We are now in Indonesia and Vietnam!
Check out our listings.

Malaysia's Friendliest Vacation Rentals and Homestay Booking Site

Menaiki Kereta Lembu di Tambak Bugis Melaka

Menaiki Kereta Lembu di Tambak Bugis Melaka Featured Image

Kereta Lembu semakin di telan zaman, daripada penggiat sehingga ke pengusaha kereta lembu itu sendiri. Bagi memastikan warisan seni reka zaman kegemilangan Melayu Melaka.

Bullock Cart (Kereta Lembu) membawa anda merasai sendiri pengalaman menarik menaiki kereta lembu di sekitar kampung Tambak Bugis Melaka yang masih mengekalkan ciri-ciri suasana dan persekitaran kampung sepanjang sungai.

Menaiki kereta lembu sekitar kampung selama 45 minit pasti memberikan kenangan yang tak dapat dilupakan oleh pengunjung. Untuk memastikan produk warisan tidak luput zaman berzaman, mereka mengadakan bengkel & cara-cara bagi membuat atau menghasilkan sebuah kereta lembu.

Dapatkan koupon PERCUMA untuk menaiki kereta lembu!

Layari SINI untuk mengetahui cara-cara untuk mendapatkan koupon percuma anda sebelum 30 April 2017. Quantiti terhad!

Kereta lembu merupakan warisan pengangkutan tradisional yang menjadi lambang kemegahan Negeri Melaka.

Diperkenalkan sewaktu zaman Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15 oleh saudagar-saudagar India. Bentuk kereta lembu Melaka menyerupai “Wagon” di Amerika pada zaman dahulu yang ditarik oleh kuda.


Kereta lembu pada dasarnya terbahagi kepada empat bahagian iaitu badan, roda, gandar dan kajang.

Ia merupakan pengangkutan yang digunakan sejak masa silam lagi di kebanyakan tempat di dunia. Ia masih digunakan hari ini di mana kenderaan moden terlalu mahal atau infrastruktur tidak menyokong kereta.


Kereta lembu yang ditarik oleh seekor lembu lebih kebiasaannya digunakan bagi mengangkut barangan. Rangka kereta dipasang pada lembu penarik dengan menggunakan rantai khas yang diikat pada kayu gandar. Akan tetapi, tali biasa sahaja boleh juga digunakan untuk seekor atau dua lembu. Pemandu dan pengiring barangan akan duduk di hadapan, dan beban dimuatkan di belakang. Secara tradisi barangan dibawa merupakan hasil pertanian dan balak.


Kini, penggunaan kereta lembu tidak digalakkan di kawasan bandar kerana ia boleh menyebabkan kesesakan lalu-lintas. Walau bagaimanapun ia tetap digunakan di kawasan-kawasan luar bandar untuk mengangkut padi, kayu api, rumput, perabut dan sebagainya.

Sekali-sekala apabila Pesta Kebudayaan diadakan kita berpeluang menyaksikan kereta-kereta lembu yang dihiasi indah lengkap dengan gong dan tambor melintasi Bandar Melaka menuju ke tempat pesta.


Guru Besar bina kereta lembu

BARU empat kali menghayun parang bagi membelah buluh ketika diminta untuk mendemonstrasi cara membuat kereta lembu, Abdul Kasim, 74, sudah tercungap-cungap.

Tetapi semangat dan cintanya kepada warisan seni tempatan itu tidak pernah luntur. Sehingga hari ini, beliau yang mewarisi kemahiran bertukang daripada bapa saudaranya sejak berusia 17 tahun masih menerima tempahan membuat kereta lembu termasuk dari luar negara.

Pengalaman, kemahiran, pahit manis dan pelbagai cerita mengenai kereta lembu tersimpan kemas di mindanya.

Saban tahun pasti ada mahasiswa mahu pun pelajar dari seluruh negara datang ke terataknya di Tambak Bugis, Telok Mas, Melaka yang turut menempatkan bengkel kereta lembu.


Source Image: ruby.my

“Aku dah macam guru besau (besar). Budak-budak ramai yang mencari nak belajau (belajar) tapi yang sepatutnya ambil tindakan, buat tak peduli".

“Nanti kalau aku mati, biarlah anak cucu sampai ke cicit teruskan kereta lembu ini. Ini warisan kita, tradisi kita. Kita tak boleh biar mati macam tu saja" katanya dalam nada kecewa.

Tidak sukar untuk menafsir kekecewaan itu. Menurutnya dia pernah dijanjikan tempat agar kereta lembu mampu beroperasi seperti zaman kegemilangannya dahulu dengan beberapa kemudahan melibatkan belanja sehingga RM200,000. Akhirnya, apa yang dijanjikan itu lenyap begitu saja.

Diajak bersembang mengenai hubungan di antara lembu penarik dengan pemiliknya, fikirannya lantas teringatkan ‘Boncet’ yang sudah lebih 20 tahun dikorbankan sempena Hari Raya Aidiladha.

"Boncet dibeli dari Seremban dan menarik kereta lembu saya lebih 20 tahun lamanya. Hubungan kami amat akrab dan sememangnya perlu ada keserasian antara pemilik dan lembu bagi memudahkan kerja”.

Ketika Boncet hendak disembelih dan diikat tali, saya katakan padanya, ‘Aku nak hantar kau tempat baik, kau asal dari Allah, kau balik pun kepada Allah. Aku asal tanah, kau pun asal tanah. Sama-samalah kita balik nanti, tapi kau baliklah dahulu.

Serta-merta Boncet merebahkan sendiri badannya. Mungkin dia tahu, ke mana dia hendak pergi dan faham kata-kata saya," katanya.


Source Image: ruby.my

“Anaknya, Shamsudin Abdul, 37, memberitahu akibat hubungan yang terlalu rapat di antara bapanya dengan Boncet, Abdul kemudiannya masuk ke dalam rumah dan tidak melihat Boncet disembelih..