8 Homestay Yang Sesuai Untuk Keluarga Di Johor

8 Homestay Yang Sesuai Untuk Keluarga Di Johor Featured Image

Memilih Tempat Penginapan Yang Sesuai Adalah Sesuatu Yang Penting



Hari Keluarga merupakan saat-saat yang amat berharga. Tetapi banyak orang menghadapi masalah yang sama iaitu memang susah nak cari tempat yang sesuai untuk satu keluarga yang melebihi lebih daripada sepuluh orang. Kebanyakan hotel hanya dapat muat 4-8 orang dalam satu bilik, kalua nak tambah bilik ia merupakan kos yang tinggi. Salah satu cara penyelesaian ialah tinggal dalam homestay. Dalam artikel ini kita telah mengumpulkan 8 homestay-homestay yang sesuai sekiranya anda ingin mengadakan hari keluarga di Johor.


1. Homestay Bandar Dato Onn Johor Bahru

Homestay Bandar Dato Onn Bharu merupakan rumah teres dua tingkat yang terletak di Perjiranan 11, Bandar Dato Onn, Johor Bharu. Rumah ini dilengkapi dengan kemudahan dapur, TV, katil, tempat letak kereta dan sebagainya. Tuala mandi juga disediakan. Kepada keluarga besar seramai 10 orang, rumah ini adalah paling sesuai dan ia mempunyai tempat letak kereta yang luas untuk 2 buah kereta.

Alamat: No.4, Perjiranan 11, Bandar Dato Onn Johor Bharu 81100 Johor Bahru Johor (Google Maps)

Bilik tidur: 4 bilik tidur

Bilik mandi: 4 bilik mandi

Harga satu malam: RM200++


2. Homestay 68 (Untuk Muslim sahaja)

Homestay 68 - Larkin terletak di Taman Aman Larkin, Johor Bahrun. Rumah ini berdekatan dengan Kampus UiTM, Kampus Bandaraya Larkin dan IPG Kampus Temenggong Ibrahim. Rumah ini amat sesuai untuk pelancong dari Singapura kerana ia hanya menggambil 10 minit untuk memandu dari Terminal Larkin. Homestay ini hanya untuk keluarga Muslim sahaja.

Alamat: 68, Jalan Aman Larkin 1, Taman Aman, 80350 Johor Bahru, Johor (Google Maps)

Bilik tidur: 4 bilik tidur

Bilik mandi: 4 billik mandi

Harga satu malam: RM250++


3. Homestay Bandar Putra Segamat

Homestay Bandar Putra merupakan sebuah rumah teres setingkat yang pernah menjadi tuan rumah kepada 2000 tetamu dari seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Lokasinya yang strategic dekat kepada kedai mini 7 Eleven, kedai dobi, hospital, stesen polis, masjid dan sebagainya. Dilengkapi dengan kemudahan wifi, aircon di dalam semua bilik, alatan BBQ, alatan masak, dapur dan tempat parking yang boleh memuatkan 6 buah kereta, homestay ini memang sesuai untuk keluarga yang melebihi 8 orang.

Alamat: 66, Jalan Putra 1/17, Bandar IOI, 85000 Segamat, Johor (Google Maps)

Bilik tidur: 3 bilik tidur

Bilik mandi: 2 bilik mandi

Harga satu malam: RM250++


4. CT Homestay Pasir Gudang (For Muslim only)

CT Homestay Pasir Gudang merupakan sebuah rumah dua tingkat yang dilengkapi dengan aircon di bilik utama, dapur dengan kemudahan memasak, mesin basuh dan sebagainya. Rumah yang indah ini boleh memuatkan seramai 10 orang dan tetamu. Di sekitar homestay ini mempunyai restoran, kedai runcit dan Econsave. Homestay ini hanya untuk keluarga Muslim sahaja.

