Homestay Di Kuala Sungai Baru Dekat Pantai Featured Image

Homestay Di Kuala Sungai Baru Dekat Pantai

By Hani - Mar 25, 2019 (Last Updated Jun 24, 2019)

Kalau anda dari Ibu Kota Kuala Lumpur dan anda inginkan percutian yang ringkas dan dekat, apa kata anda ke Melaka. Selain dari food hunting dan melawat hasil tinggalan sejarah, Melaka juga mempunyai pantai iaitu di Kuala Sungai Baru dan Pengkalan Balak. Jangan sangka pantai yang paling hampir dari Kuala Lumpur adalah Port Dickson saja tau! Jom kita baca selanjutnya mengenai Kuala Sungai Baru dan sambil-sambil tu jom singkap senarai homestay di Kuala Sungai Baru yang dekat dengan pantai.


Kuala Sungai Baru ini terletak di antara Kuala Linggi dan Pengkalan Balak. Ekonomi utama di sini adalah perikanan dan kebanyakan penduduk di sini merupakan nelayan. Kalau anda nak ikan yang fresh, anda lupakan saja membeli ikan di pasar borong atau pasar malam dan datang terus ke sini sebab ramai orang berpusu-pusu untuk membeli ikan yang segar yang baru saja ditangkap dari laut. 


Selain itu, di Kuala Sungai Baru juga, penduduk di kawasan perkampungan nelayan ini masih mengekalkan rumah kampung Melayu tradisional yang asli. Anda boleh mengambil kesempatan ini untuk berswafoto di sekitar perkampungan Kuala Sungai Baru. Dan anda jangan terkejut kalau anda terjumpa dengan artis-artis meletup yang sedang melakukan penggambaran filem atau drama di sini.


Antara tempat tarikan di sekitar Kuala Sungai Baru adalah Medan Ikan Bakar Fort Supai di mana anda boleh menjamu selera dengan hidangan hasil tangkapan laut yang segar dan enak, Kawasan Peninggalan Sejarah Fort Supai, Jeti Memancing Tanjung Agas untuk mereka yang juga kaki pancing, Pusat Pengurusan Penyu Padang Kemunting bagi mereka yang ingin belajar dan memupuk kesedaran mengenai haiwan terancam iaitu penyu dan banyak lagi.


Siapa sangka bukan, hanya bertumpu di satu tempat saja iaitu di Kuala Sungai Baru, Melaka, anda akan dapat melawat pelbagai tarikan selain dari bermandi-manda di salah satu pantai di Melaka yang masih terjaga kualitinya. Setelah anda penat berjalan-jalan, sudah pasti anda inginkan tempat untuk berehat bukan? Seperti yang kami maklumkan di atas, jom lihat senarai homestay di Kuala Sungai Baru yang dekat dengan pantai.


Cinta Homestay


Homestay rumah setingkat berlokasi di Taman Sungai Baru Ilir, Kuala Sungai Baru mempunyai 2 bilik namun, sangat selesa untuk menempatkan 6 orang pada satu masa. Dilengkapi dengan peralatan asas seperti katil Queen di kedua-dua bilik, tilam tambahan, TV, air cond di ruang tamu dan bilik. Homestay ini berhampiran dengan Pantai Pengkalan Balak, Pantai Teluk Gong, Ikan Bakar Kuala Sungai Baru, Pekan Kuala Sungai Baru, Pekan Masjid Tanah, dan lain-lain.


Alamat: SI 9, Taman Sungai Baru Ilir, Jalan Sungai Baru Ilir, 78300 Kuala Sungai Baru, Melaka.

Bilangan Tetamu: 6

Harga: Dari RM180/malam


Tempah Sekarang Dari RM180!  



Homestay Tepi Pantai 


Homestay Tepi Pantai ini sangat unik kerana ianya merupakan sebuah rumah kampung Melayu tradisional yang terletak berhadapan laut dan bersebelahan dengan ALAM. Sesuai untuk hari keluarga dan company trip kerana homestay ini sesuai didiami untuk 15 orang. Lengkap dengan peralatan asas memasak dan set BBQ. Homestay Tepi Pantai mempunyai 2 bilik tidur, 1 loteng yang juga boleh digunakan sebagai bilik tidur dan 4 tandas.


Alamat: Lot 204, BT 29, Kampung Tengah, Kuala Sg Baru, 78200 Melaka

Bilangan Tetamu: 20

Harga: Dari RM160/malam


Tempah Sekarang Dari RM160!  


  


Desa Abah Ngan Mak Homestay


Homestay Desa Abah Ngan Mak ini juga merupakan sebuah rumah kampung Melayu tradisional yang berhadapan dengan Pantai Pengkalan Balak. Kawasan lamannya luas, sesuai untuk menempatkan ahli keluarga untuk berkumpul dan berBBQ di malam hari. Homestay ini mempunyai 3 bilik dan 2 tandas, selesa untuk 15 orang. Semua bilik dilengkapi dengan penghawa dingin. 


Alamat: Batu 22, Jalan Pengkalan Balak, 78300 Masjid Tanah, Melaka.

Bilangan Tetamu: 15

Harga: Dari RM400/malam



Tempah Sekarang Dari RM400!  


Runsing dengan harga homestay yang mahal? Nah, tekan di sini untuk mendapatkan harga homestay yang murah!


Hana Homestay Kuala Sungai Baru


Dengan menempah keseluruhan tempat, anda akan dapat 3 bilik dan 5 chalet yang boleh memuatkan 30 orang tetamu dalam satu masa. Hana Homestay sangat sesuai untuk anda yang nak melakukan gathering dan Family Day kerana homestay ini menawarkan kolam renang persendirian dan peralatan BBQ (yang perlu disewa dengan sedikit caj). Hana Homestay ini berhampiran dengan kawasan tarikan seperti Pantai Kuala Sungai Baru, Pantai Pengkalan Balak, Ikan Bakar Kuala Sungai Baru, Medan Ikan Bakar Fort Supai dan banyak lagi.


Alamat: Lot 240, Batu 28, Jalan Kg Permatang, 78200 Kuala Sg Baru Melaka

Bilangan Tetamu: 30

Harga: Dari RM1000/malam



Tempah Sekarang Dari RM1000!  

 


Homestay Kuala Sungai Baru


Homestay Kuala Sungai Baru ini merupakan sebuah rumah Semi-D yang terletak bersebelahan dengan Pantai Kuala Sungai Baru. Homestay ini mempunyai 3 bilik dan 2 tandas dan selesa untuk 10 orang menginap. Selain itu, homestay ini dilengkapi dengan peralatan asas seperti katil, TV, air cond dan peralatan memasak serta BBQ.


Alamat: 147, Jalan Kampung Tengah, 78200 Kuala Sungai Baru, Melaka.

Bilangan Tetamu: 10

Harga: Dari RM250/malam


Tempah Sekarang Dari RM250!  


Masih tercari-cari homestay yang berkenan? Jangan risau. Kami mempunyai banyak lagi pilihan penginapan di Melaka yang boleh anda pilih. Melaka bukanlah besar sangat, jadi mana-mana anda pilih untuk menginap pun masih boleh untuk pergi ke pantai di Kuala Sungai Baru. 


Klik pada imej di bawah untuk melihat senarai penginapan di Melaka.


Search for accommodations

Featured image of
Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

3.85 (39 VOTES)