Hotel Dekat Island Hospital Featured Image

Hotel Dekat Island Hospital

By [email protected] - Nov 05, 2018 (Last Updated Nov 10, 2018)

Island Hospital ialah sebuah institusi perubatan yang terletak di George Town, Pulau Pinang. Ditubuhkan pada tahun 1996, Island Hospital mempunyai lebih daripada 50 orang pakar perubatan dan 20 pusat konsultan. Hospital ini merupakan salah satu hospital yang terbaru di Pulau Pinang  dan mampu merawat 290 orang pesakit dalam dan 650 pesakit luar pada mana-mana hari. 

Island Hospital juga dinamakan sebagai Malaysia Medical Tourism Hospital of the Year oleh Frost & Sullivan pada tahun 2017. Antara kemudahan-kemudahan yang disediakan termasuklah pusat rawatan hati, pusat laser untuk rawatan mata, pusat bersukan untuk fisioterapi dan pemulihan, pusat tulang belakang, pusat urologi, pusat onkologi dan farmasi. Sini kami telah senaraikan beberapa hotel berdekatan Island Hospital.


T+ Hotel Macallum


T+ Hotel Macallum terletak di Georgetown, Pulau Pinang. Hotel ini menyediakan WiFi percuma, servis penyambut tetamu 24 jam, servis pembersihan bilik harian, kawasan parkir kereta dan lain-lain. Tidak kira sebab apa anda melawat Pulau Pinang, T+ Hotel Macallum ialah tempat yang bagus untuk merehatkan diri. Tempat-tempat menarik berhampiran hotel ini adalah Prangin Mall dengan jarak 600m dan KOMTAR dengan jarak 700m. Jarak memandu hotel ini ke Island Hospital adalah selama 12-14 minit.


Alamat          : 171, Jalan C.Y.Choy, 10300 Georgetown, Pulau Pinang

Harga            : RM132/malam

Untuk ketahui lebih tentang hotel ini, klik butang di bawah.


Tempah dari RM132! 


Ar-Raudhah Suite & Hotel


Tempat tinggal ini dilengkapi dengan ruang tamu, meja, peti sejuk, dan kawasan parkir kereta. Hotel ini juga menyediakan servis meja hadapan 24 jam dan sebuah restoran. Anda juga tidak akan berasa bosan dengan adanya WiFi percuma di bilik hotel dan ruang awam.

Untuk ke  tempat-tempat terkenal seperti Leong San Tong Khoo Kongsi dan Muzium Kamera hanyalah jalan kaki selama 10 minit dari hotel ini. Clan Jetty dan Pinang Peranakan Mansion juga berhampiran sahaja. Jarak memandu hotel ini ke Island Hospital adalah selama 13-15 minit.


Alamat          : Lot 1238, Jalan Kampung Kolam, 10200 Georgetown, Pulau Pinang

Harga            : RM198/malam

Untuk ketahui lebih tentang hotel ini, klik butang di bawah.


Tempah dari RM198! 


Ingin travel ke tempat-tempat lain?

Layarilah laman web ini untuk mencari homestay/hotel yang anda berkenan. 

Untuk diskaun, gunalah promo kod kami untuk menikmati harga istimewa!

#kongsilahdengankawan2

AG Hotel Penang


AG Hotel amatlah mengalu-alukan kedatangan tetamunya untuk menikmati penginapan mereka di sini dengan harga yang berpatutan. Untuk ke Georgetown hanyalah 15 minit dengan kereta.

Hotel ini juga berdekatan dengan Jambatan Penang. Jika anda ke ingin melawat Universiti Sains Malaysia (USM), hotel ini juga berhampiran sahaja. Jarak memandu hotel ini ke Island Hospital adalah selama 16-20 minit.  


Alamat          : 350-E, Jalan Sultan Azlan Shah, 11700 Georgetown, Penang, Malaysia

Harga            : RM110/malam

Untuk ketahui lebih tentang hotel ini, klik butang di bawah.


Tempah dari RM110! 


Hotel Seri Malaysia Pulau Pinang


Hotel Seri Malaysia Pulau Pinang tidak jauh dari pantai-pantai terkenal seperti Tanjung Bungah, Batu Ferringhi, dan Teluk Bahang. Tempat-tempat menarik lain yang berdekatan dengan hotel ini termasuklah Cheong Fatt Tze Mansion, Pinang Peranakan Mansion, Fort Cornwalls, dan Penang National Park.

Tokong Kek Lok Si, yang dikatakan tokong terbesar di Asia Tenggara juga berhampiran hotel ini sahaja. Jarak memandu hotel ini ke Island Hospital adalah selama 25-28 minit.  


Alamat          : 7, Jalan Mayang Pasir 2, Bandar Bayan Baru, 11950 Pulau Pinang

Harga            : RM110/malam

Untuk ketahui lebih tentang hotel ini, klik butang di bawah.


Tempah dari RM110! 




Rate this post

0 (0 VOTE)