Hotel Terbaik Di Taiping Yang Patut Anda Cuba Featured Image

Hotel Terbaik Di Taiping Yang Patut Anda Cuba

By [email protected] - Mar 15, 2019 (Last Updated Mar 21, 2019)

Anda ada anak-anak kecil untuk dibawa bercuti? Baru pergi Kuala Selangor minggu lepas? Dah jemu makan cucur udang Alor Gajah? Haaa.. Apa kata anda bawa famili ke Taiping kali ini. Kenapa  Taiping?  Tak kenal maka tak cinta, jadi jom selidik apa yang best melawat Taiping. Sambil-sambil tu jom tengok senarai hotel Taiping yang kami sediakan ni! 


Taiping terletak lebih kurang 48km dari bandar Ipoh dan 78km dari bandar Georgetown serta terkenal dengan seni bina kolonial. Tahukah anda bahawa Taiping merupakan bandar yang mempunyai iklim paling lembap di Semenanjung Malaysia? Disebabkan itu,  Taiping mempunyai banyak koleksi flora dan pokok-pokok yang berumur ratusan tahun di The Taiping Lake Gardens. 


Daripada segi sejarah, Taiping pun tak kurang hebatnya! Terkenal dengan perlombongan bijih timah yang dijumpai oleh Long Jaafar, Taiping merupakan ibu negeri Perak sebelum Ipoh dan dikenali sebagai Klian Pauh. Mengikut legenda, Long Jaafar mempunyai seekor gajah bernama Larut dan beliau sering membawa gajah ini bersama ketika mengembara antara Bukit Gantang dan Lubok Merbau. Suatu hati,  gajah tersebut hilang,  dan apabila dijumpai,  gajah tersebut mempunyai bijih timah pada tanah yang berada di kaki gajah itu. Demikianlah sejarah bagaimana Larut mendapat nama. 


Selain The Taiping Lake Gardens yang telah kami kongsi tadi, terdapat banyak lagi tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi di Taiping. Anda kaki hiking? Apa kata anda pergi mendaki Bukit Larut yang mempunyai altitude 1000m. Sambil-sambil tu bolehlah anda pergi melawat Tulip Garden – ladang tulip pertama di Malaysia! Tempat paling best bawa anak-anak?  Semestinya Zoo Taiping dan Night Safari Taiping – zoo yang pertama di Malaysia! Nak ajar anak-anak sejarah? Lawati Old Clock Tower dam Muzium Perak – muzium pertama dan tertua di Malaysia. Isteri mak pergi shopping? Jangan risau,  ada Taiping Mall dan Taiping Sentral Mall! 


Tempat dah best dah,  nak pergi macam mana pula? Haaa..  Kalau nak tau,  Senang juga nak sampai ke Taiping ni. Dulu kalau nak pergi Taiping, ada KTM Intercity je. Itupun ambil masa enam jam perjalanan sehala dari KL sentral. Tapi, sejak 1 Julai 2015, stesen ini juga mempunyai KTM ETS Ekspress, di mana waktu perjalanan telah menjadi lebih singkat sebanyak tiga jam! Selain itu, Taiping merupakan salah tu perhentian untuk ETS transit dari Ipoh ke Padang Besar. 


Takkan seharian nak keluar je, mesti nak bermalam kan? Jom kita tengok senarai hotel Taiping ni!

MYR 165.00 /night

Dapatkan penjimatan hebat ketika menempah dengan kami sekarang.



Tak puas dengan senarai Hotel di Taiping yang kami berikan di atas? Jangan khuatir, klik saja pada gambar di atas untuk mendapatkan senarai lengkap penginapan di Ipoh, sekarang!

Search for accommodations

Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

0 (0 VOTE)