13 Lokasi Glamping Yang Popular di Malaysia Featured Image

13 Lokasi Glamping Yang Popular di Malaysia

By Farah - Jun 20, 2022 (Last Updated Jul 27, 2022)

Glamping adalah konsep penginapan yang menggabungkan ciri-ciri 'glam' dan 'camping'. Sesuai untuk anda yang mahu merasai pengalaman berkhemah yang selesa dan glamour sambil ditemani bintang-bintang di langit. 


Ada pelbagai tempat penginapan glamping yang anda boleh tempah. Glamping ni dah siap-siap pasang khemah, lengkap dengan tempat tidur yang empuk dan selesa. Yang paling seronok, anda tidak perlu bersusah payah memasang segala peralatan berkhemah. Jom tengok senarai 13 tempat glamping yang popular di Malaysia. 


Glamping Alam Warisan


Lokasi glamping yang terletak di Kuala Pilah, Negeri Sembilan ini wajib anda masukkan dalam senarai untuk dikunjungi. Selain daripada menawarkan penginapan glamping yang selesa, tempat ini juga terkenal dengan suasana perkampungan melayu mereka. Anda akan dilayan dengan staf mereka yang juga mengenakan busana melayu lama. 


Bonus tambahan jika anda gemar memanah dan berkuda atau berminat untuk mempelajari bagaimana untuk memanah dan menunggang kuda. Glamping alam warisan adalah tempat yang sesuai untuk anda. Mereka telah mendapat pengiktirafan sebagai World Horseback Archery Foundation (WHAF) sebagai satu-satunya tempat memanah berkuda yang lengkap dan terbaik di Malaysia.


Alamat: Jalan Kampung Juar, Kampung Tanah Datar, 71550 Seri Menanti, Negeri Sembilan

Facebook: Ladang Alam Warisan


River and Glamp


Jika anda mencari penginapan glamping yang mempunyai pemandangan cantik berdekatan sungai di Malaysia, River & Glamp adalah tempat yang paling sesuai sekali. Keindahan alam semulajadi yang mereka tawarkan pasti tidak akan mengecewakan anda. 


Ditambah pula dengan pakej penginapan mereka yang menyediakan makanan daripada sarapan, makan tengahari dan makan malam. Anda dah tidak perlu risau nak pergi kemana-mana dan hanya perlu datang dan berseronok di River & Glamp sahaja.


Alamat: Nur Laman Bestari Eco Resort, Jalan Sungai Tua, Kampung Batang Batu, 68100 Batu Caves, Selangor

Facebook: River & Glamp




Castra by Colony adalah satu-satunya tempat penginapan yang menawarkan pengalaman glamping yang betul-betul glamour ditengah-tengah hutan batu kuala lumpur. Jadi anda boleh rasai pengalaman berkhemah secara ekslusif dan mewah di atas bumbung bangunan pencakar langit di Segitiga Emas Kuala Lumpur KLCC. Mereka menyediakan khemah kanopi ala mediterranean di keluasan 4,000 sqft serta taman dan area untuk bersantai dilengkapi peralatan barbeku.

Khemah mereka pula dilengkapi dengan Skrin TV HD, soket kuasa & WIFI dengan kelajuan tinggi tanpa had dan katil premium dan linen yang boleh memuatkan sehingga 10 orang tetamu. Kalau berminat, boleh cepat-cepat tempah di sini sebab khemah glamping mereka adalah sangat terhad. 

Alamat: Level R, Star Boulevard KLCC, 1, Jalan Yap Kwan Seng, 53300 Kuala Lumpur
Laman Web: Castra by Colony


Gopeng Glamping Park

1.jpg

May be an image of bedroom

 Image source: Gopeng Glamping Park Website


Gopeng Glamping Park ini terletak di Gopeng, Perak dan dikelilingi dengan bukit bukau, hutan, sungai serta gua. Percutian di sini menjanjikan pengalaman yang unik, ditemani dengan pemandangan alam selmula jadi yang sangat indah. Terdapat beberapa aktiviti yang menarik yang boleh anda semua cuba bila ber"glamping" di sini. Antara tarikan yang ada termasuklah Pertunjukan Api, Karaoke, water rafting, meneroka gua tempurung, pain ball, fun ride ATV, cycling dan banyak lagi! 

Jadi, jika anda yang sukakan semua begini dan mencari aktiviti yang mencabar untuk mengisi masa lapang, Gopeng Glamping Park mesti lah ada dalam senarai percutian anda!

