Hotel Putrajaya Featured Image

Hotel Putrajaya

By [email protected] - Jan 28, 2019

Anda sedang merancang percutian? Namun, atas kekangan masa anda terpaksa melupakan hasrat untuk bercuti dan menginap di hotel buat selama-lamanya? Anda memutuskan apabila sudah pencen kelak barulah anda mempunyai masa untuk pergi bercuti?



Jangan sampai macam tu sekali. Jom, kita terokai serta bercuti di Putrajaya dan seterusnya menginap di hotel Putrajaya


Putrajaya merupakan Pusat Pentadbiran Persekutuan Malaysia sebelum dipindahkan dari Kuala Lumpur pada tahun 1999. Putrajaya pada asalnya diberi nama Prang Besar atau Air Hitam merupakan pekan kecil yang terpencil sebelum dianjakkan dan dibangunkan menjadi sebuah bandar futuristik dengan nama Putrajaya mulai 12 Oktober 1994 yang sama gahnya dengan bandar-bandar pentadbiran lain di dunia. Putrajaya dinamakan sempena Perdana Menteri Malaysia pertama iaitu Tunku Abdul Rahman Putra, dan bandar ini terletak dalam Koridor Raya Multimedia, selain Cyberjaya yang baru dibangunkan. 


Memang agak janggal memikirkan Putrajaya sebagai destinasi pelancongan tapi tahukah anda Putrajaya mempunyai pelbagai tarikannya tersendiri? Dari taman-taman segar menghijau, jambatan-jambatan dengan ciri-ciri futuristik serta bangunan-bangunan dengan seni bina gabungan luar negara dan unsur tempatan, anda pasti akan melihat Putrajaya dari pandangan seorang pelancong luar dan mula menghargai keunikan dan keindahan Putrajaya. 


Antara mercu tanda ikonik yang perlu anda kunjungi ketika berada di Putrajaya adalah seperti Masjid Putrajaya yang diperbuat daripada batu granit berwarna merah dan kubah berwarna merah jambu. Berhampiran dengan masjid ini adalah Perdana Putra yang megah dihias berwarna hijau. Perdana Putra ini mengandungi kompleks pejabat Perdana Menteri Malaysia. Tak cukup dengan itu, anda boleh datang melawat dan bergambar di Jambatan Putra yang mempunyai 3 tingkat yang diilhamkan dari seni bina unggul dari Iran. Jambatan yang bertiang empat ini juga gah menghadap Tasik Putrajaya yang merupakan tasik buatan manusia. 


Tasik Putrajaya merupakan tasik buatan manusia seluas 650 hektar. Fungi tasik ini dibuat adalah bertindak sebagai sistem penyejuk semula jadi di bandar ini. Selain itu, anda boleh melakukan aktiviti riadah dan rekreasi di sekitar tasik ini antaranya memancing, bermain sukan air dan menaiki cruise


Pastinya anda tak menyangka Pusat Pentadbiran Persekutuan Malaysia mempunyai pelbagai tarikan dan aktiviti yang boleh dilakukan ketika anda bercuti di sini kan? Sudah penat seharian suntuk keluar menerokai keindahan Putrajaya dan menaiki cruise di Tasik Putrajaya, jom lihat senarai hotel Putrajaya khas untuk anda rehat dan rawat minda dan badan. Jom lihat di bawah ini!


The Everly Putrajaya


>


The Everly Putrajaya ini terletak betul-betul di tengah-tengah Putrajaya dan dikelilingi dengan bangunan-bangunan kerajaan. Selain itu, hotel ini bersambung dengan pusat membeli-belah Alamanda. Hotel ini adalah gabungan terbaik antara kerja dan rehat. Di samping itu, disebabkan lokasi hotel ini yang strategik, anda akan berasa mudah untuk kemana-mana kerana tempat-tempat tarikan di Putrajaya adalah berhampiran antara satu sama lain.


