10 Homestay Untuk Family Day Di Melaka

10 Homestay Untuk Family Day Di Melaka Featured Image

Percutian satu keluarga atau aktiviti family day ini memang menyeronokkan. Lagi-lagi jika kita dapat bercuti bersama keluarga yang besar. Jadi apabila bercuti dengan jumlah yang ramai, lokasi penginapan pilihan untuk percutian ini seharusnya selesa dan cukup kemudahannya. Jadi berikut adalah 10 homestay yang sesuai untuk aktiviti family day di Melaka.


1. Dennis.8 Homestay Melaka

Tempat yang selesa untuk menampung keluarga sebesar 10 orang. Rumah dua tingkat dengan 4 bilik tidur yang serba lengkap, dilengkapi dengan penghawa dingin di setiap bilik, pemanas air, Wifi percuma, TV dengan saluran Astro, tempat letak kereta dan peti sejuk. Ia sesuai untuk keluarga dan rakan-rakan yang ingin bercuti di Melaka dan ia juga boleh digunakan untuk majlis perkahwinan.

Alamat: No 8, Jalan AKP 2, Taman Ayer Keroh Permai, 75450 Melaka (Google Maps)

Bilik Tidur:

Bilik air:

Harga: dari RM350 /malam


2. Ginger’s Homestay Malacca

Homestay ini sesuai untuk 6-8 tetamu bagi setiap penginapan. Kawasannya boleh berjalan kaki ke tepi pantai dan ke penempatan Portugis. Ia adalah lokasi yang terbaik untuk menginap pada sambutan hari raya Krismas dan Tahun Baru. Selain itu, tetamu mempunyai akses penuh untuk ke kolam renang dan gimnasium.

Alamat: Straits Court Comdominium, Jalan Ujong Pasir, Taman Aman, 75050 Melaka (Google Maps)

Bilik Tidur:

Bilik air:

Harga: dari RM230 /malam


3. Homestay Melaka Mitc Wonderland 2-2

Homestay Melaka Mitc Wonderland 2-2 terletak di Taman Tasik Utama, Ayer Keroh, Melaka. Homestay ini terletak di lokasi yang strategik dengan 5 minit pemanduan dari Tol Ayer Keroh dan 10 minit ke tempat-tempat menarik di sekitar bandar Ayer Keroh. Homestay ini dilengkapi dengan kemudahan seperti meja makan, mesin basuh automatik, kemudahan memasak, penghawa dingin dan sebagainya.

Alamat: 32 jalan TU 18, Taman Tasik Utama, Ayer Keroh, Melaka (Google Maps)

Bilik Tidur:

Bilik air:

Harga: dari RM230 /malam


4. SLV Small Luxury Villa

SLV Small Luxury Villa terletak di pusat Melaka dan menawarkan penginapan yang mesra keluarga. Ia terletak hanya 5 minit pemanduan dari pantai Klebang, Muzium Kapal Selam dan 1 Malaysia Square. Homestay ini terdiri daripada taman permainan mini yang disediakan di luar rumah, ruang untuk aktiviti BBQ serta peralatannya.

Alamat: 13, Jalan GP 10, Taman Gadong Perdana, 75250 Melaka (Google Maps)

Bilik Tidur:

Bilik air:

Harga: dari RM598 /malam


5. Homestay Melaka MITC 2-storey Semi D with Private Pool

Homestay yang mempunyai sebuah kolam renang yang comel ini terletak di Taman Tasik Utama, Ayer Keroh, Melaka. Homestay ini terletak hanya 5 minit pemanduan dari Tol Ayer Keroh dan 10 minit ke tempat-tempat menarik di sekitar bandar Ayer Keroh. Rumah penginapan ini boleh menampung seramai 8 hingga 12 tetamu dengan selesa.

