We are now in Indonesia and Vietnam!
Check out our listings.

Malaysia's Friendliest Vacation Rentals and Homestay Booking Site

Pengguna Waze Terbanyak di ASEAN - Orang Malaysia

Pengguna Waze Terbanyak di ASEAN - Orang Malaysia Featured Image
  •   [email protected]
  •   May 29, 2017

Real-time Navigasi App



Siapa yang tidak pernah dengar tentang Waze pada zaman ini? Besar kemungkinan anda sendiri ialah salah satu pengguna Waze, kalau tidak abang atau kakak, mahupun jiran sebelah anda juga menggunakan Waze. Semakin banyak orang Malaysia yang menggunakan Waze semasa memandu atas jalan. Hal ini bukan sesuatu yang menghairankan kerana negara kita ialah salah satu negara di mana rakyatnya menghabiskan masa lebih panjang menunggu trafik daripada makan tengah hari. The Star melaporkan bahawa negara kita mempunyai pennguna Waze yang terbanyak di Asia dan termasuk dalam ‘Top 5’ antara semua negara di seluruh dunia.

Fakta Menarik:

  • Seperti yang dijangka, kebanyakan orang yang menggunakan Waze datang dari kawasan sibuk seperti Kuala Lumpur, Penang dan Johor Bahru.
  • Berdasarkan Google, Kuala Lumpur berada di tempat pertama dengan jumlah 2.5 juta pengguna aktif. Angka ini dikira besar untuk sebahagian Malaysia sahaja. Tempat kedua jatuh kepada Jakarta dengan jumlah 2 juta dan diikuti oleh Manila dengan jumlah 1.5 juta.

(Driver Satisfaction Index – image via carsifu)

  • Waze juga menyenaraikan Malaysia sebagai tempat yang terbaik untuk memandu antara negara-negara ASEAN mengikut carta driver satisfaction index yang terdiri daripada kesesakan trafik, keadaan jalan dan infrastuktur, keselamatan jalan raya, kemudahan untuk pemandu, sosio-ekonomi dan “Wazeyness” (kegembiraan pengguna Waze).
  • Sales Manager Waze Malaysia, Edward Ling Sieak Meeng menyatakan bahawa pengalaman orang Malaysia atas jalan tidak berapa memuaskan hati.
  • Negara kita juga berada di kedudukan 23 antara 38 negara secara global, mendahului Singapore yang berada di tempat 32, Indonesia di tempat 34 dan Filipina di tempat 37.
  • Melaka tengah disenaraikan sebagai bandar yang terbaik untuk memandu antara 235 bandar yang termasuk dalam kajian.
  • Waze mempunyai lebih daripada 250 rakan kongsi dalam seluruh dunia dan berharap untuk bekerjasama dengan 10 lagi dari Asia, kata Global Strategic Partnership Manager Waze, Mona Weng.


Berita Baik:

  • Memandangkan kadar penggunaan aplikasi navigasi dan trafik ini amat tinggi, mereka sedang menjalankan program Connected Citizens dengan berusaha mencari rakan kongsi kerajaan untuk mendapatkan maklumat yang dapat dikongsikan kepada umum untuk membantu mengurangkan masa pengguna atas jalan.
  • Waze sedang bekerjasama dengan kerajaan negeri Selangor dalam mengendalikan aduan daripada pemandu motosikal mengenai keadaan jalan raya dan menyeru majlis tempatan untuk mengambil tindakan yang sepatutnya.
  • Mengikut Mona Weng, mereka sedang berusaha memperolehi maklumat yang lebih membantu seperti penutupan jalan untuk projek pembinaan ataupun laporan terus mengenai kejadian kemalangan di jalan raya.

P/s: Sumber maklumat di atas datang daripada artikel PaulTan.

(Image via drivenow)

Untuk pengetahuan anda, Waze mempunyai satu komuniti aktif yang akan selalu mengemaskinikan peta sekiranya terdapat perubahan di sekitar perumahan mereka. Jadi, anda tidak perlu risau akan tersesat ke jalan mati ataupun tiba di destinasi yang tidak tepat. Selain itu, anda boleh sambungkan aplikasi tersebut dengan Facebook anda untuk menjejak masa kedatangan mereka ke tempat perjumpaan seperti yang dijanji. Demikian, anda dapat tahu jikalau kawan anda bercakap benar apabila mereka kata sedang dalam perjalanan ke tempat perjumpaan dan bukannya masih berbaring di rumah.

Waze juga memberi maklumat yang lebih terperinci berbanding dengan Google Map seperti maklumat mengenai trafik yang banyak, notis kehadiran polis, lokasi kamera had kelajuan dan juga tempat yang terdekat untuk membeli kopi atau burger. Tidak dilupakan juga icon pengguna Waze yang comel dapat dilihat dalam peta perjalanan anda membuatkan aplikasi ini lagi menarik.

Sekiranya anda belum cuba menggunakan Waze, anda mungkin boleh mempertimbangkan untuk memilikinya sama ada anda selalu atau jarang memandu atas jalan raya. Anda akan memerlukannya bila masa datang.