Senarai Tempat & Penginapan Yang Best di Kedah Featured Image

Senarai Tempat & Penginapan Yang Best di Kedah

By Farisya - Aug 11, 2022 (Last Updated Jun 30, 2023)

Wahhh, dengar je tentang Kedah mesti ramai yang terbayangkan sawah padi yang terbentang luas untuk OOTD, dan tak ketinggalan juga Pantai Merdeka sebab lagu Cinta Pantai Merdeka tu kan? Haaa, sebelum admin kongsikan senarai penginapan yang best di Kedah ni, jom tengok senarai di bawah apa yang menarik dan tempat yang boleh dilawati di Kedah. 


1. Pulau Langkawi 


Cakap je nak bercuti di Kedah, ramai yang tak ketinggalan untuk ke Pulau Langkawi, pulau bebas cukai ni. Banyak tempat menarik dan popular yang ada di sini seperti Langkawi Skybridge, Pantai Cenang, Air Terjun Telaga Tujuh dan pastinya tempat menarik untuk shopping! So bagi yang kaki shopping tu mesti dah gatal-gatal kaki nak berjalan ke Langkawi kan? xD


2. The Carnival Water & Land Theme Park, Sungai Petani


Image Source: http://cintasayangresort.com/

Waktu Operasi: 10.00 am - 7.00pm (weekend) / 11.00 am - 6.00 pm (weekdays)
Harga Tiket: RM20.00 (kanak-kanak) & RM24.00 (dewasa)


3. Air Terjun Lata Seri Perigi, Yan

Waktu Operasi: 8.00 am - 6.30 pm 
Harga Tiket: Percuma 


4. Pantai Murni, Yan

No photo description available.
Image Source: Pantai Murni Waterfront Facebook

Jika anda rasa nak bersantai-santai sambil menikmati pandagan di tepi pantai dan makan-makan di gerai jualan, boleh lah singgah di sini pada waktu petang. Taman permainan, surau dan tempat rehat juga ada disediakan, jadi sesuailah untuk anda berehat sambil menikmati keindahan alam di Pantai Murni Waterfront ini. 


5. Pusat Beli Belah Bukit Kayu Hitam


Image Source: https://my.worldorgs.com/ 

Terletak di sempadan Thailand, ianya salah satu tempat membeli belah yang sangat terkenal dalam kalangan penduduk tempatan mahupun orang yang datang berkunjung di Kedah. Pastinya menyeronokkan kerana tempat ini adalah zon bebas cukai. Antara barang yang boleh didapati di sini termasuklah makanan seperti coklat, permainan, aksesori dan banyak lagi. Boleh lah shopping sepuasnya nanti sebelum balik ke negeri masing-masinga ya. xD



Selain dari senarai di atas, banyak lagi tempat menarik di Kedah yang boleh anda lawati antaranya termasuklah Pekan Rabu Alor Setar, Balai Seri Negara, AIr Terjun Titi Hayun, Gunung Jerai, Tree Top Walk Sungai Sedim dan banyak lagi! Jika anda merancang percuti di sini, jom lihat senarai penginapan yang boleh anda cadangkan untuk percutian bersama keluarga atau rakan-rakan di bawah ini. 


MYR 130.00 /night

MYR 350.00 /night

Search for accommodations

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

5 (3 VOTES)