Alamat: 124, Jalan TU 18, Taman Tasik Utama, 75450 Ayer Keroh, Melaka. (Google Maps)

Bilik Tidur:

Bilik air:

Harga: dari RM450 /malam


Link berkaitan:
5 Tempat Menarik Berdekatan Pantai di Melaka


6. Rubeena Homestay 

Rubeen Homestay terletak berhampiran dengan tol Ayer Keroh. Rumah teres corner lot dua tingkat ini dilengkapi dengan 7 katil bujang dan 1 katil queen, yang selesa boleh memuatkan 9 tetamu. Beberapa tarikan yang berdekatan termasuk Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Taman Tema Wonderland, Zoo Melaka dan Taman Botanikal Ayer Keroh.

Alamat: 25, Jalan TU 59, Taman Tasik Utama, 75350 Ayer Keroh, Melaka (Google Maps)

Bilik Tidur:

Bilik air:

Harga: dari RM350 /malam


7. Step-In @ Kota Laksamana Near Jonker Walk (No8)

Step-In Homestay terletak di Kota Laksamana dan ia adalah rumah teres 3-tingkat yang sangat luas dan dilengkapi dengan 2 ruang tamu di tingkat bawah dan tingkat satu. Selain itu, homestay ini mempunyai 6 bilik tidur dan dilengkapi dengan bilik mandi peribadi. Homestay ini juga terletak berdekatan dengan kawasan atau tempat-tempat yang menarik di Melaka seperti Pusat Bandar Melaka, tempat-tempat pelancongan, kompleks membeli belah dan sebagainya.

Alamat: Jalan KL3/1D, Taman Kota Laksamana Sek3, 75200 Melaka (Google Maps)

Bilik Tidur: 6

Bilik air:

Harga: dari RM338 /malam


8. NAJAD Bungalow

Najad Bungalow menawarkan penginapan yang luas dan selesa di Melaka dan homestay ini terletak sangat berhampiran dengan Pusat Bandaraya Melaka, tempat-tempat pelancongan, dan tempat-tempat bersejarah yang lain. Homestay ini dilengkapi dengan perabot dan kemudahan-kemudahan seperti rangkaian internet WiFi percuma, kolam renang, peralatan BBQ dan sebagainya. Ia juga sesuai untuk percutian anda bersama keluarga dan boleh menampung sehingga 20 orang tetamu.

Alamat: Jalan Kenanga 3/26, Taman Kenanga SS3, 75200 Melaka (Google Maps)

Bilik Tidur: 5 

Bilik air: 3

Harga: dari RM620 /malam


9. Step-In Homestay @ Taman Pelangi

Step-In Homestay @ Taman Pelangi adalah satu lagi hak milik Step-In Homestay. Ia sesuai untuk family gathering atau event-event yang mana ia dilengkapi dengan sistem Hi-Fi dan peralatan BBQ. Ia juga menyediakan Wi-Fi percuma, pancuran air panas dan penyaman udara. Terletak berdekatan 7-Eleven, KFC dan Aeon Shopping Mall, anda tidak perlu bimbang jika tidak membawa bekalan makanan yang mencukupi.

Alamat: Blok E-G-2, Pangsapuri Pelangi, Taman Pelangi, 75450 Ayer Keroh, Melaka (Google Maps)

Bilik Tidur:

Bilik air: 2 

Harga: dari RM288 /malam


10. LAIRA by KAMAR

LAIRA by KAMAR merupakan sebuah homestay yang terletak berhampiran dengan tapak UNESCO di pusat bandar Melaka. Homestay ini menyediakan rumah penginapan yang sangat luas dan selesa untuk memenuhi keperluan dan keselesaan anda. Homestay ini juga boleh memuatkan seramai 15 orang tetamu pada satu masa. Di samping itu, ia dilengkapi dengan 4 bilik tidur bersambung dengan bilik mandi peribadi. Selain itu, tilam tambahan juga akan disediakan di homestay ini.

Alamat: 78, Jalan Mawar 6, Taman Peringgit Jaya 75400 Melaka (Google Maps)

Bilik Tidur:

Bilik air:

Harga: dari RM390 /malam


Untuk mencari homestay yang lain di Melaka, anda boleh layari LetsGoHoliday.my


Blog posts lain yang berkaitan dengan artikel ini:

11 Homestay Muslim Terbaik Untuk Family Day Di Melaka

10 Aktiviti Yang Boleh Dilakukan Di Melaka

11 Homestays With Swimming Pool In Melaka