The Pirate Adventure @ Melaka Alive

The Pirate Adventure @ Melaka Alive Featured Image

Apabila berfikir tentang Melaka, apa perkara pertama yang akan anda fikirkan? Makanan, membeli-belah, rakyat yang mesra, A Famosa dan pilihan makanan yang banyak. Jika anda fikir Melaka hanya mempunyai tarikan seperti di atas, maka anda sudah silap

The Pirate Adventure telah dibuka kepada orang ramai sejak Ogos 2015 di bawah Melaka Alive.

Lokasi tempat ini adalah di belakang pusat membeli-belah Dataran Pahlawan, di tengah-tengah bandar Melaka. Di dalamnya terdapat taman tema yang membolehkan pelawat merasakan sendiri pengalaman bagaimana menjadi seorang lanun.

Terdapat banyak barang-barang di dalamnya seperti senjata api, kotak kayu, pakaian lanun dan juga tengkorak manusia. Ini semua untuk menjadikan pengalaman di dalam tempat ini seperti berada di dalam dunia lanun yang sebenar

Dengan bantuan teknologi canggih, tempat ini dilengkapi dengan pelbagai bunyi dan kesan pencahayaan. Ini akan meningkatkan lagi suasana seperti di dunia lanun yang sebenar.

Dapatkan 20% diskaun untuk melawat The Pirate Adventure!

Layari SINI untuk mengetahui cara-cara untuk mendapatkan koupon percuma anda sebelum 30 April 2017. Quantiti terhad!

Terdapat enam peringkat yang perlu anda harungi untuk mendapatkan harta karun.

Peringkat pertama: Pertempuran untuk mendapatkan pantai dan kapal anda

Perjalanan bermula dengan pertempuran untuk menakluki pantai di kapal yang dinamakan Bahtera Merdeka. Menang pertempuran itu untuk merampas teluk lanun ini!


Peringkat kedua: Merintasi Hutan yang gelap dan lembap

Selepas menakluki kapal, anda akan memasuki hutan pulau yang gelap. Anda perlu berjalan kaki melalui hutan yang lembap dan suram itu untuk mencari harta karun.


Peringkat 3: Mengaut harta! Tetapi berhati-hati dengan kejutan yang akan berlaku!

Seterusnya, anda akan lalu di kawasan penjara.Berhati-hati! Banduan-banduan di dalam sangkar masih hidup! Berjaga-jaga dengan sergahan mereka di situ.


Peringkat 4: Bersedia untuk dicabar

Lebih banyak cabaran yang menanti! Cabaran kali ini hanya akan diberitahu apabila anda menerima untuk mengambil cabaran itu.


Peringkat 5: Mayday! Mayday!

Serangan sotong! Adakah anda mempunyai apa yang diperlukan untuk mengalahkan sotong itu?


Peringkat 6: Kemuncak – Kedai Cenderahati Lanun


Raikan pengembaraan anda di kedai cenderahati kami. Cari harta yang boleh dijadikan memori atau snap gambar 'selfie' sebagai lanun.


Taman tema ini sangat sesuai untuk seisi keluarga, kerana ia mampu mengukuhkan lagi hubungan keluarga anda dengan beberapa aktiviti yang menyeronokan bersama keluarga lalu mengeratkan lagi hubungan sesama ahli keluarga. Di samping itu, ‘Pirate Adventure’ ini juga sesuai untuk mereka yang suka pengembaraan. Ia akan menjadi satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan untuk anda semua.


Harga Tiket :

RM 23.00 (Dewasa)

RM 17.00 (Kanak-kanak dari umur 4-12 tahun)

RM 17.00 (Warga Emas, 60 tahun keatas)


Masa Operasi :

Masa operasi dari 10 pagi hingga 7 ptg termasuk cuti umum.



Alamat :

Jalan Parameswara, bandar hilir, 75000 Melaka.


Koordinat GPSs :

N 2.191 261 E 102.250 725


No. Tel :

012-266 9347 / 012-2669461


Emel :

[email protected]


Laman Web Utama :

http://www.melakaalive.com.my/pirate-adventure