Hotel Berdekatan Dataran Pahlawan Featured Image

Hotel Berdekatan Dataran Pahlawan

Oct 24, 2018

Dataran Pahlawan Melaka Megamall dikenali sebagai pusat membeli-belah yang terbesar di Melaka. Terletak di tengah-tengah bandar bersejarah, Dataran Pahlawan menjadi salah satu tempat dan tarikan yang terkenal oleh penduduk setempat dan para pelancong. 

Di dalamnya terdapat beratus-ratus fesyen terkini, jenama antarabangsa dan tempatan. Golden Screen Cinemas juga ada di mana ia menjadi salah satu tempat kegemaran di kalangan anak-anak muda. 

Bercakap mengenai sejarah, sebelum Dataran Pahlawan Megamall ini dibina, padang inilah yang menjadi tempat Proklamasi Kemerdekaan di dan diumumkan oleh Perdana Menteri pertama Malaysia. Jika anda bercadang untuk melawat bandar bersejarah ini, jangan bimbang tentang tempat tinggal. Kami telah menyenaraikan pilihan hotel untuk anda!


1. Hatten Hotel Melaka

Hatten Hotel Melaka adalah Hotel bertaraf 4-bintang dan hanya 2-minit berjalan kaki ke Dataran Pahlawan. Salah satu hotel terdekat kerana ia dihubungkan dengan Dataran Pahlawan Megamall. Hatten

Hotel menawarkan keselesaan dan gaya bilik tersendiri dengan kemudahan yang disediakan dan pastinya berbaloi dengan harga yang akan anda bayar. Terdapat kira-kira 700 ++ suite dengan penghawa dingin, TV LCD, dan beberapa suite menawarkan anda pilihan pemandangan kota mahupun laut.  

Lokasi:

Laman web:  Hatten Hotel Melaka

2. Estadia Hotel

Selain Hatten Hotel, Estadia Hotel juga merupakan hotel lain yang berdekatan dengan Dataran Pahlawan. Estadia Hotel berkonsepkan gaya Peranakan di mana tetamu boleh mendalami serba-sedikit tentang budaya Nynoya . 

Terdapat Restoran Makan Nyonya yang beroprasi sepanjang hari, termasuk sarapan secara bufet. Menawarkan 196 bilik yang direka dengan elegan dan mempunya kemudahan fasiliti seperti TV skrin rata dan penyaman udara.  Dari Estadia Hotel ke Dataran Pahlawan mengambil masa kurang dari 5 minit berjalan kaki. 

Lokasi:


Laman web:  Estadia Hotel


3. Fenix ​​Inn


Fenix ​​Inn terletak di kedudukan yang sangat strategik di daerah perniagaan pusat Melaka. Ia juga merupakan hotel yang sekangkang kera sahaja untuk ke pusat membeli-belah terkemuka di Melaka - Dataran Pahlawan. 

Tidak jauh dari tapak bersejarah seperti A 'Famosa Fort, St Paul's Hill dan Stadhyus semuanya dalam jarak berjalan kaki dari hotel ini. Setiap daripada 82 bilik dilengkapi dengan bilik mandi en suite, lantai kayu dan kemudahan lain.

Lokasi:
Laman web:  Fenix ​​Inn

Guna kod promo untuk lebih penjimatan percutian anda. Klik di sini untuk melihat promo terkini. 



La Boss Hotel mempamerkan gaya emosi dengan warna tersendiri dan suasana di setiap sudut hotel. Menawarkan cir-ciri bilik yang dilengkapi dan direka dengan ruang moden dan selesa digabungkan untuk membentuk karya hangat dan santai.

La Boss Hotel juga menawarkan rasa luar biasa untuk para tetamunya.  Terletak berhampiran dengan Dataran Pahlawan, hanya mengambil masa 5 minit berjalan kaki atau 8 minit dengan memandu melalui Jalan Syed Abdul Aziz. 

Lokasi:

Laman web:  La Boss Hotel



De Mawardah Hotel adalah salah satu hotel yang sesuai untuk memulakan lawatan anda di Melaka. Dari sini, tetamu boleh menikmati akses mudah hampir ke semua tempat tumpuan. Persekitaran yang terjaga dan kedudukan berhampiran dengan Ferry Melaka, Menara Taming Sari, Pelabuhan Melaka membuatkan hotel ini mempunyai daya tarikan istimewa.

Di sini, hotel akan berusaha untuk membuatkan penghuninya berasa selesa termasuklah dengan menyediakan perkhidmatan dan kemudahan yang terbaik. Antaranya, kemudahan Wi-Fi, tempat letak kereta, bilik yang berhawa dingin dan TV. 

Lokasi:

Laman web:  De Mawardah Hotel

Rate this post

0 (0 VOTE)