Homestay Bawah RM 200 di Cameron Highland Featured Image

Homestay Bawah RM 200 di Cameron Highland

By Haqim - Mar 25, 2019 (Last Updated Aug 26, 2020)

Cameron Highland adalah salah satu destinasi yang paling popular dan pilihan ramai apabila tibanya musim cuti sekolah. Keindahan ladang teh yang menhijau di kaki-kaki bukit, udara yang segar dan cuaca yang sejuk menjadi tarikan pelancong ke sini. Pemandangan kaki bukit yang menghijau sambil menikmati buah strawberi yang disalut dengan coklat dengan secawan teh yang hangat membuatkan percutian anda lebih indah di Cameron Highland.


Justeru, dengan keindahan yang tersimpan di sini, ramai warga bandar yang memilihnya sebagai destinasi pilihan utama apabila bercuti bersama keluarga. Maka, banyak sekali pilihan penginapan homestay yang disediakan untuk keselesaan penginapan beramai-ramai di kawasan tanah tinggi ini.


Dikesempatan dalam coretan admin kali ini, saya akan senaraikan beberapa homestay yang murah lagi berbaloi dan kesemuanya adalah bawah RM 200 yang sesuai untuk percutian bajet atau short gateway apabila ke Cameron Highland.


Heliconia Apartment and Guest House

Heliconia Apartment and Guest Houses ini terletak di Tanah Rata dan mempunyai 6 unit apartment 4 bilik dan setiap unit boleh memuatkan seramai 12 orang. Selain dari harganya yang murah, homestay ini juga berdekatan dengan pekan Tanah Rata, pasar malam Cameron Highland, Brinchang dan Kea Farm Market.


Yang bestnya lagi, homestay ini juga ada menawarkan pakej mendaki ke Gunung Brinchang, Mossy Forest, BOH Tea Plantation dan Strawberry Farm. Haa apa lagi lincah tempah laju-laju di bawah! 


Alamat : Lot 7&8, Marigold Square, 39000 Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang

Harga : Bermula dari RM75 /Malam

Bilangan Tetamu : 12 orang


Tempah Sekarang Dari RM75 !



Greenhill Apartment Resort 

Greenhill Apartment Greenhill antara pilihan utama tempat penginapan utama apabila ke Cameron Highland. Homestay ini juga berhampiran dengan  tempat-tempat yang menarik untuk dilawati seperti Strawberry Farm, Bharat Tea, Boh Tea, Pusat Pertanian MARDI, Red Strawberry, Bee Farm, Taman Rama-rama dan lain-lain. Harga yang ditawarkan juga sangat berbaloi dan lengkap dengan semua kelengkapan rumah seperti TV, Astro, set memasak, set bilik tidur, water heater dan peti ais.


Kalau harga dari serendah RM 200 untuk penginapan yang serba lengkap dan strategik sebegini tidak terasa rugi wang yang dikeluarkan. Jangan baca sahaja, tempah di bawah cepat!

 

Alamat : B5/2, B2/2, A5/4, B3/1, Greenhill Resort, Heritage Hotel, 39000 Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang.

Harga : Bermula dari RM200 /Malam

Bilangan Tetamu : 12 orang


Tempah Sekarang Dari RM200 !



Bella Homestay 

Bella Homestay yang serba kuning menawan mata ini  mempunyai 3 buah bilik, dapat memberikan keselesaan kepada 6 orang penginap. Turut terdapat di apartment ini adalah ruang tamu yang lengkap dengan tv bersiaran kabel dan dapur yang lengkap dengan pelbagai kemudahan lain.


Lokasi homestay ini juga amatlah strategik utk seisi keluarga bercuti dan berehat di Cameron Highland tambah-tambah lagi pada musim cuti sekolah.


Antara lokasi tarikan menarik di sekitar homestay ini adalah seperti  Cameron Highlands Butterfly Farm, Cactus Valley, Kok Lim Strawberry Farm dan banyak lagi yang kesemuanya terletak kurang 5 km dari homestay. Kampung Orang Asli pula kurang 1 km dari penginapan.


Alamat : C2-3-9, Taman Royal Lily, 39000 Tanah Rata, Pahang.

Harga : Bermula dari RM200 /Malam 

Bilangan Tetamu : 7 orang


Tempah Sekarang Dari RM200 !


Klik sini untuk dapatkan kod promo untuk percutian anda. 

Leana Aisha Muslim Home Apartment


Homestay ini terletak di Puncak Arabella, Tanah Rata, Cameron Highlands. Jika anda inginkan pengalaman bercuti di Tanah Tinggi sambil dapatkan hilangkan tekanan dari sesakan bandar dan juga tempat kerja, jadi tak salah sekali sekala anda ambil 1-2 hari cuti tahunan anda pergi Cameron Highlands dan menginap di Leana Aisha Muslim Home Apartment. 


Selain dapat menikmati udara segar dan sejuk di sini, anda juga berpeluang untuk melawat ke Ladang-Ladang Teh yang berdekatan di Tanah Rata sambil-sambil itu boleh juga singgah Agro Farm Cafe, dihidangkan dengan secawan teh yang hangat berhadapan dengan pemandangan ladang-ladang teh menghijau di lereng-lereng bukit. 


Alamat : D-0-6 Puncak Arabella,Jalan Persiaran Dayang Endah,39000 Tanah Rata,Cameron Highlands,Pahang..

Harga : Bermula dari RM200 /Malam 

Bilangan Tetamu : 14 orang


Tempah Sekarang Dari RM200 !


Darulmakmur Chalet



Darulmakmur Chalet ini terletak di Tanah Rata, Cameron Highlands dan berdekatan dengan Air Terjun Parit dan pekan Tanah Rata serta Brinchang. Chalet ini juga amat sesuai untuk penginapan kumpulan yang besar seperti percutian berkeluarga, dan team building.


Juga terdapat di kawasan berhampiran, Pasar Malam Minggu Brinchang yang ada pada setiap hujung minggu. Chalet ini mempunyai 16 jenis bilik dan 2 buah homestay yang turut dilengkapi dengan kemudahan dan kelengkapan bilik dan homestay seperti TV, Set Bilik Tidur, Set Bilik Air, Set Dapur untuk Memasak dan sebagainya.


Alamat : 45, Kampung Taman Sedia, Tanah Rata, 39000 Cameron Highlands, Pahang

Harga : Bermula dari RM120 /Malam 

Bilangan Tetamu : 2 orang/bilik


Tempah Sekarang Dari RM120!


Banyak juga homestay murah dan best ada di Cameron Highland untuk percutian keluarga yang bermakna bukan? Anugerah keindahan alam semula jadi yang dimiliki Cameron Highlands menjadikan ia pilihan ramai para pelancong.


Anda juga boleh ikuti beberapa homestay di Cameron Highland melalui pautan di sini Homestay Di Cameron Highland untuk harga yang lebih murah dan berbaloi dengan keperluan bajet anda sambil dapat menikmati keindahan bumi Cameron Highland yang menghijau dan sejuk seakan-akan di oversea gitu ! 


Search for accommodations

Featured image of
Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

4.71 (7 VOTES)