Senarai Homestay Terbaik Jerantut Featured Image

Senarai Homestay Terbaik Jerantut

By Badriah - Sep 04, 2019

Bila bercakap tentang tempat percutian, mesti tidak akan terlintas di minda ramai orang akan Jerantut. Tapi tahukah anda bahawa Jerantut merupakan daerah terbesar di Negeri Pahang? 


Di Jerantut juga terletaknya banyak tempat menarik untuk dikunjungi termasuklah Taman Negara Malaysia, salah satu tempat pelancongan terkenal dalam kalangan pelancong dalam dan luar negara. Untuk membantu percutian anda ke Jerantut, mari kami senaraikan beberapa tempat menarik yang anda wajib kunjungi semasa anda di Jerantut selain Taman Negara. 


  1.  Galeri Mat Kilau 
  2. I City Jerantut
  3. Air Terjun Lata Meraung 
  4. Taman Warisan Gua Kota Gelanggi
  5. Tasik Bera
  6. Pasar Besar Jerantut
  7. Pusat Pemuliharaan Gajah Kuala Gandah
  8. Lata Berkoh


Memang banyak tempat untuk dilawati di Jerantut. Selain tempat-tempat ini, Jerantut juga banyak tempat makan yang menarik. Antaranya ialah Restoran Murtabak Jerantut Ferry yang menyediakan murtabak bersaiz besar dan murah, Pizza Kayu Api Anak Dol dan juga Restoran Z&Z Mak Anjang yang menyediakan makanan tradisi Jerantut iaitu gulai asam rom kepala ikan kenerak. Terliur dibuatnya. 


Jika anda bercadang untuk ke Jerantut, anda boleh menginap di salah satu tempat penginapan yang kami cadangkan ini. 


Inap Damai Homestay

Inap Damai Homestay menawarkan kemudahan sewa harian bagi rumah penginapan dengan kadar termurah di Jerantut. Ia dilengkapi dengan 3 bilik tidur, 2 bilik air, satu ruang tamu, 1 ruang makan dan ruang dapur yang selesa. Yang bestnya, dengan harga dari RM180 per malam, setiap bilik dan ruang tamu dilengkapi pendingin hawa! Sangat berbaloi. 


Homestay ini juga terletak berdekatan dengan pusat bandar Jerantut. 


Harga Dari: RM180 / malam

Bil Tetamu: 6 orang 

Bil Bilik: 3 bilik 2 bilik air 


Tempah Sekarang Dari RM 180!


Klik di sini untuk mendapatkan promosi terbaik untuk percutian anda.

D'village River View Chalet & Cafe


Jika anda bercadang untuk menginap lebih dari 5 malam, kami cadangkan anda untuk mencuba D'village River View Chalet & Cafe. Terletak di Taman Negara, chalet ini menawarkan Single Room Chalet dan Double Room Chalet. Setiap chalet dilengkapi pendingin hawa dan hot shower.


Kawasan sekitar chalet ini termasuklah Sungai Tembeling, Taman Negara Kuala Tahan dan Pejabat Felcra. 


Harga Dari: RM120 / malam

Bil Tetamu: 2 orang 


Tempah Sekarang Dari RM 120!


Search for accommodations

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

5 (1 VOTES)