarai 16 Homestay Perlis Terbaik yang kami paparkan di atas? Kalau tak puas, anda jangan risau, tekan saja pada gambar di atas untuk melihat senarai penuh tempat penginapan di Perlis.

Search for accommodations

Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

3.89 (9 VOTES)