8 Tempat Menarik Untuk Bercuti di Kuantan, Pahang Featured Image

8 Tempat Menarik Untuk Bercuti di Kuantan, Pahang

By [email protected] - Apr 19, 2017 (Last Updated Apr 18, 2022)

Apa yang anda akan terfikir bila bercakap tentang Kuantan? Macam tempat perkampungan? Ataupun tidak ada apa-apa yang menarik pun. Sebenarnya, Kuantan juga mempunyai tarikan yang tersendiri sama seperti bandar-bandar lain. Daripada pergi ke tempat pelancongan biasa seperti KL atau Penang, anda boleh cuba tukar destinasi ke Kuantan untuk makan angin bersama keluarga atau kawan-kawan.


Di bawah ialah 8 senarai tempat popular di Kuantan.

1. Ana Ikan Bakar Petai

(Image via KYspeaks)

(Image via KYspeaks)

Kalau nak cari tempat makan best di Kuantan, inilah tempat yang paling sesuai untuk anda yang tergila-gila dengan makanan laut. Restoran ana ikan bakar ini terletak di kawasan Tanjung Lumpur. Sesiapa yang tergila-gila dengan makanan laut pasti suka akan tempat ini kerana mereka ada banyak jenis makanan pilihan laut. Lauk yang paling digemari ialah ikan bakar pari masak sambal dan ikan masak tiga rasa. Dengar pun dah air berliur kan? Jadi, jangan lupa singgah untuk cuba makanan laut segar ini.

Masa Beroperasi:

Isnin - Ahad  (5pm-12am)

Alamat: Kampung Tanjung Lumpur, 26060 Kuantan, Pahang, Malaysia. (Google Map)


2. Pantai Teluk Cempedak

(Image via Vivianfoo)

(Image via keywordsuggest)

Pantai ini amat popular dalam kalangan orang tempatan dan juga pelancong asing kerana persekitarannya dijaga dengan bersih dan air lautnya yang kebiru-biruan. Anda juga tidak perlu risau akan pilihan makanan yang terhad. Di sana, beberapa restoran makanan segera seperti McDonld’s dan KFC dapat dijumpai selain daripada kedai makanan tempatan. Gaya hidup di pantai ini boleh dikatakan dah lebih moden.

Alamat: Pantai Teluk Cempedak, 25050, Pahang, Malaysia. (Google Map)


3. The Living Museum of Sungai Lembing Mines

(Image via suanie)

(Image via EmilaYusof)

Kalau anda minat akan benda-benda bersejarah, tempat ini perlu dimasukkan ke dalam jadual perjalanan anda. Muzium ini berbeza sikit dengan muzium biasa kerana anda akan betul-betul masuk ke dalam terowong bawah tanah untuk melihat artifak-artifak yang ditinggalkan sejak zaman perang dunia ke-dua. Pengalaman bergembara dalam terowong yang misteri ini pasti akan menyeronokkan, kecuali patung pekerja yang nampak seram sikit.

Masa Beroperasi:

Isnin - Ahad  (9am-6pm)

Alamat: Jalan Tanah Putih, Pahang, 25100 Kuantan, Malaysia. (Google Map)


4. Air Terjun Sungai Pandan

(Image via SungaiPandan)

(Image via Tripadvisor)

Selain daripada pantai Teluk Cempedak, anda juga boleh jumpa air terjun yang menakjubkan ini di Kuantan. Mereka juga ada tempat khas untuk perkelahan bersama keluarga dan kawan-kawan. Jika tidak terasa nak mandi air, anda juga boleh pergi merokai dalam hutan mengikut jalan kecil yang tersedia. Manalah tahu, anda bernasib baik dapat juga lihat tapir yang susah ditemui sekarang.

Masa Beroperasi:

Isnin - Khamis  (9am-5pm)

Sabtu & Ahad  (9am-6pm)

Jumaat tutup

Address: Air Terjun Sungai Pandan, 26400 Kuantan, Pahang, Malaysia. (Google Map)


5. Natural Batik Village

(Image via blogspot)

(Image via naturalbatik)

Tidak tahu mana untuk membeli cenderamata dari Kuantan? Anda boleh datang ke Natural Batik Village untuk membuat baju batik anda yang tersendiri. Betul tu, anda dapat melukis corak-corak atas baju dengan sesuka hati dan padankan dengan warna yang digemari. Baguskan? Bagi sesiapa yang tidak pernah cuba melukis batik, mereka ada kelas khas untuk anda belajar sebelum menghasilkan satu untuk sendiri. Oleh itu, anda boleh singgah di tempat ini untuk membuat cenderamata unik dibawa balik rumah.

Masa Beroperasi:

Isnin - Ahad  (10am-7pm)

Alamat: Kampung Cengal Lempung, 26100 Balok, Pahang, Malaysia. (Google Map)


6. Windsurfing

(Image via jspot)

(Image via kitesurfing)

Kuantan bukan sahaja mempunyai aktiviti-aktiviti beriadah, malah anda juga boleh cuba windsurfing atau kitesurfing di pantai Belok. Pantai Belok dikenali sebagai salah satu pantai yang terbaik untuk aktiviti windsurfing dan kitesurfing di Malaysia. Ada yang sanggup datang jauh dari Kuala Lumpur ke Kuantan semata-mata untuk mencuba aktiviti sukan air ini. Biasanya, pertandingan aktiviti sukan air akan diadakan secara besa-besaran di sini yang melibatkan peserta dari seluruh dunia.

Alamat: Pantai Balok, 26080, Pahang, Malaysia. (Google Map)


7. Lao Zi Temple

(Image via blogspot)

(Image via theStar)

Hendak sentuh dinosaur untuk RM5 sahaja? Kalau begitu, kuil ini ialah tempat yang sesuai sekali. Anda dapat lihat arca patung dinosaur yang besar ini seperti T-Rex dari jarak dekat, malah dapat sentuh lagi. Anda tidak perlu membazir duit tiket berjumlah lebih kurang rm30 untuk masuk ke dalam muzium di mana anda hanya dapat lihat patung-patung dari jarak tertentu sahaja. Jadi, jangan terlepas peluang emas ini semasa anda berjalan-jalan di Kuantan.

Masa Beroperasi:

Isnin - Ahad  (8am-7pm)

Alamat: No. Lot 362 KM12, Taman Impian Ku, Darul Makmur,C4, 25200 Kuantan, Pahang, Malaysia. (Google Map)


8. Pantai Batu Hitam

(Image via flickr)

(Image via blogspot)

Rasanya alam semulajadi di Malaysia memang gemar warna hitam. Bukan sahaja ada pantai pasir hitam langkawi, kami juga ada pantai batu hitam di Kuantan. Kalau ada laut hitam di Malaysia lagi menarik. Jelas dari namanya, pantai ini memang penuh dengan batu-batu berwarna hitam yang dapat dilihat di persekitaran pantai. Tempat ini amat sesuai untuk sesiapa yang suka selfie atau wefie. Kalau gambar diambil dari sudut yang betul, anda akan nampak seperti bercuti di negara asing.

Alamat: Jln. Pantai Batu Hitam, Kuantan, Pahang, Malaysia. (Google Map)


{{ promotion.Value }}% OFF! {{ promotion.CurrencyCode + " " + promotion.Value }} OFF!

MYR 108.00 /night

MYR 98.00 /night



Search for accommodations

Featured image of
Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

4.64 (14 VOTES)