Senarai Tempat Glamping & Camping di Malaysia Featured Image

Senarai Tempat Glamping & Camping di Malaysia

By Hawa - Sep 13, 2024 (Last Updated Oct 04, 2024)

Tengah cari tempat glamping untuk trip dengan classmates ke tu ? 


Memang tidak lain dan tidak bukan, betullah ni. Jangan scroll dulu, mohon cuci-cuci mata dulu tengok senarai tempat glamping & camping yang korang boleh serbu dekat Malaysia ni! Ingat kat oversea je ke ada tempat cantik-cantik, Malaysia pun ada okay.. Kena tengok dulu baru tahu, orang kata tak kenal maka tak cinta. So, jom kita kenal-kenal dulu tempat glamping & camping mana yang best :


Arch By The River 



Aduh.. lawanya tempat dia, macam vibe New Zealand! Tengok je dah tahu best dan "aesthetic" bak kata orang muda sekarang. Lepas ni tak perlu jauh-jauh nak naik flight, korang boleh serbu datang ke Arch By The River di Mantin, Negeri Sembilan. Dalam gambar je dah memukau, belum depan mata lagi!


Alamat : Lot 776, 71700 Mantin, Negeri Sembilan.
Harga : Daripada RM 120.00/per malam



Sugeh Glamping & Caravan 



Sugeh Glamping & Camping menyediakan ruang khemah glamping yang selesa untuk bermalam dan bersantai bersama orang kesayangan. Suasana alam semula jadinya juga tidak kurang cantik dan sangat menenangkan, memang kena sangat lah kalau nak pergi healing kat sini. Orang kata kalau nak tenang kena tengok alam kehijauan. 

Alamat : Lot 10119 & Lot 10120, Jalan Slim Lama, Kg Sg Dara, 35910 Behrang Stesen, Perak. 

Harga : Daripada RM 83.33/per malam

Book Now!   


River & Glamp 




Perghhh syok betul akak ni main ATV dengan geng dia. Ye la, bila lagi nak merasa adventure time cuti-cuti macam ni. Dah puas main ATV, nanti potluck BBQ pulak sambil layan angin malam. Fuh rugi betul kalau tak try datang River & Glamp ni. Kat  Selangor je guys, dekat je boleh pecut sampai. 


Alamat : Nur Laman Bestari, Jalan Sungai Tua, Kampung Batang Batu, 68100, Batu Caves, Selangor. 

Harga : Daripada RM 219.00/per malam

Book Now!   


Rasa Durio Eco Glampz 



Rare betul nak jumpa tempat glamping yang ada sekali kolam mandi air! Yang ni sesuai sangat kalau family yang nak bawak kanak-kanak ribena mandi sini. Mandi kat sini jangan risau kalau terlupa nak bawak tuala sebab owner Rasa Durio Eco Glampz ni dah siap-siap sediakan tuala yang korang boleh buat harta.


Alamat : Lot 481, Jalan Ampang Pecah Rasa, 44200 Kuala Kubu Baru, Selangor. Harga : Daripada RM 240.00/per malam

Book Now!  


Hulu Tamu Eco Resort 


Kalau korang jenis yang lebih kepada nak tengok alam kehijauan yang original, Halu Tamu Eco Resort memang pilihan yang tepat. Bayangkan, bangun pagi sejuk-sejuk berkabus dan tenang tak dengar langsung bunyi kenderaan lalu-lalang, confirm rasa tak nak balik! 


Alamat : Lot 1490, Jalan Ulu Tamu, Kg Orang Asli Ulu Tamu, Batang Kali, 44300, Selangor.  Harga : Daripada RM 70/per malam


Book Now!  


CampRED @ Berjaya Hills 


Kat sini, korang nak enjoy sepuas-puasnya jerit keriangan dengan kawan-kawan memang sangat digalakkan sebab takkan ada siapa dengar dan terganggu pun. You can be yourself! 


Alamat : PT23548, Jalan Bukit Tinggi Resort, Bukit Tinggi, 28750 Bentong, Pahang. 

Harga : Daripada RM 75.00/per malam

Book Now!  



Denai Kabus 


Ha ni sesuai lah untuk jiwa-jiwa yang tak pernah kenal erti gayat. Korang kalau ada kawan macam ni, mesti dia suka kalau bawak datang sini. Rasa macam tak nak turun dari tali tu. Cuba la try main sekali, siapa tahu tiba-tiba jadi hobi baru nanti kan. 


Alamat : Jalan Gunung Kenderong, Kampung Pahat, 33300 Gerik, Perak Harga: Daripada RM 50/per malam

Book Now!  




Search for accommodations

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

5 (2 VOTES)