3 Lokasi Glamping Yang Popular di Malaysia Featured Image

3 Lokasi Glamping Yang Popular di Malaysia

By Farah - Jun 20, 2022

Glamping adalah konsep penginapan yang menggabungkan ciri-ciri 'glam' dan 'camping'. Sesuai untuk anda yang mahu merasai pengalaman berkhemah yang selesa dan glamour sambil ditemani bintang-bintang di langit. 


Ada pelbagai tempat penginapan glamping yang anda boleh tempah. Glamping ni dah siap-siap pasang khemah, lengkap dengan tempat tidur yang empuk dan selesa. Yang paling seronok, anda tidak perlu bersusah payah memasang segala peralatan berkhemah. Jom tengok 3 tempat glamping yang popular di bawah.


Glamping Alam Warisan

Lokasi glamping yang terletak di Kuala Pilah, Negeri Sembilan ini wajib anda masukkan dalam senarai untuk dikunjungi. Selain daripada menawarkan penginapan glamping yang selesa, tempat ini juga terkenal dengan suasana perkampungan melayu mereka. Anda akan dilayan dengan staf mereka yang juga mengenakan busana melayu lama. 


Bonus tambahan jika anda gemar memanah dan berkuda atau berminat untuk mempelajari bagaimana untuk memanah dan menunggang kuda. Glamping alam warisan adalah tempat yang sesuai untuk anda. Mereka telah mendapat pengiktirafan sebagai World Horseback Archery Foundation (WHAF) sebagai satu-satunya tempat memanah berkuda yang lengkap dan terbaik di Malaysia.


Alamat: Jalan Kampung Juar, Kampung Tanah Datar, 71550 Seri Menanti, Negeri Sembilan

Facebook: Ladang Alam Warisan


River and Glamp

Jika anda mencari penginapan glamping yang mempunyai pemandangan cantik berdekatan sungai di Malaysia, River & Glamp adalah tempat yang paling sesuai sekali. Keindahan alam semulajadi yang mereka tawarkan pasti tidak akan mengecewakan anda. 


Ditambah pula dengan pakej penginapan mereka yang menyediakan makanan daripada sarapan, makan tengahari dan makan malam. Anda dah tidak perlu risau nak pergi kemana-mana dan hanya perlu datang dan berseronok di River & Glamp sahaja.


Alamat: Nur Laman Bestari Eco Resort, Jalan Sungai Tua, Kampung Batang Batu, 68100 Batu Caves, Selangor

Facebook: River & Glamp



Castra by Colony adalah satu-satunya tempat penginapan yang menawarkan pengalaman glamping yang betul-betul glamour ditengah-tengah hutan batu kuala lumpur. Jadi anda boleh rasai pengalaman berkhemah secara ekslusif dan mewah di atas bumbung bangunan pencakar langit di Segitiga Emas Kuala Lumpur KLCC. Mereka menyediakan khemah kanopi ala mediterranean di keluasan 4,000 sqft serta taman dan area untuk bersantai dilengkapi peralatan barbeku. Khemah mereka pula dilengkapi dengan Skrin TV HD, soket kuasa & WIFI dengan kelajuan tinggi tanpa had dan katil premium dan linen yang boleh memuatkan sehingga 10 orang tetamu.

Kalau berminat, boleh cepat-cepat tempah di sini sebab khemah glamping mereka adalah sangat terhad. 

Alamat: Level R, Star Boulevard KLCC, 1, Jalan Yap Kwan Seng, 53300 Kuala Lumpur
Laman Web: Castra by Colony

Sekian, itu sahaja kami kongsikan 3 tempat glamping yang setiap satunya mempunyai tarikan dan keunikan yang tersendiri untuk anda kunjungi dan semestinya tidak begitu jauh daripada ibu kota. Jadi mudahlah anda nak melarikan diri daripada kesibukan kota.


Boleh share post ini dan tag pasangan anda. Boleh juga "follow" kami di facebook page untuk kami kongsikan lebih banyak info tentang promosi, dan tempat-tempat yang menarik untuk dikunjungi.


Selamat ber’glamping'!


#cuticutimalaysia #cuticuti2022 #glamping #popularglamping 


Search for accommodations

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

5 (1 VOTES)