Hotel Terbaik Berdekatan Lost World of Tambun Featured Image

Hotel Terbaik Berdekatan Lost World of Tambun

By [email protected] - Dec 12, 2018 (Last Updated Jul 16, 2020)

Yay, cuti sekolah sudah bermula! Tapi pening nya kepala nak melayan kerenah anak-anak yang kejap bergaduh berebut mainan, kejap berbaik macam BFF tidak boleh dipisahkan, kejap sorang menangis sorang marah-marah. Penat lah mak ayah macam ni. 




Tak perlu pening-pening sama-sama naik angin melayan kerenah anak-anak. Mereka kebosanan duduk di rumah tu. Apa kata kalau kami cadangkan anda untuk membawa keluarga anda semua ke taman tema Lost World of Tambun? Sambil tu kami senaraikan hotel terbaik berdekatan dengan Lost World of Tambun.


The Lost World of Tambun adalah taman tema yang terletak di bandar bersejarah Ipoh, di tengah koridor Utara-Selatan di Perak; dan terletak di landskap semula jadi Ipoh, dikelilingi oleh ciri-ciri batu kapur yang indah. Tidak kira jika anda ingin datang untuk menghabiskan hujung minggu atau pada hari biasa, taman tema ini sentiasa menantikan kunjungan anda dengan tarikan yang disediakan.


Taman tema The Lost World of Tambun mempunyai 7 taman tema keseluruhannya iaitu:

  1. Water Park
  2. Amusement Park
  3. Lost World Hot Springs and Spa
  4. Tiger Valley
  5. Lost World Petting Zoo
  6. Lost World Tin Valley
  7. Lost World Team Adventure Park


Seperti yang kami maklumkan, di bawah ini kami dah senaraikan hotel terbaik berdekatan The Lost World of Tambun. Jom kita lihat!


The Haven Resort Hotel, Ipoh


​The Haven Resort Hotel, Ipoh adalah contoh terbaik gabungan alam semula jadi di dalam bandar. Ianya terletak di pinggir hutan yang masih tidak terusik yang mempunyai flora dan fauna yang belum terusik dari zaman prasejarah lebih 280 juta tahun. Mengagumkan! Hotel dan resort ini terletak hanya 15 minit dari bandar Ipoh, Perak, yang berjaya memikat hati pelancong dengan gabungan alam dan bandar penuh bersejarah.


Lokasi


Laman Web https://www.thehavenresorts.com/



The Banjaran Hotsprings Retreat


Satu lagi resort hotel yang dikelilingi dengan alam semulajadi, hotel ini menjanjikan bukan sahaja tempat percutian, namun tempat untuk berehat sambil merawat dengan tarikan kolam air panas semula jadi. Ianya merupakan resort hotel mewah pertama untuk tujuan kesihatan dan rawatan di Malaysia. Selain dari itu, resort ini merupakan tempat romantis untuk pasangan yang ingin melakukan majlis perkahwinan atau berbulan madu.


Lokasi:


Laman Webhttps://www.thebanjaran.com/



Mahukan penjimatan hebat ketika menginap di hotel berdekatan Lost World of Tambun? Klik sini!


Sunway Lost World Of Tambun : Lost World Hotel and Lost World of Tambun Theme Park

Hotel ini terletak di kaki bukit batu kapur dan jarak antara hotel ini dengan Taman Tema Lost World of Tambun hanyalah dengan beberapa langkah dan boleh berjalan kaki saja ke pintu masuk taman tema. Sudah pastinya masa anda dapat dijimatkan dan digunakan sepenuhnya untuk bergembira dan bermain di taman tema Lost World of Tambun sepuas-puas hatinya!


Lokasi:


Laman Webhttps://sunwaylostworldoftambun.com/lost-world-hotel/



WEIL Hotel


Hotel WEIL ini berlatar belakangkan warisan bandar lama Ipoh dan bersebelahan dengan pusat membeli-belah Ipoh Parade. Hotel ini adalah destinasi menarik sama ada anda datang untuk bekerja, atau bercuti bersama keluarga tersayang. Dengan 313 bilik yang ditawarkan, anda pasti mempunyai banyak pilihan untuk tempat tinggal ketika pergi ke taman tema Lost World of Tambun. Seni bina hotel WEIL ini juga diinspirasikan dari batu kapur yang mengelilingi bandar ini. Selain dari itu, Hotel WEIL juga menyediakan masakan yang bertaraf dunia sambil disajikan dengan pemandangan atas bumbung yang melihatkan pemandangan indah kota serta kolam mandi infiniti untuk anak-anak yang masih belum puas berendam di taman tema Lost World of Tambun.


Lokasi:


Laman Web: http://www.weilhotel.com/


Search for accommodations

Featured image of
Featured image of
Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

3 (3 VOTES)