Senarai Hotel Murah Di Maldives Featured Image

Senarai Hotel Murah Di Maldives

By Azham - May 07, 2019

Maldives, destinasi pelancongan yang gah di persada dunia dan sering kali dianggap destinasi pelancongan yang mahal. Jawapannya adalah tidak kerana hanya sebahagian sahaja daripada puluhan pulau di Maldives yang mengenakan caj penginapan yang mahal. Ianya kerana pulau-pulau tersebut adalah pulau milikan persendirian.


Let's Go Holiday boleh membantu anda mendapatkan hotel murah agar penjimatan dari kos hotel boleh digunakan untuk aktiviti lain atau membeli-belah. Tersenarai di sini adalah beberapa hotel murah yang berdekatan pantai yang terdiri daripada pelbagai jenis samada Inn, hotel ataupun hostel namun jangan risau kerana majoriti hotel-hotel ini adalah bersih dan selamat.


Tempat-tempat menarik dan pengangkutan untuk pergi dari satu tempat ke tempat lain, kami syorkan anda berbincang dengan penyambut tetamu di mana anda menginap kerana mereka-mereka ini sangat ramah dan boleh memberikan cadangan bersesuaian dengan bajet anda. Juga terdapat beberapa cadangan di laman web seperti The Planet D atau The Vocket.


Jom bercuti ke Maldives!


Finimas Residence


Jarak pantai dari Finimas Residence adalah dalam 200 meter dan di sini terdapat pelbagai kategori bilik penginapan dan setiap satunya dilengkapi dengan air-con, water heater dan wifi. Sarapan ala bufet continental atau asian turut ditawarkan. Untuk aktiviti pantai atau jalan-jalan tempat menarik sekitar pulau, digalakkan untuk berbincang dengan penyambut tetamu yang beroperasi 24 jam sehari.


Alamat: Sheen Finimas Residence, Thaa Atoll, 14100 Thimarafushi, Maldives

Harga dari: RM136.87 semalam

Jumlah tetamu: 2


 Tempah Sekarang Dari RM136.87!  


Mariana Inn


Perjalanan ke pantai mengambil masa hanya 5 minit dari Mariana Inn dan setiap bilik dilengkapi dengan air-con, water heater, peralatan untuk membuat teh dan kopi. Bilik juga mempunyai TV satelite dan wifi percuma. Turut ditawarkan adalah perkhidmatan bot atau katamaran untuk mengelilingi pulau atau untuk melihat ikan lumba-lumba. Hubungi meja penyambut tetamu untuk maklumat lanjut.


Alamat: Feeni Villa, Vahtheenige Violet Magu, Gaafaru K Atoll, 08020 Maldives

Harga dari: RM165.90 semalam

Jumlah tetamu: 2


 Tempah Sekarang Dari RM165.90!  


Ithaa Beach Maldives


Hotel Ithaa mempunyai pantai persendirian untuk tetamu yang menginap di sini. Setiap bilik dilengkapi dengan air-con, TV dengan saluran kabel dan fasiliti membuat teh dan kopi. Bilik airnya juga memiliki water heater dan barangan mandian seperti sabun dan shampoo. Untuk aktiviti air seperti snorkeling atau diving, bolehlah berurusan dengan pegawai di meja pendaftaran hotel.


Alamat: Garden, Vidhuvaru Goalhi, 0800 Maldives

Harga dari: RM186.64 semalam

Jumlah tetamu: 2


 Tempah Sekarang Dari RM186.64!  

USD 25.00 /night

USD 35.00 /night

Klik di sini untuk kod promosi!

USD 45.00 /night

Rashdoo Relax Inn


Rashdoo Relax Inn agak unik kerana ia mempunyai ruang santai terbuka di tingkat atas untuk tetamu menikmati pemandangan di waktu pagi atau senja. Pantai persendirian yang dijaga bersih juga tarikan utama ke sini. Setiap bilik penginapan adalah berair-con dan bilik air dilengkapi dengan water heater. TV bersaluran kabel dan wifi percuma juga ditawarkan kepada pengunjung.


Alamat: Golden Blue, AA 09020 Maldives

Harga dari: RM186.64 semalam

Jumlah tetamu: 2


 Tempah Sekarang Dari RM186.64!  


Summer Shades Maldives


Pantai persendirian hanya 5 minit dari sini dan Summer Shade sering mendapat rating tinggi dari pengunjung kerana kecantikan tempat ini. Setiap bilik yang ditawarkan dilengkapi dengan air-con dan water heater di bilik air. Turut ditawarkan adalah TV bersaluran kabel dan wifi percuma.


Alamat: Nalahandhuvaru Magu, Dharavandhoo, 06060 Baa Atoll, Maldives

Harga dari: RM199.08 semalam

Jumlah tetamu: 2


 Tempah Sekarang Dari RM199.08!


Bukan ini sahaja tau! Kami ada banyak lagi pilihan penginapan di Maldives untuk anda. Klik saja pada gambar di bawah untuk melihat senarai penuh.


Search for accommodations

Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

0 (0 VOTE)