16 Homestay Terbaik Cyberjaya Featured Image

16 Homestay Terbaik Cyberjaya

By [email protected] - Jan 31, 2019

Kalau sebut pasal Cyberjaya, mestinya anda tidak pernah terfikir tempat ini ideal untuk percutian kan. Ye lah kan apa je yang ada di Cyberjaya ni kan. Eh, tapi apa yang ada di Cyberjaya ni kan? Bukan Cyberjaya ni tempat pakar IT pakar Ekonomi ke macam lagu Keranamu Malaysia?




Ya, memang betul! Cyberjaya adalah hasil pembangunan oleh kerajaan Malaysia pada tahun 1997 yang bercita-cita untuk menjadi setanding Silicon Valley di Amerika. Kerajaan Malaysia merancang untuk membangunkan Cyberjaya menjadi kunci utama untuk menghubungkan Koridor Raya Multimedia di Malaysia. 


Di Cyberjaya ini ada banyak pejabat-pejabat seperti Shell, IBM, DELL, Fujitsu, HSBC dan banyak lagi, dan juga beberapa pejabat kerajaan; lebih-lebih lagi setelah Pejabat Kerajaan Persekutuan Malaysia dipindahkan ke Putrajaya, maka sebahagian pejabat kerajaan Malaysia yang beroperasi sebagai pusat IT dan database ditempatkan di Cyberjaya. Untuk makluman anda, Putrajaya dan Cyberjaya ini sebelah-menyebelah saja. Jarak antara kedua-dua tempat ini memakan masa dalam 10 ke 15 minit saja. 


Selain dari pejabat-pejabat, di Cyberjaya ini juga terdapat beberapa universiti tempatan dan kolej luar negara yang gah seperti Multimedia University (MMU), Limkokwing University of Creative Technology, University Malaysia of Computer Science & Engineering, Heriot-Watt University, Cyberjaya University College of Medical Sciences, Cyber Putra College and Kirkby International College. Jadi, tidak menghairankanlah jika mereka yang datang ke Cyberjaya ini rata-ratanya dengan tujuan seperti nak mendaftar anak untuk masuk belajar, menghadiri majlis konvokesyen, menghadiri kursus kerja, atau outstation.


Namun demikian, beberapa tahun yang lepas, Cyberjaya dibangunkan pesat dengan kawasan perumahan dan pusat-pusat membeli-belah juga dibangunkan. Antara pusat membeli-belah yang terletak di Cyberjaya adalah DPULZE, Shaftsbury Square, dan Tamarind Square. Jika ikut secara logik, kalau ada pusat membeli-belah, sudah tentu akan adanya hotel di Cyberjaya dan juga 16 homestay terbaik di Cyberjaya kan? Jom kita lihat sama-sama senarai 16 homestay terbaik Cyberjaya dan tempah sekarang untuk mendapatkan harga tak masuk akal dengan kod promosi kami sekarang!


Dapatkan kod promo untuk mendapatkan harga murah di sini!


Tidak puas dengan senarai 16 homestay terbaik kami di Cyberjaya? Tak mengapa, jom tekan pada gambar di bawah ini untuk melihat senarai penuh homestay di Selangor sekarang!


Namun, jika anda tercari-cari tempat penginapan yang berkaitan dengan Cyberjaya, jom lihat sedikit keratan artikel di bawah ini dan tekan pada gambar untuk membaca artikel penuh.


Hotel Di Cyberjaya


Jika bercakap mengenai Cyberjaya, anda pastinya tidak akan terfikir untuk menjejakkan kaki anda untuk bercuti di sini, apatah lagi untuk menginap di hotel di Cyberjaya. Namun, tidak semestinya anda boleh melupakan hasrat percutian anda di Cyberjaya. Nak tahu mengapa? Jom baca selanjutnya mengenai Cyberjaya dan mengapa anda perlu datang untuk menginap di hotel di Cyberjaya.


Resorts Near Cyberjaya


Siapa sangka di tengah-tengah pusat Koridor Multimedia ini terdapat resort indah yang anda boleh menginap dan merehatkan diri dan minda kan? Blog ini ditulis dalam Bahasa Inggeris menyenaraikan resort-resort indah di sekitar Cyberjaya dan Putrajaya. Anda boleh tekan terus pada gambar di atas untuk melihat terus ke blog tersebut!


Search for accommodations

Featured image of
Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

5 (3 VOTES)