Lokasi:


Laman Web: The Everly Putrajaya


Dorsett Putrajaya




Dorsett Putrajaya mengajak para pengunjung untuk melihat kota ini dari sudut perspektif berlainan. Dengan menawarkan perkhidmatan terbaik yang seiring dengan jenama hotel ini, Dorsett Putrajaya mengajak anda untuk datang merasai sendiri pengalaman hebat dengan menginap di sini. Mempunyai 218 bilik, restoran yang memperlihatkan Tasik Putrajaya, kolam renang infinity dan gym, anda pasti akan terlupa seketika hiruk-pikuk di bandar dan merasakan anda sedang menginap di hotel luar bandar.


Lokasi:


Laman Web: Dorsett Putrajaya


Psst, nak lebih penjimatan ketika menempah dengan kami? Klik sini segera!


Pullman Putrajaya Lakeside




Pullman Putrajaya Lakeside Hotel menggabungkan seni bina hotel yang unik sepadan dengan nama dan servisnya. Hotel ini terletak di tengah-tengah bandar Putrajaya dan mengambil masa 20 minit untuk ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan 2 minit untuk ke Putrajaya International Convention Centre (PICC). Pullman Putrajaya Lakeside Hotel menawarkan 282 bilik yang dihias indah, 4 buah kolam renang, gym yang lengkap, 3 restoran hotel, dan 3 bar, sesuai untuk anda yang ingin mendapatkan ketenangan dan melupakan seketika kesibukan di pejabat.


Lokasi:


Laman Web: Pullman Putrajaya Lakeside


Zenith Hotel Putrajaya




Jika anda inginkan gabungan modern dan cita rasa mewah, anda boleh menginap di Zenith Hotel Putrajaya. Hotel ini terletak sangat berhampiran dengan kompleks-kompleks kerajaan dan tempat tarikan-tarikan lain di Putrajaya. Hotel ini menawarkan khidmat dan kemudahan bertaraf 5 bintang disamping dengan seni bina dan susun atur hotel dan bilik hotel yang modern dan mengagumkan. Namun, yang menarik sekali, anda dapat alami kemewahan ini dengan harga yang berpatutan. 


Lokasi:


Laman Web: Zenith Hotel Putrajaya




Tidak puas dengan senarai hotel Putrajaya kami di atas? Tak perlu khuatir! Tekan terus pada gambar di atas untuk mengakses lebih banyak tempat penginapan di Putrajaya khas untuk anda tidak kiralah anda datang untuk bekerja, bercuti, merehatkan minda atau meluangkan lebih masa dengan keluarga dan anak-anak. Jom baca artikel-artikel di bawah ini untuk melihat sedikit sebanyak penginapan lain yang ditawarkan di Putrajaya. 


Budget Hotel In Putrajaya



Walaupun artikel ini ditulis dalam Bahasa Inggeris, mesejnya sampai sekali - lihat senarai hotel budget di Putrajaya. Dengan menekan gambar di atas, anda dapat melihat senarai lengkap hotel-hotel bajet di sekitar Putrajaya. Walaupun anda berfikiran hotel bajet ini murah dan kurang menjaga kebersihan serta tidak berkualiti, namun tidak dengan senarai hotel budget kami di atas ini. Kami mengetengahkan kualiti hotel-hotel budget di Putrajaya berserta kualiti dan kebersihan. Jom, lihat sekarang!


23 Homestay Putrajaya Khas Untuk Keluarga



Kalau anda merancang untuk datang bercuti di Putrajaya dengan jumlah pax yang ramai atau dengan keluarga besar, sudah tentu sekali homestay adalah pilihan yang terbaik. Dah penat meluangkan masa dengan keluarga seharian, pastinya anda mencari-cari tempat tidur kan? Di artikel ini kami senaraikan 23 Homestay Putrajaya khas untuk anda dan keluarga anda yang tentunya selesa dan luas. Klik pada gambar untuk membaca selanjutnya.



Search for accommodations

Featured image of
Featured image of
Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

5 (1 VOTES)