Hotel Murah di Putrajaya Featured Image

Hotel Murah di Putrajaya

By [email protected] - Jan 29, 2019 (Last Updated Jan 31, 2019)

Anda akan ke Putrajaya dan masih lagi mencari tempat penginapan untuk anda bermalam di sini? Dan pada masa yang sama, anda tidak mahu berbelanja terlalu tinggi untuk penginapan anda nanti?


Ye lah, anda sudah ada bajet anda tersendiri dan sudah pasti anda ada keutamaan perbelanjaan lain untuk trip anda ke Putrajaya. Mencuba makanan dan membeli-belah sepuas hati. Ya, kita kan memang ada preferences masing-masing dalam cara kita berbelanja sewaktu bercuti. Setuju kan?



Haa, setuju! Kalau macam tu, jom kita lihat 2 senarai tempat makan dan shopping yang kami dah sediakan untuk anda.


Ini adalah antara tempat makan sedap yang patut anda cuba semasa di Putrajaya nanti:


Untuk tempat membeli-belah pula, ini adalah senarai pusat membeli-belah di Putrajaya:


Okay, senarai tempat makan dan shopping dah settle! Sekarang kita beralih pula kepada hotel murah di Putrajaya.


EV World Hotel

EV World Hotel @ Dpulze Cyberjaya Gallery Photos

EV World Hotel terletak di Cyberjaya dan berhampiran dengan Putrajaya. Hotel ini menyediakan bilik berhawa dingin, Wifi percuma, peti sejuk dan pembakar roti. Hotel ini sesuai untuk anda yang hanya ingin bermalam sebentar dan lebih banyak meluangkan masa di luar hotel. Selain itu, hotel ini sangat berdekatan dengan DPULZE Shopping Centre dan Shaftsbury Square.


Alamat: Persiaran Flora, CBD 1 Suite 4803-01-03, 63000 Cyberjaya, Selangor

Harga: dari RM98/malam


Tempah Sekarang



Sun Inns Hotel DMIND3

Sun Inns Hotel DMIND3 Gallery Photos

Sun Inns Hotel DMIND3 terletak di Seri Kembangan dengan jarak 20 ke 30 minit ke Putrajaya. Hotel ini berdekatan dengan Mines Resort City di mana terdapat Mines Wonderland, Mines Waterfront Business Park, dan Mines Shopping Fair.


Anda boleh keluar berbelanja dan berseronok di Mines Resort City selain daripada anda bersiar-siar di Putrajaya. Hotel ini juga berhampiran dengan Stesen KTM Serdang untuk kemudahan pergerakan anda di kawasan Serdang-Kuala Lumpur-Seri Kembangan-The Mines- Sungai Besi-Putrajaya-Shah Alam.


Alamat: 30 & 32, Jalan Dagang SB 4/2, Tmn Sg Besi Indah, 43300 Seri Kembangan, Serdang, Selangor

Harga: dari RM80/malam


Tempah Sekarang



Mihrab Hotel Putrajaya

Deluxe Family Room

Mihrab Hotel Putrajaya merupakan hotel bajet yang dikelilingi kedai-kedai dan resotran di Presint Diplomatik, Putrajaya. Ianya juga berhampiran dengan Masjid Putra dan Taman Botani Putrajaya.


Hotel ini sesuai untuk anda yang ingin bersiar-siar di dalam kawasan Putrajaya. Pusat membeli-belah Alamanda Putrajaya, IOI City Mall, Dataran Putra juga berhampiran dengna hotel ini.


Alamat: Jalan Diplomatik, Presint Diplomatik, 62050 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya

Harga: dari RM100/malam


D Boutique Hotel


D Boutique Hotel menawarkan penginapan selesa dan separa mewah dengan harga yang berpatutan. Ianya mengutamakan keselesaan penginap dan menyediakan sarapan pagi percuma. Hotel ini terletak di Dengkil dan tempat menarik di Putrajaya yang mudah anda pergi dari hotel ini adalah Taman Putra Perdana, Milennium Monument, Putrajaya Boulevard, Botanical Gardens dan Cruise Tasik Putrajaya.


Alamat: G08 Centre Point, Taman Centre Point,, Exit Jalan Kajang - Dengkil, 43800 Dengkil, Selangor

Harga: dari RM124/malam


Pullman Putrajaya Lakeside 

Superior 1 King Bed Room - Bed

Pullman Putrajaya Lakeside terletak di tepian Tasik Putra, Putrajaya. Ianya menawarkan penginapan yang istimewa dengan konsepnya yang kontemporari. Hotel ini memberikan anda peluang untuk menikmati pemandangan malam dari bilik anda. Jambatan Seri Wawasan yang mempunyai pemandangan malam yang cantik terletak dekat dengan hotel ini. Selain itu, hotel ini juga berhampiran dengan Putrajaya International Convention Centre, Millennium Monument, Masjid Putra, dan Dataran Putra.


Alamat: 2, Jalan P5/5, Presint 5, 62200 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya

Harga: dari RM169/malam


Jika anda berminat dengan tempat penginapan harga murah, di bawah ini terdapat senarai homestay di Putrajaya dengan harga yang berpatutan.

Gunakan kod promosi kami untuk harga bilik penginapan yang lebih murah!

Mahu lihat lebih banyak lagi pilihan tempat penginapan di Putrajaya? Klik pada gambar di bawah.



Search for accommodations

Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

5 (3 VOTES)