10 Homestay untuk Keluarga di Negeri Sembilan Featured Image

10 Homestay untuk Keluarga di Negeri Sembilan

Oct 10, 2016

Penginapan yang menarik untuk percutian bersama keluarga



Jika anda bercadang bercuti bersama keluarga yang besar seperti 5 orang ke atas, anda mesti mencari homestay atau tempat untuk menginap sepanjang percutian tersebut. Jadi di sini kami sediakan 10 homestay khas untuk anda di Negeri Sembilan.


1. Homestay Seri Anggerik

Homestay Seri Anggerik merupakan rumah teres dua tingkat yang terletak di Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan. Ia mempunyai kelengkapan yang lengkap dan amat selesa untuk keluarga yang mempunyai sehingga 10 orang. Rumah teres ini juga mempunyai tempat parkir kereta yang boleh memuatkan sebuah kereta MPV.

Address: PT 5278, Jalan BBN 9/1D, Taman Desa Anggerik, Bandar Baru Nilai, Nilai, Negeri Sembilan 71800, Nilai Negeri Sembilan (Google Maps)

Bilik Tidur: 4 Bilik Tidur

Bilik Air: 3 Bilik Air

Harga satu malam: RM170++


2. Tanjung PD Holiday Home (Rumah Teres Dua Tingkat)

Homestay ini dilengkapi dengan ruang tamu, ruang makan, dapur dan tempat parkir kereta. Ia dilengkapi dengan perabot kontemporary yang bergaya dan selesa, dilengkapi dengan sofa, meja makan, kabinet dan juga TV. Ia juga boleh memuatkan sehingga 8 orang.

Address: 59, Taman Seaview, Batu 1 ½, Jalan Seremban, 71000 Port Dickson (Google Maps)

Bilik Tidur: 4 Bilik Tidur

Bilik Air: 4 Bilik Air

Harga satu malam: RM450++


3. Tanjung PD Holiday Home (Bungalow)

Rumah banglo yang besar ini sesuai untuk kumpulan percutian, aktiviti keluarga atau majlis perkahwinan. Ia dilengkapi dengan sofa, meja makan, kabinet, dan sebuah TV. Set Barbeku juga boleh disewa dan jika anda merancang untuk membuat kursus latihan di Port Dickson, Negeri Sembilan, anda boleh memperimbangkan untuk tinggal di homestay ini. Ia boleh memuatkan sehingga 8 orang.

Address: PT 5651, Batu 1 ½, Jalan Seremban, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan (Google Maps)

Bilik Tidur: 4 Bilik Tidur

Bilik Air: 4 Bilik Air

Harga satu malam: RM700++


4. Sweet Cozzi Home

Sweet Cozzi Homestay merupakan tempat yang strategik di kawasan bandar Port Dickson. Rumah teres dua tingkat (Corner Lot) boleh memuatkan dengan selesa sehingga 20 orang. BBQ dan peralatan grill juga disediakan atas permintaan.

Address: 2188, Taman Sri Bandar Bahru, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan (Google Maps)

Bilik Tidur: 4 Bilik Tidur

Bilik Air: 3 Bilik Air

Harga satu malam: RM750++


5. B&D Homestay Port Dickson

B&D Homestay Port Dickson terletak di Taman PD Utama iaitu kira-kira 1 km dari Pantai Bagan Pinang dan 5km dari bandar Port Dickson. Ia menawarkan penginapan dengan harga yang berpatutan untuk “Family gathering” dan percutian hujung minggu untuk jumlah keluarga sehingga 8 orang.

Address: 2634, Jalan Anggerik 12, Taman PD Utama, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan (Google Maps)

Bilik Tidur: 3 Bilik Tidur

Bilik Air: 2 Bilik Air

Harga satu malam: RM260++


6. Maya Holiday Apartment PD Marina Resort

Terletak di Bay View Villas PD World Marina Resort, Maya Holiday Apartment hanya di hujung lebuh raya Seremban - PD. Ia adalah tempat yang strategik dengan hanya 1 km untuk ke Pantai Teluk Kemang dan 8 km ke Bandar PD. Pangsapuri ini boleh memuatkan sehingga 6 orang dan tetamu boleh menikmati kolam renang kondo.

Address: C-1-11, Bay View Villas Condominium, PD World Marina Resort, 7th Miles, Jalan Pantai, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan (Google Maps)

Bilik Tidur: 3 Bilik Tidur

Bilik Air: 2 Bilik Air

Harga satu malam: RM120++


7. Perdana Homestay PD

Homestay ini berkelengkapan penuh dengan penyaman udara. Kemudahan lain seperti periuk nasi dan microwave akan disediakan dan homestay ini terletak berdekatan dengan Pantai Bagan Penang dan Pantai Saujana. Ia boleh memuatkan sehingga 2 ke 3 keluarga, dan tidak lebih dari 15 orang.

Address: 468, Jalan Pantai, Taman Perdana Batu 1, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan (Google Maps)

Bilik Tidur: 3 Bilik Tidur

Bilik Air: 2 Bilik Air

Harga satu malam: RM260++


8. Comfort Homestay

Comfort Homestay terletak di PD Marina View, Batu 7 Port Dickson. Rumah ini berkelengkapan penuh. Sangat selesa untuk keluarga yang kecil sehingga 10 orang.

Address: PD Marina View Villa, Tingkat 5 & 7, Batu 7, Jalan Pantai, Teluk Kemang, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan (Google Maps)

Bilik Tidur: 2 Bilik Tidur

Bilik Air: 2 Bilik Air

Harga satu malam: RM200++


9. Comfort Homestay-Town House (3 Tingkat)

Homestay yang selesa ini terletak di PD Marina untuk keluarga yang kecil sehingga 10 orang. Rumah ini berkelengkapan penuh yang mempunyai penyaman udara di setiap bilik, kabel tv dengan siaran Astro dan peti ais. Kegunaan kolam juga disediakan pada setiap tetamu.

Address: PD Marina View Villa, Tingkat 5 & 7, Batu 7, Jalan Pantai, Teluk Kemang, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan (Google Maps)

Bilik Tidur: 2 Bilik Tidur

Bilik Air: 2 Bilik Air

Harga satu malam: RM600++


10. Nur Homestay Port Dickson

Nur Homestay Port Dickson adalah rumah teres (Corner Lot) terletak di Teluk Kemang, Port Dickson. Rumah ini berkelengkapan penuh dan selesa untuk menginap oleh keluarga yang beragama islam sehingga 10 orang. Peralatan BBQ ada disediakan dan rumah ini mempunyai tempat parkir kereta yang memuatkan sebuah MPV.

Address: 20, Jalan 3/6, Taman Intan Perdana 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan (Google Maps)

Bilik Tidur: 3 Bilik Tidur

Bilik Air: 2 Bilik Air

Harga satu malam: RM200++


Bagi memperoleh homestay di Negeri Sembilan, cuba layari ResortPortDickson dan LetsGoHoliday.my. Selamat berjalan!