Alamat: 10846, Jalan Besar Kampung Chulek, 31600, Gopeng, Perak

Tiarasa Escape Glamping Resort Janda Baik

May be an image of tree and nature


Image source: Tiarasa Escapes Facebook

Janda Baik ini sebenarnya tidak lah jauh dari Bandar Kuala Lumpur. Jadi, jika anda ingin lari sebentar dari kesibukan kota dan teringin menghirup suasana yang nyaman ditemani tumbuh-tumbuhan semula jadi dan suasana camping yang glamour, Tiarasa Escape Glamping Resort mungkin menjadi pilihan anda. Harga bermula dari RM990, pasti menjanjikan percutian yang berbaloi dengan pelbagai aktiviti yang menarik seperti Moonlight Cinema, archery, BBQ, ATV ride, river tracking dan banyak lagi!

Tiarasa Escape Glamping Resort juga biasanya akan mengadakan pelbagai promosi pada waktu-waktu tertentu. Jadi, jangan lepaskan peluang. 


Alamat: Persiaran Enderong, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang


Canopy Villa Glamping Park

Image source: Canopy Villa Glamping Park Facebook


Satu lagi port glamping yang terletak di Janda Baik, Pahang selain daripada Tiarasa Escape. Harga bermula dari RM400, pastinya Canopy Villa Glamping Park ini mempunyai ciri-ciri keunikan yang tersendiri. Paling istimewa di sini, terdapat banyak permainan yang boleh anda main secara percuma! Antaranya ialah, congkak, cycling, UNO, pingpong, board game, dan pastinya karaoke juga percuma. Untuk kaki pancing juga, jangan lupa bawa joran anda sendiri kerana terdapat kolam ikan juga di sini!

Alamat: Sg Lampin, Janda Baik, Bentong, Pahang


Kebun Haus Glamping

May be an image of tree and outdoors

May be an image of outdoors

Image Source: Kebun Haus Facebook

Kebun Haus Glamping ini terletak di Segamat. Selari dengan nama yang diberi, Kebun Haus Glamping memberikan konsep glamping di dalam kebun. So, kalau anda semua yang sukakan konsep "back to nature", jangan lupa datang bercuti di sini. Dengar2, ramai yang kata makanan kat sini semua best2 tau. Kalau nak tau betul atau tak, kenalah cuba okay!

Kebun Haus Glamping ada menyediakan kolam renang, jadi boleh lah anda santai-santai mandi kat sini dengan family atau kawan-kawan. Satu khemah ni boleh muat lebih kurang 4 dewasa dan 2 kanak-kanak. Dengan harga bermula dari RM408, berbaloi kan? 

Alamat: Taman Sulir, 85000 Segamat, Johor 


The Baruh Glamping, Melaka


Image Source: The Baruh Glamping Facebook

Nak rasa pengalaman glamping di tepi laut di Melaka? Guys, this place is your choice! Ada pelbagai pilihan khemah yang anda boleh pilih antaranya termasuklah khemah keluarga (kipas/aircond), khemah playful, khemah honeymoon pon ada. 

Pelbagai aktiviti yang anda boleh lakukan di sini termasuklah BBQ, ATV ride, mini golf, archery, memancing, mandi di kolam renang dan banyak lagi. Sesekali jika anda ingin beli jiwa keluarga dan anak-anak, jangan lupa bercuti di sini! Layanan staff juga sangat terbaik. Harga bermula dari RM380 sahaja untuk glamping di The Baruh ini. 

Alamat: Pantai Puteri, Tanjung Kling, 76400 Melaka


Glow Glamping @ Wetland Putrajaya

May be an image of outdoors

May be an image of campsite and outdoors

Image Source: GLOW Putrajaya Facebook

Jika anda yang baru nak berjinak-jinak untuk merasa suasana glamping, mungking Glow Glamping @ Wetland Putrajaya boleh menjadi pilihan anda. Harganya yang sangat berpatutan bemula dari RM158 sahaja untuk khemah yang boleh memuatkan 2 orang dewasa dan termasuk breakfast! 

Seronoknya di sini, anda boleh mencuba setiap permainan yang disediakan secara percuma antaranya termasuklah permainan tradisinal seperti congkak, board game (chess dan Carron), badminton, archery, buaian dan banyak lagi. Hiburan pada waktu malam seperti pertunjukan api, karaoke dan BBQ juga ada. Boleh lah bawa pasangan anda untuk short getaway di sini! 

