8 Masjid Tercantik Di Negeri Johor

8 Masjid Tercantik Di Negeri Johor Featured Image

Ibarat Jantung Kehidupan kepada Orang Islam.



Masjid memainkan peranan yang penting dalam menyebarkan pengetahuan berkaitan dengan dunia Islam. Kepada kebanyakan orang-orang Islam, selain daripada merupakan sebuah tempat ibadat, masjid juga merupakan sebuah tempat untuk mempelajari dan membincangkan tentang agama Islam.

Sebagai salah sebuah negeri yang menonjol di Malaysia, Johor merupakan negeri yang memegang rekod yang tinggi dalam bilangan masjid yang didirikan dalam sesebuah negeri. Dalam blog post ini, kami akan memaparkan 8 masjid di Johor (tidak mengikuti urutan).


1. Masjid An-Nur Kota Raya

[Gambar dari carianmasjid]

Masjid An-Nur Kota Raya terletak di Plaza Kotaraya, Johor Bahru. Apa yang sangat menarik tentang masjid ini ialah masjid ini merupakan masjid pertama yang terletak dalam kompleks beli-belah. Ia juga dimiliki oleh (J-Corp), sebuah cabang pelaburan kerajaan negeri Johor. Dengan lokasinya yang strategik, masjid ini dimanfaatkan dengan Kamdar di tingkat bawahnya.

Lokasi: Masjid Kotaraya, Johor, 80000 Johor Bahru (Google Maps)


2. Masjid Jamek Pasir Gudang

[Gambar dari Maruwiah Ahmat]

Masjid ini merupakan masjid pertama yang dibina di Pasir Gudang, Johor. Ia terletak berhampiran dengan taman-taman tasik dan reka seni binanya dipengaruhi oleh ala Timur Tengah dan ala-Barat.

Lokasi: Jalan Mesjid, Kawasan Perindustrian Pasir Gudang, 81700 Pasir Gudang, Johor (Google Maps)


3. Masjid Senai Airport

[Gambar dari ming_tweets]

Masjid Lapangan Terbang Antarabangsa Senai memainkan peranan sebagai masjid utama di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai. Sejak pembukaannya pada tahun 2003, masjid ini dikenalikan sebagai masjid antarabangsa kepada pelancong yang mendarat dan berlepas dari lapangan terbang tersebut. Selain itu, masjid ini juga merupakan masjid umum kepada penganut Islam yang tinggal di Kampung Maju Jaya perbandaran Senai.

 Lokasi: Jalan Jumbo, Kawasan Perindustrian Senai Fasa 3, 81250 Senai, Johor (Google Maps)


4. Masjid Jamek Sultan Ibrahim Muar

Masjid yang penuh dengan sejarah ini merupakan hibrid daripada reka bentuk gaya Barat dan Timur Tengah. Terletak di Jalan Petri, masjid ini dibina pada tahun 1887-an dan merupakan salah sebuah masjid yang tertua di Muar. Masjid Sultan Ibrahim Jamek yang berdiri dengan megahnya juga boleh dinampak dari Tanjung Emas. Warna masjid ini terdiri daripada putih dan biru dan ia mewakili suasana yang tenang.

Lokasi: Jalan Petri, Taman Sri Tanjung, 84000 Muar, Johor (Google Maps)


See also: 5 Tempat Menarik di Muar


5. Sultan Abu Bakar State Mosque

Masjid ini terletak di sepanjang Jalan Skudai, Johor Bahru dan dibina antara tahun 1892 dengan 1900 dibawah pengawasan Sultan Abu Bakar. Masjid yang menonjolkan ini direka berdasarkan penampilannya terhadap zaman penjajahan Inggeris. Tambahan pula, seni bina ini termasuk unsur-unsur seni bina Moorish dengan sedikit gaya Melayu. Masjid Negeri Sultan Abu Bakar terletak di atas puncak bukit yang menghadap Selat Johor.

Lokasi: Masjid Sultan Abu Bakar, 80000 Johor Bahru, Johor (Google Maps)


6. Masjid Kota Iskandar

Masjid ini merupakan masjid negeri yang kedua di Johor selepas Masjid Negeri Sultan Abu Bakar di Johor Bahru. Ia terletak di Kota Iskandar, sebuah Pusat Pentadbiran Negeri Johor dan dibina oleb EUM Builders Berhad dan Cahaya Jauhar Sdn. Bhd yang juga merupakan pemaju Kota Iskandar. Secara rasminya dibuka kepada umum pada 16 June 2015, name masjid yang moden ini diambil sempena sultan Johor yang ke-4, Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail.

Lokasi: Kota Iskandar, Nusajaya, Johor.


7. Masjid Sultan Iskandar

[Gambar dari Chongkian]

Juga dikenali sebagai Masjid Bandar Dato’ Onn, Masjid Sultan Iskandar terletak di Bandar Dato’ Onn di daerah Johor Bahru. Seni bina masjid ini dipengaruhi oleh gaya Ottoman dan sedang diuruskan oleh Waqaf An-Nur Corporation Berhad. Ia dibuka secara rasminya pada 8 April 2016 oleh Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.

Lokasi: No 2, Jln Dato' Onn 2, Bandar Dato Onn, 81100 Johor Bahru, Johor (Google Maps)


8. Masjid Tan Sri Ainuddin Wahid

[Gambar dari mjtsawtu]

Terletak di Taman Universiti, Skudai, Johor, masjid ini dibuka secara rasminya pada 20 May 2005 oleh Tunku Mahkota Johor pada masa tersebut, Tunku Ibrahim Sultan Iskandar. Masjid ini dinamakan sempena timbalan chancellor kepada Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Tan Sri Ainuddin Wahid. Seni bina masjid yang indah ini dipengaruhi oleh gaya Timur Tengah.

Lokasi: Jalan Kebudayaan, Taman Universiti, 81300 Skudai, Johor (Google Maps)


Inilah masjid-masjid yang paling menojolkan di Johor tetapi, terdapat juga masjid-masjid lain yang boleh dilawati.


Mencari Tempat Penginapan?

Layari www.letsgoholiday.my untuk tempat-tempat penginapan di Johor jika anda ingin melawati masjid-masjid ini.