10 Homestay Terbaik Kemaman Featured Image

10 Homestay Terbaik Kemaman

By [email protected] - Feb 08, 2019 (Last Updated Sep 14, 2020)

Nak ke mana ye kita kali ini? Apa kata kalau kita jalan-jalan bercuti di Kemaman. Kemaman ni terletak di negeri na na na na na Ganu Kiteee, Terengganu. Tapi, apa yang seronok sangat di Kemaman ni ya? Haa, di bawah ini kami akan terangkan kenapa Kemaman perlu menjadi destinasi percutian anda dan seterusnya anda boleh lihat senarai homestay Kemaman kami untuk anda menginap.


Kemaman merupakan satu daerah yang besar terletak di selatan Negeri Terengganu dan bandar utamanya adalah Bandar Chukai yang terletak berhampiran dengan Cherating, Pahang. Jarak Bandar Chukai ke Kuala Terengganu kira-kira 200 km, manakala jarak ke Bandar Kuantan pula dalam kira-kira 70 km. Seronok juga jika anda sampai ke Kemaman ni sebabnya, anda boleh bercuti kejap di Pahang dan kejap di Terengganu. Dapatlah melawat sekali dua buah negeri kan dalam satu masa. Seronok tu! 


Kemaman juga terkenal sebagai kawasan perindustrian petroleum dan oleh sebab itu, anda jangan terkejut kalau anda berjumpa dengan ramai orang dari pelbagai negeri sebabnya ramai abang-abang yang bekerja di pelantar minyak ni demi nak mendapatkan sesuap nasi untuk diri dan keluarga. Tapi, bila sebut kawasan perindustrian ni orang mula la bayangkan kawasan kilang dan tiada apa-apa tarikan. Salah tu. Kemaman banyak sangat tempat tarikan. Jom kita kupas satu persatu!


Anda jangan lepaskan peluang untuk ke Taman Rekreasi dan Zoo Kemaman. Di sini, anda boleh melihat pelbagai spesis haiwan antaranya haiwan mamalia, reptilia, serangga dan banyak lagi. Lokasinya hanya 8 km dari Bandar Chukai tapi ianya agak terpelosok ke kawasan pedalaman. Tapi jangan risau, anda masih senang untuk ke zoo ini dengan menaiki kenderaan. Di sini juga terdapat taman air mini untuk anak-anak bersuka ria. Dah berpanas-panas melihat haiwan, boleh lah anak-anak berendam dalam air pula kan. 


Jika anda lebih suka berjalan dalam kawasan indoor yang sejuk dan tertutup, anda boleh singgah di Muzium Kemaman. Seronok berjalan sambil belajar sejarah kan. Di muzium ini anda akan mempelajari banyak mengenai tokoh tempatan dan khususnya di Kemaman dan di Negeri Terengganu. Jadi, tidak hairanlah jika muzium ini agak kecil kalau nak dibandingkan dengan muzium-muzium lain. Walaupun kecil, ia tetap ada tarikannya yang tersendiri dan padat dengan hasil tinggalan sejarah. 


Untuk anda yang ingin mempelajari dan mendalami budaya tempatan, anda jangan lepaskan peluang keemasan anda. Di sini kami dah senaraikan 10 aktiviti kebudayaan yang perlu anda singgah, pelajari dan lihat di Terengganu. Antaranya termasuklah mencanting batik, bermain wau bulan, melihat pertunjukkan wayang kulit, bermain gasing dan banyak lagi. Siapa lagi yang akan melindungi budaya kita kalau bukan kita sendiri dan generasi akan datang. Datanglah dan pelajarilah bukan untuk anda sahaja malahan untuk anak-anak anda juga.


Haa, macam mana, banyak kan benda anda boleh lakukan di sekitar Kemaman ni. Ni belum lagi pasal tempat makan best di area Kemaman, Kemaman banyak kedai seafood yang sedap dan harga yang boleh tahan. Anda cuma perlu tanya rekomendasi dari penduduk tempatan je, nanti pandai-pandailah mereka ni akan jadi tourguide anda. Seperti kami janjikan di atas, jom kita lihat senarai homestay Kemaman khas untuk anda.



Dapatkan penjimatan hebat jika anda menempah dengan kami sekarang!


Best tak senarai 10 Homestay Terbaik Kemaman kami di atas ni? Kalau anda nak lihat senarai penuh penginapan di Terengganu, anda boleh tekan pada gambar di bawah ini sekarang. Siapa cepat dia yang dapat!



Search for accommodations

Featured image of
Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

4.38 (26 VOTES)