Alamat: Presint 13, 62300 Putrajaya


Sumpitan Glamping

May be an image of tree and outdoors

No photo description available.

Image Source: Sumpitan Glamping Facebook

Terletak di Kampung Sumpitan, Lenggong, Sumpitan Glamping memberikan anda pengalaman percutian di dalam hutan dan ditemani dengan bunyi aliran sungai yang mendamaikan, jauh dari kesibukan kota. Mungkin ini salah satu "hidden gem" yang ada di Lenggong, Perak. 

Jangan terkejut kalau nampak cafe di sini. Nama cafe ni dikenali sebagai Piokopi @ Sumpitan Glamping. Jadi, boleh lah anda mengopi dan melepak santai-santai di sini ditemani tumbuhan hijau. Banyak juga aktiviti yang anda boleh buat semasa glamping di sini. Makanan pon sedap-sedap! 

Alamat: Kampung Sumpitan, 33420 Lenggong, Perak


Lampoh Retreat

No photo description available.

No photo description available.

Image Source: Lampoh Retreat

Lampoh Retreat ini dikenali sebagai tempat glamping yang privacy. Bukan hanya menyediakan tempat tidur di dalam khemah, terdapat juga tempat menginap yang dikenali sebagai Rumah Sering. Jadi, jika anda menempah Rumah Sering, tempahan anda termasuklah 2 glamping tent yang ada di sini. 

Terdapat juga kolam renang untuk anda menikmati percutian dengan "nature" dan "private". Hanya anda dan family atau rakan-rakan sahaja di sini. Jadi, berenang lah dalam kolam tu puas-puas ya! Malam boleh juga ber BBQ dan makan sedap-sedap. Nampak macam menarik kan? 

Alamat: Jalan Batu Hampar, 06900 Yan, Kedah


Buana Kita Glamping & Event


Image Source: Buana Kita Facebook

Terletak di Rembau, Buana Kita selalu menjadi  tarikan untuk mereka yang ingin bercuti dengan suasana glamping sambil-sambil membuat sambutan hari jadi atau family day. Banyak aktiviti yang menarik boleh dibuat di sini antaranya ialah mandi kolam, wayang pacak, ATV, memanah, berbasikal dan banyak lagi. Selain dari itu, lawatan ke kandang kerbau, lembu dan kambing juga ada. Best ke best? 

Buana Kita juga menjadi tarikan ramai untuk team buidling di sini. Banyak aktiviti team building yang boleh dibuat di sini. Boleh lah recommend dekat cikgu sekolah atau boss anda untuk buat team building di sini nanti! So, siapa kata Rembau ni boring dan takde apa-apa? XD 

Alamat: Lot 64, Kampung Gaing, 71400 Pedas, Negeri Sembilan


The Backyard Glamping Cameron Highlands

May be an image of bedroom

Image Source: The Backyard Glamping Cameron Highlands Facebook & Wang Pick Hoon Facebook

Tak ketinggalan Cameron Highlands juga dah ada glamping spot okay! Boleh bayangkan tak, malam-malam tidur dalam khemah, dengan suasana sejuk semula jadi di Cameron Highlands? So kalau sesiapa yang nak rasa kelainan bercuti di Cameron, boleh try sini. 

Terdapat 3 jenis khemah untuk anda pilih antaranya ialah single tent, couple tent dan family tent. Untuk semua khemah ni dah termasuk dengan basic facilities antaranya tilam, bantal, blanket, kipas, kettle, coffee & tea, towel dan tv channel netflix. Tetapi TV tidak disediakan di single tent ya. Kesian juga, dah lah single, TV pula takde :( 

Alamat: Jalan Taman sedia, Tanah Rata, 39000 Tanah Rata, Pahang


Sekian, itu sahaja kami kongsikan 13 tempat glamping di Malaysia yang setiap satunya mempunyai tarikan dan keunikan yang tersendiri untuk anda kunjungi dan semestinya tidak begitu jauh daripada ibu kota. Jadi mudahlah anda nak melarikan diri daripada kesibukan kota.


Boleh share post ini dan tag pasangan anda. Boleh juga "follow" kami di facebook page untuk kami kongsikan lebih banyak info tentang promosi, dan tempat-tempat yang menarik untuk dikunjungi.


Selamat ber’glamping'!


#cuticutimalaysia #cuticuti2022 #glamping #popularglamping 


Search for accommodations

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

4.6 (10 VOTES)