10 Homestay Terbaik Berdekatan MMU Melaka
MMU Melaka, atau nama penuhnya Multimedia University, terletak di lokasi antara kawasan perumahan yang aman damai, bersebelahan dengan kawasan perindustrian dan di tengah-tengah kawasan tarikan di Ayer Keroh, Melaka. Untuk pengetahuan anda, MMU Melaka ini sudah lama ditubuhkan sejak dari tahun 1993 lagi dan menawarkan kursus kejuruteraan, IT, bisnes, undang-undang serta peringkat pembelajaran dari peringkat Diploma, Ijazah kepada Sarjana.
Jika anda perlu menghantar anak anda untuk belajar di MMU Melaka, menghadiri majlis konvokesyen atau datang melawat ahli keluarga atau rakan-rakan yang belajar di sini atau anda sendiri yang perlu menghadiri kursus kerja dan anda mencari tempat untuk bermalam yang selesa untuk jumlah tetamu yang ramai dengan harga yang berpatutan, kami dah siap-siap senaraikan 10 homestay terbaik berdekatan MMU Melaka khas untuk anda di bawah ni! Jom kita lihat satu per satu sekarang!
Dennis 8 Homestay
Dennis 8 Homestay merupakan rumah teres dua tingkat yang mempunyai 4 bilik, sesuai untuk anda yang datang dengan 10 orang tetamu. Homestay ini hanya 9 minit dari MMU Melaka, sangat selesa dengan kelengkapan seperti penghawa dingin di setiap bilik, water heater di tandas, wifi, TV dengan Astro, peti sejuk, ketuhar dan ruang parkir.
Alamat: No 8, Jalan AKP 2, Taman Ayer Keroh Permai, 75450 Melaka.
Jumlah Tetamu: 14
Harga: Bermula dari RM350 / malam
The SNAIL Homestay Melaka
The SNAIL Homestay Melaka terletak di Taman Ayer Keroh Heights, kira-kira 10 minit dari MMU Melaka. Rumah teres setingkat 3 bilik ini berada di dalam kawasan perumahan yang aman damai dilengkapi dengan wifi, pintu yang dikunci menggunakan kod sekuriti, ruang parkir yang luas yang mampu memuatkan 2 buah kereta, kelengkapan dapur asas dan rumah yang lengkap berhawa dingin dari ruang tamu, ruang makan ke kesemua bilik tidur.
Alamat: 216, Lorong Setia 5, Taman Ayer Keroh Heights, 75450 Ayer Keroh, Melaka.
Jumlah Tetamu: 8
Harga: Bermula dari RM360 / malam
Gazebo Homestay Melaka
Alamat: 10, Jln TAKH 14/1, Tmn Ayer Keroh Heights 1, 75450 Ayer Keroh Melaka.
Jumlah Tetamu: 8
Harga: Bermula dari RM230 / malam
Jom lihat promosi hebat yang kami tawarkan di LetsGoHoliday.my sekarang!
Cozy Stay @ The Heights Residence Muslim 3BR
Cozy Stay @ The Heights Residence Muslim 3BR ini khusus untuk warga Muslim yang datang tidak lebih dari 6 orang tetamu. Homestay ini terletak 5 minit saja dari MMU Melaka, mempunyai pemandangan Ayer Keroh yang serba indah dan kemudahan apartment yang mengagumkan dari gimnasium, kolam renang, sauna, perpustakaan mini dan dobi.
Alamat: The Heights Residence Puncak Muzaffar, Taman Muzaffar Height, 75450 Ayer Keroh, Melaka.
Jumlah Tetamu: 6
Harga: Bermula dari RM250 / malam
Step-In Homestay @ Taman Pelangi
Step-In Homestay @ Taman Pelangi berjarak 10 minit saja dari MMU Melaka, mempunyai kawalan sekuriti yang ketat 24 jam sehari, CCTV, menggunakan kad akses, apartment yang mempunyai 3 bilik tidur (1 katil Queen dan 4 katil Single), 2 tandas, berhawa dingin di bilik dan ruang tamu, mempunyai TV dan Astro, wifi, peti sejuk, pembakar roti, cerek elektrik, dan perkakas memasak yang asas. Selain itu, homestay ini selesa untuk 8 orang tetamu dalam satu masa.
Alamat: Blok E-G-2, Pangsapuri Pelangi, Taman Pelangi, 75450 Ayer Keroh, Melaka.
Jumlah Tetamu: 8
Harga: Bermula dari RM178 / malam
Umum mengetahui bahawa Melaka merupakan negeri yang kecil dan tidak mustahil anda hanya perlukan satu hari sahaja untuk menjelajah Melaka. Jadi, tak salah pun kalau anda ingin menginap luar dari kawasan Ayer Keroh.
Klik saja pada gambar di bawah untuk melihat senarai penuh penginapan menarik di Melaka yang patut anda cuba.