Homestay Terbaik Dan Murah Di Sungai Petani Anda Patut Cuba Featured Image

Homestay Terbaik Dan Murah Di Sungai Petani Anda Patut Cuba

By Norizan - Oct 09, 2019 (Last Updated Apr 16, 2021)

Jom Kenali Sungai Petani


Sg Petani merupakan bandar terbesar di Negeri Kedah dan terletak berhampiran dengan Pulau Pinang. Daerah ini begitu pesat membangun dan merupakan pusat perindustrian utama selain Kulim. Jadi, best ke bercuti ke Sungai Petani ni? Jangan biarkan kepesatan pembangunan Sungai Petani itu mengaburi mata anda.


Di sinilah terletaknya tapak arkeologi kerajaan purba Lembah Bujang yang telah wujud sejak beribu-ribu tahun lamanya, bahkan kajian menunjukkan bahawa tinggalan Kerajaan Tamadun Hindu Buddha ini telah wujud sejak abad pertama masihi. Kerja cari gali yang sekian lama dijalankan telah menemukan bekas-bekas candi, bekas jeti, tapak peleburan besi dan binaan batu bata.


 

Sumber: hinduhumanrights.info


Kalau anda bercita-cita nak jadi ala-ala Indiana Jones inilah tempat yang patut anda kunjungi. Selain dari Lembah Bujang, terdapat tapak arkeologi baru ditemu di Sungai Batu, dan dipercayai merupakan tapak tertua di Asia Tenggara, sezaman dengan tamadun Rom dan Yunani. Tak sangka kan?


Oh ya, dah alang-alang kita menyingkap sejarah, mungkin anda ingin tahu tahu asal usul nama Sg Petani, yang sebenarnya diambil sempena nama sebatang sungai iaitu Sungai Petani, anak Sungai Merbok. Nama Petani ini mungkin berkaitan dengan Daerah Pattani di Thailand, yang bermaksud “perempuan suci” dan juga merupakan gelaran kepada Puteri Merong Mahawangsa yang sangat disanjungi pada waktu itu. 


Oklah seharian meninjau tapak arkeologi itu pasti memenatkan. Anak anak pula dah mula meragam dan dah tak berminat mendengar kisah sejarah purba. Ditambah pula dengan cuaca panas terik yang sememangnya biasa bagi negeri-negeri utara, rasa macam nak terjun dalam air.Tapi di mana ya? Anda boleh ke The Carnivall Waterpark yang menawarkan tarikan seperti 4 Water Coasters, Wall Climbing, Kids Area Play dan Lazy River.


Kalau anda inginkan keindahansemulajadi anda boleh ke Air Terjun Tupah, Pantai Merdeka atau melihat matahari terbenam sambil menikmati river cruise di Jeti Sungai Semeling. Nak bergambar untuk Instagram ? Jangan lupa ke Semeling Street Art, ada 95 buah mural yang dihasilkan oleh para artis dari Kulim, Alor Star dan Sungai Petani. Takkan ambil gambar je, perut mesti laparkan? Datanglah ke Tanjung Dawai untuk menikmati hidangan makanan laut yang murah dan segar, sambil membeli belah ikan masin dan keropok. 



Sumber: Zakiah Hanum 



MYR 0.00 /night

Klik sini untuk mendapatkan kod promosi untuk percutian anda. 

Bagaimana untuk ke Sungai Petani

Sungai Petani terletak hampir lebih kurang 370 km dari Bandaraya Kuala Lumpur. Jika anda memandu, anda boleh mengikuti Lebuhraya Utara Selatan, atau memandu mengikut jalan persekutuan yang menghubungkan bandar-bandar utama sepanjang ke utara. Perjalanan biasanya mengambil masa empat jam, bergantung keadaan trafik.


Anda juga boleh menaiki keretapi dan turun di Stesen Keretapi Sungai Petani. Kalau nak cepat, boleh sahaja untuk terbang dengan Air Asia atau Fire fly dan mendarat di Bayan Lepas, Pulau Pinang kerana ia lebih dekat dengan Bandar Sungai Petani.


Penginapan terbaik dan murah di Sg Petani

Untuk penginapan yang terbaik dan murah di Sungai Petani, anda boleh mencuba homestay Bukit Banyan. Homestay ini terletak di Bukit Banyan, lebih kurang 17 minit dari Tol SP Selatan.


Ia merupakan rumah teres  dengan empat bilik tidur dan empat bilik air, cukup selesa untuk 10 orang. Harganya juga amat berpatutan iaitu RM 250 semalam dengan WifI 300 Mbps percuma disediakan.


Bukit Banyan Homestay Sungai Petani 


Alamat: 75, Lorong Azelia 2 Bukit Banyan, 08000 Sungai Petani, Kedah

Harga semalam: RM 250/ semalam

Jumlah tetamu: 10 orang 


Tempah sekarang dari RM250/semalam!


Jika anda inginkan lebih banyak pilihan penginapan di Kedah, klik saja pada gambar di bawah untuk lihat senarai penuh homestay di Kedah dengan Let's Go Holiday. 




Search for accommodations

Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

4.64 (14 VOTES)