Homestay Umbai Featured Image

Homestay Umbai

By [email protected] - Apr 02, 2019 (Last Updated Feb 05, 2020)

Datang Melaka kalau tak makan Ikan Bakar memang tak sah! Lokasi Restoran Ikan Bakar yang berdekatan dengan perkampungan di persisiran Selat Melaka membuatkan kawasan di situ mudah mendapatkan bahan perikanan yang segar dan murah. 


Bandar Umbai adalah antara kawasan perikanan yang popular di Melaka. Terletak di antara sempadan daerah Jasin dan Melaka Tengah, Umbai memang terkenal dengan tempat makan ikan bakar iaitu Medan Ikan Bakar Terapung yang telah dibina oleh kerajaan Melaka.


Selain itu, terdapat Medan Ikan Bakar Parameswara sebagai pilihan lain. Yang pastinya kedua-duanya dijamin sedap dan murah. Ikan di sana juga sangat segar kerana memang dibawa dari laut Selat Melaka.


Boleh dikatakan Melaka ini ibarat syurga makanan bagi pemburu makanan di seluruh Tanah Air. Sudah makan ikan bakar kemudian nak makan asam pedas pula. Kemudian, selagi belum makan kuih keria di Limbongan yang tak jauh dari Umbai tu, selagi tu belum boleh balik.


Sebab itu anda kena bermalam di Melaka! Dan kalau nak menikmati pengalaman duduk di kawasan perikanan Umbai yang nyaman dan indah boleh tengok senarai Homestay Umbai yang disediakan.


The Skillion @ Umbai Melaka


The Skillion @ Umbai Melaka Gallery Photos

The Skillion merupakan homestay banglo untuk pelanggan Muslim. Terletak dalam kawasan kampung di salah satu lokasi ikan bakar terkenal, Umbai, nama The Skillion adalah ilham dari reka bentuk bumbungnya yang unik. Banglo indah ini boleh menempatkan seramai 38 orang tetamu dengan 6 bilik yang luas dan 7 bilik air. 


Juga menempatkan sebuah kolam renang besar, The Skillion adalah pilihan yang tepat jika anda mencari tempat sesuai untuk menganjurkan majlis seperti hari keluarga, majlis perkahwinan atau reunion.


Lokasi                     : 4484, Jalan Melaka, Kampung Tengah, Merlimau, 77300 Melaka

Harga                      : Bermula RM 1,680 /malam

Bilangan tetamu : 38


Tempah Sekarang bermula RM1,680 



Garden D'Art Homestay

Garden D'Art Homestay Gallery Photos

Ini lagi satu homestay unik yang terletak di Umbai wajib anda cuba!  Mengekalkan konsep senibina Melayu dan dipadankan dengan kehijauan alam, Garden D'Art adalah pilihan penginapan terbaik untuk yang ingin lari dari hiruk pikuk dan kesesakan kota. 

Homestay dua tingkat ini mempunyai dua bilik yang mana setiap bilik dilengkapi dengan 2 katil bersaiz Queen dan boleh memuatkan sehingga 8 tetamu. Tetamu juga boleh mendapatkan tilam lebih untuk harga serendah RM30 sahaja semalam. 


Lokasi                    : 19, Batu 9 1/2, Jalan Paya Tanjung, Bukit Gereja Umbai, 77300 Merlimau

Harga                     : Bermula RM 800 /malam

Bilangan tetamu : 8


Tempah Sekarang bermula RM800 


Tahun 2019 adalah tahun melawat Melaka! Klik di sini untuk mendapatkan tawaran istimewa percutian anda.

Limastiga Homestay Melaka

image-kolam1

Juga terletak di Umbai, satu lagi homestay unik yang menggabungkan konsep rumah tradisional dan kehijauan alam  ialah Limastiga Melaka.  Terletak lebih kurang 15 minit dari Bandar Hilir, Limastiga yang juga menempatkan kolam renang besar di tengah-tengah homestay adalah lokasi sesuai lebih-lebih lagi untuk percutian keluarga dan kumpulan besar. 


Lokasi              : 2046 Jalan Bukit Tembakau, 77300 Umbai, Melaka

Laman web    : http://limastiga.blogspot.com/


Desa Green Homestay

Jika anda mencari homestay yang sederhana tapi masih lagi terletak di Umbai, anda boleh cuba menempah Desa Green Homestay.  Walaupun sedikit simple, lokasinya yang strategik, bersebelahan dengan jalan utama dari lebuh raya AMJ ke pekan Umbai cukup untuk membuatkan homestay ini popular dalam kalangan pelanggannya. 


Lokasi              : 2046 Jalan Bukit Tembakau, 77300 Umbai, Melaka

Laman web    : http://homestay-umbai-merlimau.blogspot.com/



Zaima Homestay Umbai

Satu lagi homestay yang terletak di Umbai ialah Zaima Homestay. Merupakan sebuah banglo, Zaima Homestay terletak cuma setengah kilometer dari Perkampungan Ikan Bakar Umbai dan berhampiran jeti ke Pulau Besar.


Homestay ini dilengkapi 3 bilik dan 2 bilik air yang mana kesemua bilik termasuk ruang tamu dilengkapi dengan pendingin hawa. 


Lokasi              : Jalan Pengkalan, Pulau Besar, Umbai, Melaka

Laman web    : http://zaimahomestaymelaka.blogspot.com/


Homestay yang disenaraikan di atas memang menarik tapi masih belum jumpa homestay yang ingin anda tempah? Jangan risau, kami mempunyai banyak lagi pilihan penginapan di Melaka yang boleh anda pilih. 


Klik pada imej di bawah untuk mengetahui lebih lanjut. 


Search for accommodations

Featured image of
Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

4 (7 VOTES)