10 Homestay Untuk Family Day Di Melaka Featured Image

10 Homestay Untuk Family Day Di Melaka

By [email protected] - Oct 27, 2016 (Last Updated Jun 22, 2023)


Pasti seronok bila kita dapat bercuti bersama keluarga atau mengadakan hari keluarga. Dan ia akan menjadi lebih seronok jika anda merancang untuk bercuti bersama-sama keluarga besar anda. Jadi, jika anda bercadang untuk bercuti dalam kumpulan yang berbilangan besar, anda perlu pastikan lokasi tempat penginapan  adalah selesa dan lengkap. Di sini kami senaraikan 10 homestay untuk hari keluarga di Melaka.


1. Dennis.8 Homestay Melaka

Dennis.8 Homestay Melaka Gallery Photos

Dennis.8 Homestay Melaka Gallery Photos

Sesuai untuk keluarga seramai 10 orang. Rumah dua tingkat ini mempunyai 4 bilik tidur yang berhawa dingin, pemanas air, Wifi percuma, TV dengan siaran Astro, parking dan peti sejuk. Ianya sesuai untuk keluarga dan kumpulan rakan-rakan yang sedang bercuti di Melaka, dan juga sebagai rumah persinggahan untuk majlis perkahwinan.

Alamat: No 8, Jalan AKP 2, Taman Ayer Keroh Permai, 75450 Melaka 

Bilik tidur: 4 

Bilik air: 2 

Harga: dari RM350 /malam


Tempah sekarang!


2. Ginger’s Homestay Malacca

Ginger's Homestay Malacca Gallery Photos

Ginger's Homestay Malacca Gallery Photos

Homestay ini sesuai untuk penginap seramai 12 orang. Kawasan homestay ini berdekatan dengan tepi pantai dengan jarak berjalan kaki dan juga dekat dengan Portuguese Settlement. Ianya lokasi terbaik untuk sambutan perayaan Hari Krismas dan Tahun Baru. Tambahan lagi, anda boleh menggunakan kemudahan kolam renang dan gimnasium.

Alamat: Straits Court Comdominium, Jalan Ujong Pasir, Taman Aman, 75050 Melaka 

Bilik tidur: 3 

Bilik air: 2

Harga: dari RM498 /malam


Tempah Sekarang!


3. Santorini Homestay Melaka

Santorini Homestay Malacca Gallery Photos

Santorini Homestay Malacca Gallery Photos

Santorini Homestay Melaka terletak di lokasi strategik di Taman Kota Laksamana, Melaka, hanya 12 minit dari Jonker Street dan 3D Jonker Walk. Homestay ini lengkap berperabot dan menyediakan kemudahan Wifi percuma, TV, dan penghawa dingin.

Alamat: 17, Jalan Taman Kota Laksamana 5, Taman Kota Laksamana, 75200 Melaka 

Bilik tidur: 4 

Bilik air: 3 

Harga: dari RM470 /malam


Tempah Sekarang!


4. SLV Small Luxury Villa

SLV Small Luxury Villa Gallery Photos

SLV Small Luxury Villa Gallery Photos

SLV Small Luxury Villa terletak di tengah Melaka dan menawarkan penginapan mesra keluarga. Ianya terletak dalam jarak 5 minit menaiki kereta dari Pantai Kleband, Muzium Kapal Selam dan Dataran 1Malaysia. Homestay ini mempunyai taman permainan mini dan kemudahan peralatan BBQ untuk kegunaan anda sekeluarga. 

Alamat: 13, Jalan GP 10, Taman Gadong Perdana, 75250 Melaka 

Bilik tidur: 4 

Bilik air: 2 

Harga: dari RM598 /malam


Tempah Sekarang!


5. Jonker Walk KSB Homestay

Jonker Walk KSB Homestay - 7 Bedrooms Gallery Photos

Jonker Walk KSB Homestay - 7 Bedrooms Gallery Photos

Terletak di Kota Laksamana, Melaka, anda hanya perlu mengambil 5 minit sahaja untuk ke Jonker Walk, Mahkota Parade dan tempat-tempat tarikan yang lain di Melaka. Homestay ini juga sesuai untuk keluarga besar dengan bilangan 18 oran ke atas.

Alamat: 22, Jalan KSB20, Taman Kota Syahbandar, Kota Laksamana, 75200 Melaka 

Bilik tidur: 7

Bilik: 6

Harga: dari RM888 /malam


Tempah Sekarang!


