Homestay Dekat Lata Bayu Baling Kedah Featured Image

Homestay Dekat Lata Bayu Baling Kedah

By Badriah - Dec 24, 2019

Jika anda ke Baling, Kedah, destinasi percutian terkenal sudah tentunya Air Terjun Lata Bayu. Walaupun lokasinya yang agak jauh dari bandar, Lata Bayu tetap menjadi tempat perkelahan dan bersantai popular disebabkan keindahan alam semula jadinya dan juga air terjun bertingkat yang menakjubkan. 


Yang menariknya, bukan sahaja mereka yang bercuti di Kedah yang selalu melawat tempat ini, Lata Bayu juga sering menerima kunjungan dari mereka sekitar Perak dan Pulau Pinang. 


Jika anda ingin bercuti ke Baling, berikut merupakan cadangan penginapan yang dekat dengan Air Terjun Lata Bayu dengan harga berbaloi. 


Waktu Operasi Lata Bayu

Setiap hari: 8.00 a.m. - 6.00 p.m. 


Tiket Masuk: Percuma

Antara benda menarik yang anda boleh lakukan di Air Terjun Lata Bayu haruslah yang pertamanya menikmati air terjun bertingkat. Terdapat tangga untuk memudahkan pelawat naik ke air terjun mengikut tingkat dan juga setiap tingkat mempunyai kolam air yang luas.


Untuk yang datang bersama keluarga dan anak kecil, di bawah air terjun ini, terdapat kolam semulajadi yang cetek dan mempunyai arus air perlahan. 


Kemudahan yang disediakan di Air Terjun Lata Bayu termasuklah tandas, tempat letak kereta percuma, tempat menyalin pakaian, surau, pondok rehat dan gerai makanan. 

Search for accommodations

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

0 (0 VOTE)