Malaysia's Friendliest Vacation Rentals and Homestay Booking Site

Mini Malaysia & ASEAN Cultural Park

Mini Malaysia & ASEAN Cultural Park Featured Image

Terokai kebudayaan yang ada di Malaysia.



Mini Malaysia & ASEAN Cultural Park (MMACP) adalah tempat yang terbaik untuk menyaksikan dan belajar mengenai budaya yang unik dari pelbagai negeri di Malaysia. Ciri utama taman ini adalah replika rumah tradisional yang dibina secara individu dan mewakili gaya seni bina dan keindahan daripada 13 negeri di Malaysia.

Di dalam setiap rumah-rumah ini, pengunjung dapat melihat pelbagai kraftangan yang berasal dari setiap negeri. Selain daripada hiasan, kraf tangan ini juga bertindak sebagai pembuka mata kepada pengunjung terutamanya untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang setiap negeri-negeri yang ada. Banyak rumah-rumah, pakaian penduduk tempatan juga dipaparkan untuk tatapan umum.

Berikut adalah senarai aktiviti-aktiviti yang ada di MMACP yang patut anda kunjungi.

Dapatkan koupon PERCUMA untuk melawat Taman Mini Malaysia!

Layari SINI untuk mengetahui cara-cara untuk mendapatkan koupon percuma anda sebelum 30 April 2017. Quantiti terhad!

1. Permainan Trandisional

Permainan Tradisional Kampung ini diperkenalkan oleh nenek moyang satu masa dahulu. Ia adalah satu aktiviti yang dicipta daripada sumber semula jadi dan tentunya ia adalah percuma.Permainan ini dimainkan di kalangan anak-anak di kampung untuk menwujudkan keseronokan dan perpaduan di kalangan mereka. Di MMACP ini, pengunjung diberi peluang untuk bersama-sama mengambil bahagian dalam permainan tradisional tersebut.


2. Tarian Kebudayaan

MMACP mempunyai pentas terbuka yang di namakan sebagai pentas Tun Teja. Pelbagai tarian Kebudayaan Tradisional Malaysia yang disajikan oleh kumpulan tarian MMACP sendiri dan tetamu dijemput untuk menyertai "Joget Lambak" bersama-sama dengan penari-penari di atas pentas.

Masa Persembahan:

Isnin hingga Khamis (Hari-hari bekerja)

11.00 pagi and 2.30 petang

Jumaat sehingga Ahad, Cuti Sekolah & Cuti Umum:

11.00 pagi, 2.30 petang and 4.00 petang


3. Kemudahan & Aktiviti

MMACP juga dilengkapi dengan beberapa kemudahan & aktiviti seperti kemudahan untuk 'Team Building', bilik mesyuarat, Memancing, 'petting zoo', permainan tradisional, hari keluarga, sukaneka, lukisan batik, demonstrasi "Menganyam ketupat", demonstrasi bermain "Gasing", demonstrasi memasak, tarian kebudayaan, seni & kraf, menunggang kuda, menaiki kereta kuda dan banyak lagi


4. Events (dan activiti-activiti lain yang boleh dilakukan)

  • Pakej Hari Keluarga
  • Program pendidikan untuk pelajar sekolah dan universiti.
  • Pelbagai majlis korporat seperti Majlis Makan Malam Tahunan, sewa tempat untuk ‘Gathering’.
  • Hari graduasi untuk pelajar tadika
  • mengembalikan tenaga, berehat & menikmati pakej "makan-makan" mereka di rumah tradisional.
  • bermalam & pakej perkhemahan
  • Menjalani gaya kehidupan "kampung" yang membawa kenangan yang tidak akan dapat dilupakan.
  • Nikmati persembahan budaya tradisional yang dipersembahkan oleh penari-penari dari MMACP sendiri.
  • Program Corporate Social Responsibility (CSR) untuk syarikat, sekolah dan Universiti.
  • Pakej ‘Team Building’
  • Perkahwinan Tradisional




Berikut adalah butiran untuk ke sana:

Masa Operasi:

Isnin-Khamis

09.00 pagi - 5.30 petang

Jumaat-Ahmad & Cuti Umun

09.00 pagi - 6.00 petang

Alamat:

Lebuh Ayer Keroh, 75450 Ayer Keroh, Melaka


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi bahagian Sales & Marketing kami di +06-2349988/89 atau email kami di

[email protected]


Sedang mencari tempat penginapan?

Jika anda sedang mencari tempat untuk tinggal semasa kunjungan anda di sana, Jangan teragak untuk melayari letsgoholiday.my