6. Rubeena Homestay 

Rubeena Homestay Gallery Photos

Rubeena Homestay Gallery Photos

Rubeena Homestay terletak berhampiran dengan tol Ayer Keroh, Homestay dua tingkat lot corner ini lengkap dengan 7 katil single dan 1 katil saiz queen yang boleh memuatkan 9 orang penginap. Tempat-tempat menarik yang berdekatan termasuklah Melaka International Trade Centre (MITC), Wonderland Theme Park, Zoo Melaka dan Ayer Keroh Botanical Garden.

Alamat: 25, Jalan TU 59, Taman Tasik Utama, 75350 Ayer Keroh, Melaka

Bilik tidur: 4 

Bilik air: 4 

Harga: dari RM350 /malam


Tempah Sekarang!


7. Step-In @ Kota Laksamana Near Jonker Walk (No8)

Step-In @ Kota Laksamana Near Jonker Walk (No8) Gallery Photos

Step-In @ Kota Laksamana Near Jonker Walk (No8) Gallery Photos

Step-In Homestay di Kota Laksamana merupakan homestay rumah teres 3 tingkat yang luas dengan 2 ruang tamu besar. Ia mempunyai 6 bilik tidur dengan bilik air untuk setiap bilik. Homestay ini berhampiran dengan tempat-tempat kunjungan pelancong, pusat bandar dan pusat membeli-belah.

Alamat: Jalan KL3/1D, Taman Kota Laksamana Sek3, 75200 Melaka 

Bilik tidur: 6

Bilik air: 6 

Harga: dari RM338 /malam


Tempah Sekarang!


8. NAJAD Bungalow

NAJAD Bungalow Gallery Photos

NAJAD Bungalow Gallery Photos

Najad Bungalow menawarkan penginapan yang selesa dan luas. Ianya berdekatan dengan pusat bandar Melaka, tempat-tempat pelancongan dan kawasan-kawasan bersejarah di Melaka. Homestay ini lengkap dengan perabot dan menyediakan kemudahan seperti internet WifI percuma, kolam renang, peralatan BBQ dan banyak lagi. Ianya sesuai untuk keluarga berkumpul bersama dan boleh memuatkan 20 orang penginap pada satu masa.

Alamat: Jalan Kenanga 3/26, Taman Kenanga SS3, 75200 Melaka 

Bilik tidur: 5 

Bilik air: 3 

Harga: dari RM620 /malam


Tempah Sekarang!


9. Step-In Homestay @ Taman Pelangi

Step-In Homestay@Taman Pelangi Gallery Photos

Step-In Homestay@Taman Pelangi Gallery Photos

Step-In Homestay @ Taman Pelangi adalah satu lagi homestay milik Step-In Homestay yang sesuai untuk dilangsungkan sambutan hari keluarga. Ianya juga sesuai untuk keluarga-keluarga berkumpul. Tambahan lagi, homestay ini lengkap dengna kemudahan wifi, sound system Hi-Fi dan juga peralatan BBQ. Untuk keselesaan penginap di homestay ini, bilik-bilik disediakan penghawa dingin dan terdapat bilik air berair panas. Ia juga berhampiran dengan 7-Eleven, KFC, dan Pusat Beli Belah Aeon. Jadi anda tak perlu risau jika anda tidak membawa bekalan makanan yang mencukupi untuk hari keluarga anda kerana lokasi homestay ini yang strategik berdekatan dengan kedai-kedai.

Alamat: Blok E-G-2, Pangsapuri Pelangi, Taman Pelangi, 75450 Ayer Keroh, Melaka

Bilik air: 3

Bilik mandi: 2

Harga: dari RM288 /malam


Tempah Sekarang!


10.Traders Villa

Traders Villa Gallery Photos

Traders Villa Gallery Photos

Traders Villa di Kampung Morten menawarkan pengalaman menginap di homestay berkonsepkan kampung tradisional Melayu di tengah bandaraya Melaka. Ianya terdiri daripada 2 buah rumah yang juga boleh ditempah secara berasingan. Kedua-dua buah rumah ini boleh ditempah sebagai satu tempahan untuk memuatkan jumlah total 28 penginap. Jadi, sesuailah untuk anda dan ahli keluarga anda untuk menginap di homestay ini. Kesemua bilik tidur berhawa dingin dan disediakan WiFi.

Alamat: 7741, 42, Lorong Tun Mamat, 3 Kampung Morten, 75300 Melaka

Bilik tidur: 9

Bilik air: 9

Harga: dari RM180 /malam


Tempah Sekarang!


MYR 398.00 /night

Gunakan kod promosi kami untuk tempahan penginapan lebih murah!




Jika anda bercadang untuk berjalan-jalan di Melaka, dapatkan hotel atau homestay di Melaka dengan klik pada gambar di bawah. 


Search for accommodations

Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

4.43 (7 VOTES)