Alamat: 12, Jalan Sentosa 7, Taman Nusa Damai, 81700 Pasir Gudang, Johor (Google Maps)

Bilik tidur: 3 Bilik tidur

Bilik mandi: 2 bilik mandi

Harga satu malam: RM150++


5. Homestay Johor Murah (Untuk Muslim sahaja)

Bermalam di homestay yang besar dan selesa ini dan anda akan berasa seolah-olahnya sedang berhuni di dalam satu banglo yang besar. Perbezaan homestay ini antara yang lain ialah homestay ini dilengkapi dengan aircon, kemudahan memasak, kelengkapan peribadi, wifi, alatan BBQ, dan juga kerusi urut. Tempat-tempat menarik berdekatan termasuklah Johor Premium Outlet (JPO), Legoland, Zoo Johor, Terminal Bas Larkin dan sebagainya. Homestay ini hanya untuk keluarga Muslim sahaja.

Alamat: 2864, Jalan Sri Putri 10/3, Taman Putri, 81000 Kulai, Johor (Google Maps)

Bilik tidur: 5 bilik tidur

Bilik mandi: 3 bilik mandi

Harga satu malam: RM280++


See also:
5 Tempat-Tempat Menarik Di Muar


6. Rini Utama Homestay Skudai

Rini Utama Homestay Skudai ialah sebuah rumah dua tingkat yang terletak dalam kawasan perumahan yang terkawal. Rumah ini terletak dalam lokasi yang terbaik kerana ia sangat dekat dengan UTM, Legoland, Danga Bay, Johor Premium Outlet (JPO) dan tempat menarik yang sebagainya di Johor. Homestay ini menawarkan sebuah dapur besar yang boleh memasak dan juga sebuah ruang makan. Kemudahan yang lain termasuk aircon, keperluan peribadi, tuala mandi, penapisan air, papan seterika, tempat parking dan sebagainya juga disediakan.

Alamat: 78, Jalan Utama 19, Taman Mutiara Rini, 81300 Skudai, Johor (Google Maps)

Bilik tidur: 3 bilik tidur

Bilik mandi: 3 bilik mandi

Harga satu malam: RM298++


7. Shahrini Homestay (Untuk Muslim sahaja)

Shahrini Homestay yang terletak di Vista Sri Alam, Masai menawarkan harga yang berpatutan untuk penginapan yang selesa. Berdekatan dengan UITM, MMHE, Johor Port dan UNIKL, homestay ini dilengkapi dengan aircon, Wi-Fi, kemudahan memasak, mesin basuh dan sebagainya. Homestay ini hanya untuk keluarga Muslim sahaja.

Alamat: Unit A7-1-3A, Vista Seri Alam, Bandar Seri Alam, 81750 Masai, Johor (Google Maps)

Bilik tidur: 3 bilik tidur

Bilik mandi: 2 bilik mandi

Harga satu malam: RM200++


8. Homestay Salsabila (For Muslim only)

Homestay Salsabila ini terletak in Taman Aman Larkin. Rumah dua tingkat ini dapat memuatkan ahli keluarga yang sebesar 12 orang. Kemudahan yang didapati di dalam homestay ini termasuk aircon, TV dengan saluran Astro, pemain DVD dan kemudahan memasak.

Alamat: No. 45 Jln Aman Larkin Utama, Tmn Aman Larkin, Larkin 81100, Johor Bahru, Johor (Google Maps)

Bilik tidur: 4 bilik tidur

Bilik mandi: 4 bilik mandi

Harga satu malam: RM300++


Selain daripada 8 homestay yang disenaraikan, terdapat banyak lagi homestay di negeri Johor dengan harga yang berpatutan. Homestay merupakan alternative bajet untuk keluarga yang besar kerana harga hotel adalah lebih mahal berbanding dengan homestay. Jika anda sedang mencari homestay di sekitar Johor boleh melayari website kami. Dalam website kami terdapat banyak lagi homestay dengan harga yang berpatutan. Selain itu, anda boleh melayari website kami letsgoholiday. Dalam website kami merangkumi banyak homestay dan juga hotel dari seluruh Malaysia.


See also:
10 Homestay Untuk Family Day Di Melaka